Sunday, March 29, 2009

Sehari di hospital...

Salam iman,

apa khabar agaknya iman hari ni? Sihat kah iman? Dah makan ke belum? Mama dan adik-adik dah makan sama-sama tadi. Sebenarnya pagi ni mama bawak aina dan iskandar ke hospital. Semalam, sejak pagi mama rasa pening-pening. Tapi mama rasa mungkin pening biasa jadi mama cuma telan panadol 2 biji. Tapi pening tak surut-surut. Dalam pukul 4 petang pening mama makin menjadi-jadi. Masa tu mama dalam kelas data mining. Oleh sebab dah tak tahan, mama keluar dari kelas.... kawan mama tak sedap hati jadi dia bawak mama pergi klinik. terkejut mama bila dr bagitau yang tekanan darah mama tinggi. 134/97..... hmmm kata dr mayb mama tertekan dengan kerja yang banyak dan juga study.. Hmmmm... mungkin juga. Jadi dia bagi mama ubat dan minta mama banyak berehat.

Balik ke rumah mama terus makan ubat dan tidor......

Pagi ni mama bangun dekat pukul 9 pagi.. pening-pening terasa lagi. Sepatutnya mama ke KL hari ni sebab esok pagi mama kena present sistem baru pada customer.. Hmm.. nak pegi ke tak nak.. nak pegi ke tak nak.... betul-betul rasa berbelah bagi. Tok minta mama pegi jumpa dr lagi sekali.. make sure yang mama betul-betul dah ok. Hmmm.. ok lah.. jadi mama bawak aina dan adik isk sekali. Aina demam semalam, sebab kena bengkak cantik. Boleh la mama check dia sekali.

Mama ke hospital pakar kat Alor Setar. Ramai betul orang. Lama jugak mama tunggu kat situ... So.. mula-mula jumpa dr pakar kanak-kanak. Dia sahkan yang aina memang kena bengkak cantik. Yang hairannya aina baru ja kena sakit tu 3 minggu lepas.. camana leh kena lagi. Dr kata dia mungkin kena x-ray aina nak tengok samada dia ada ketulan bahaya dekat area tu atau tak. Minggu depan mama akan bawak dia pergi x-ray. Harap-harap aina tak ada apa-apa. Lepas tu mama tanya kat dr pasal Adik Is. Dia ada satu ketulan kat atas halkum. Mama tanya dr tu benda apa. Dr kata Adik Is kena operate utk buang ketulan tu. bahaya kalau biar nanti akan jadi ketumbuhan... Hmm.. ya allah. Minta dijauhkan la segala yang tak baik. Dia minta mama refer pada pakar bedah.

Kemudian baru mama pergi jumpa dr untuk check pasal mama pulak. Mama bagitau dia mama semalam Blood Pressure(BP) mama naik. So dia pun check la... 1st time check 146/100. So dia check lagi sekali... 150/100 hmm.. terus dr kata dia minta mama rehat banyak-banyak dan "u are not advisable to go outstation. Its not good for you and might be dangerous as well" Hmm.. ntah la, mama pun tak tau apa yg mama patut buat. Kerja banyak.. assignment pun banyak.

Lepas jumpa tu mama pergi jumpa pakar bedah untuk Adik isk pulak.. lepas dia cek adik Isk dia kata adik ni kena sejenis penyakit berkaitan dengan tyroid. Memang lebih baik operate untuk buang sebelum jadi lebih kritikal. Hmm.... dilema mama dibuatnya. Adik Is sakit, aina sakit, mama pun sakit.... Iman.. doakan kekuatan untuk mama hadapi semua ni ya..

Wednesday, March 25, 2009

The famous PMC...

Semalam mama bawak rombongan ke PMC. Hmmm.. dengar rombongan ctu mesti macam ramai je kan. Mama, tok, aina, adik Is dan kawan mama R. Sekali-sekala pergi shopping kat PMC best jugak... Lupa nak bagitau.. PMC tu Pasar Malam C***. Adik Is ngan Aina nak beli jam. Hmmm.. layan je la. Padahal dah berpuluh kali mama beli jam kat diorang. Dulu mama pernah belikan Iman jam Ben10... Iman ingat tak?



