Semalam, mama ada kelas dari jam 12 tengahari sampai jam 6 petang. Malam sambung pula untuk discussion tentang assignment dari jam 8 sampai 10.30 malam. Terdetik dalam hati mama, berbaloikan pengorbanan mama ni? Nak teruskan 'master' ni memang mencabar. Kalau hati tak cukup kuat, memang dah lama mama give-up.
Subjek yang mama ambil sem ni :
1. Data Mining - 7 assignment
2. Research Method - 6 assignment
3. Advance Programmong - 4 assignment, 5 kuiz, 1 projek bangunkan sistem guna programming java
4. Decision Support System - 4 assignment, 1 projek business intelligent system
Jumlah assignment - 21 assignment
Jumlah Kuiz - 5 kuiz
Jumlah Projek - 2 projek
Mampukah mama harungi semua ni? Tak ada masa untuk rehat. Tapi bila mama sampai kat rumah.... mama tenung muka adik Is dan Aina. Sapa lagi yang mampu berikan anak-anak mama kehidupan yang lebih baik kalau mama sendiri yang kena berusaha? Satu hari nanti mungkin iman, aina dan adik is nak masuk universiti, sapa yang mama ada nak minta tolong? Bila mama fikirkan balik semua ni... mama kena kuatkan hati dan teruskan perjuangan mama. Insyaallah semuanya akan selesai.
Sebelum masuk tidur sempat mama sembang dengan tok. Tok dapat berita dari jiran lama kita yang abah ada cari mama kat rumah lama. Bila dia tengok orang lain yang dok kat sana, dia pun tanya dengan orang gaji indonesia yang kerja kat rumah Arif. Bila dia dapat tau yang mama dah pindah, dia pun mula cerita yang bukan-bukan pasal mama kat orang indonesia tu.
Pedih hati mama bila dengar dia kata mama perempuan curang, jalang. Pompuan tak tau malu dan macam-macam lagi. Kalau betul la mama ni pompuan curang, sebab apa lepas sebulan bercerai dengan mama dia boleh tunjuk gambar dia berpeluk dengan perempuan lain? Sebab apa dia boleh bertunang masa mama masih lagi dalam edah. Dan macamana dia boleh bernikah dengan pompuan lain sedangkan mama siang malam bergelut kerja dan belajar untuk masa depan anak-anak mama?
Apa lagi yang abah masih tak puas hati dengan mama?
Selepas bercerai dia tak pernah bagi nafkah untuk anak-anak....mama tak pernah mintak.
Dia tak bayar duit motor besar yang dia guna tiap-tiap hari walaupun loan motor tu dok potong gaji mama setiap bulan.....pun mama tak pernah mintak.
Dia sebarkan fitnah pasal mama kat ofis tempat mama kerja, mama diamkan saja. bagi mama, selagi dia tak kacau mama dan anak-anak mama, dia buat la apa-apa pun mama tak kisah.
Tapi dia tak puas hati lagi, dia ambil iman daripada mama, larang mama jumpa iman, sekat mama untuk bercakap dengan iman, sumpah seranah mama bila mama minta nak tengok iman..... tak cukup lagi kah apa yang dia buat pada mama? Sekarang ni dia cari mama kat rumah lama untuk apa? Sampai dengan perempuan indonesia yang dia sendiri tak pernah kenal pun dia sanggup fitnahkan mama, untuk apa? Dah lupakah dia pada segala pengorbanan yang pernah mama buat untuk dia?
Astaghfirullahalazim... mama minta tuhan tabahkan hati mama. Kuatkan mama untuk menghadapi semua ni. Berikan mama kesabaran supaya mama sentiasa tenang dan waras semasa buat sebarang keputusan. Mama mohon pada Allah, lembutkanlah hati abah dan tokwan. Tak ada apa yang mama mintak dari abah... janganlah ganggu hidup mama lagi. Pulangkan iman ke pangkuan mama dan adik-adik. Harap Allah berikan dia kebahagiaan dengan isteri barunya. Berikan dia keinsafan dan ketenangan.
Mama tau, tok pun susah hati pasal semua ni. Susah mama nak tidur bila fikirkan hal ni. Namun mama tetap yakin satu hari nanti iman pasti akan balik ke pangkuan mama dan adik-adik. Insyaallah...