Lepas tu tetiba adik Is hilang. Tengok-tengok rupanya dia singgah gerai jual CD. Tersengih-sengih ja dia tengok mama sambil tunjuk CD doraemon 20 in 1. "Haaa?? banyak nya. Adik Is boleh tengok ka banyak-banyak ni?" Hmmm.. tak sampai hati pulak mama tengok adik Is bila dia beria-ia nak mama belikan CD tu. Takpe la.. sekali-sekala apa salahnya kan. Aina pun apa lagi. Dia pun nak CD jugak. Aina pilih cd Crayon ShinChan 10 in 1. Hmmm.. dah belikan kat Adik Is mesti la belikan kat aina sama. Kalau Iman ada mesti iman pilih CD Ben10. Tapi sekarang ni mama tak tahu lah iman masih minat Ben10 tak. Dengan mama ada lagi mainan Ben10 yang mama belikan kat Iman bila mama outstation. Mama masih simpan elok-elok. Nanti mama akan bagi bila mama jumpa Iman...



Lepas tu... kami pergi makan-makan. Aina ngan adik Is makan bihun sup, tok pulak makan laksa.. Mama.. tumpang-tumpang je la anak-anak mama makan. Tengok anak-anak makan pun dah rasa kenyang. :) Member mama R pulak makan murtabak.



Masa tengah makan, Aina nampak ada orang jual durian. "Mama... aina nak beli durian. Jom la mama... cepat la..." Aina ni.. kalau nak apa-apa mesti tak sabar-sabar nak masa tu jugak. Mama pun belikan la sebiji durian. Lepas tu kami terus balik rumah.

(p/s: actually mama tulis blog ni semalam tapi tak sempat nak upload gambar dari handphone. cadang nak load hari ni tapi lupa pulak nak ambil cable hp ke laptop.. Takpe la mama post dulu blog ni nanti esok mama load kan gambar tu ye.)

Monday, March 23, 2009

Walau apa yang terjadi... DIA tetap menyayangimu..

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Sunday, March 22, 2009

Trip to Penang...

Semalam mama baru balik dari Penang sebab kena uruskan bengkel yang buat kat sana. Sorry la sebab sepanjang mama ke sana, tak sempat mama nak update blog ni untuk tatapan anak mama tersayang ni. Kalau boleh, mama taknak iman terlepas satu pun kisah hidup mama dan adik-adik. OK la.. mama mulakan dengan apa yang terjadi pada hari Khamis.... 19 Mac 2009.

Pagi-pagi sebelum ke ofis mama call lawyer dulu. Mama harap sangat ada berita baik dari lawyer sebab kalau boleh mama nak bawak iman sama ke Penang. Tapi panggilan mama tak berjawab. Mama dah boleh agak, mesti belum ada jawapan dari pihak abah. Atau kalau nak lebih senang faham, memang abah tak bagi mama jumpa dengan Iman. Apa lah lagi daya yang mampu mama buat. Semua orang suruh mama bersabar dan selama ni pun, itu saja yang mampu mama buat lepas semua usaha mama yang lain tak berjaya.

Lepas waktu pejabat mama, tok dan adik-adik terus ke Penang. Mula-mula mama singgah rumah nek wan sudin. Minggu lepas nek wan masuk hospital sebab penyakit dia. Tapi sekarang dia dah keluar dari wad jadi mama melawat kat rumah nek wan ja la. On the way ke rumah nek wan, mama singgah beli laksa basah. Tam la yg pesan suruh beli. Tam kata ada kuah laksa kat rumah. Dah la laksa tu favorite mama, adik is ngan aina.

Nek wan nampak kurus sikit. Mungkin sebab dia hilang selera makan masa sakit. Teh pun tak berapa sihat.. mungkin nak demam kot. Kami semua singgah rumah nek wan sekejap ja. Lepas makan nasik lauk gulai (gulai nek memang power.. nyam nyam) dan pekena laksa sorang semangkuk.... mama, tok dan adik-adik bertolak ke hotel. Lebih kurang jam 11 malam baru sampai kat hotel. mama ajak pak su ikut sama. Nanti boleh la temankan tok dan adik2 masa mama kena pi kerja.
Masuk ja bilik... aina ngan adik is terus nak melompat atas katil. Nasib baik mama sempat tahan sebab nak ambil gambar dulu. Ye la.. mesti la nak share ngan Iman kan.


Ni la gambar2 bilik sebelum dimusnahkan keadaannya oleh Adik Is ngan Aina. Gambar selepas ni tak yah la tunjuk.... cam kapal pecah. hehehehhe.......

Duty mama start malam tu just nak make sure persiapan untuk bengkel ok. Esoknya, pagi2 lagi mama dah bangun untuk buat final check sebelum bengkel start petang tu. Adik Is ngan Aina.. mesti la gi mandi kolam. Tak sabar-sabar dah diorang tu..

Align Center

Aina posing sakan..

Adik Is... sampai kecut dok dalam kolam.. "frog"


Muka-muka nak mandi air laut...

Tok yang masih anggun hehehheh

Amacam... ada gaya model tak?

Hmmmm.. hitam la anak mama lepas mandi laut

Malam barbeque

Last night kat sana ada BBQ Night. Adik Is ngan Aina tak leh berhenti makan aiskrim. Ye la... tong aiskrim ada kat belakang diorang ja. Sepanjang kami kat sana, kami selalu teringatkan Iman. Mama harap sangat boleh bawak Iman sekali. Terbayang di mata mama macamana suka nya iman mandi kat swimming pool. Saat-saat indah masa kita bersama-sama dulu tak mungkin mama dan adik-adik lupa.

OK la.. mama sudahkan dulu cerita kat sini. Mama doakan semoga Allah sentiasa pelihara Iman. Insyaallah.... suatu hari nanti kita akan berjumpa juga.




Monday, March 16, 2009

Hajat mama tak kesampaian lagi...

Pukul 8 pagi tadi mama call lawyer mama lagi. Masih belum ada jawapan dari pihak abah mengenai permintaan mama. Dia tanya.. mama nak pergi sungai petani jugak ka? Hmm.. mama pun buntu. Mama yakin, kalau surat pun tak boleh nak jawab.. mustahil diorang akan bawak iman ke sungai petani untuk jumpa mama.

Lawyer mama bincang semula dengan lawyer abah. Katanya... sebenarnya yang paling susah untuk dia berurusan ialah dengan Tok Wan. Tok Wan yang tak bagi sangat iman jumpa dengan mama. Abah banyak diam ja... Jadi susah lah sikit dia nak pujuk sebab Tok Wan tu orang tua dan dia tak mau dengar pendapat orang lain.

Hmm.. entah la iman. Mama pun hairan sebab apa boleh jadi sampai macam ni. Apa yang Tok Wan marah sangat dengan mama sampai dia sanggup buat mama macam ni. Mama tak pernah hutang apa-apa dengan dia malah masa lepas bercerai dengan abah pun, mama ada pergi melawat Tok Wan dan Tok Pah. Mama pergi secara baik dan diorang layan mama dengan baik. Tapi sekarang semua dah berubah.

Apapun.. lawyer mama kata, dia dan lawyer abah akan usahakan jugak supaya mama dan adik-adik dapat jumpa iman masa cuti sekolah ni. Doakan lah semoga kita dapat berjumpa....

Boleh ke tak ni???

Hari ni pagi-pagi lagi mama dah call pejabat lawyer. Dah ada ke reply dari pihak abah untuk mama jumpa dengan Iman? "Lawyer belum masik ofis lagi" kata pompuan yang tolong angkat telefon. Hmmm.. mama tanya macamana dengan surat mama tu. Dah ada reply ke belum. Pompuan tu kata belum ada jawapan. Hmm.. camana ni. Patutnya esok mama boleh pi jumpa Iman.

Tengahari mama call lagi. Kali ni mama bercakap dengan Lawyer. Dia kata dia dah suruh staff dia contact pejabat lawyer abah. tapi diorang belum boleh bagi keputusan. Susah sangat ke nak jawab. Jawapannya sama ada Boleh atau Tak Boleh. Kalau dalam exam, soalan yang ada 2 jawapan camni la yang paling senang nak jawab. Tapi..... entah la apa yang susah sangat abah nak bagi jawapan. Lawyer mama kata dia akan terus call tanya lagi.

Dah 5 bulan mama tak jumpa dengan Iman. Mama dan adik-adik rindu sangat dengan Iman. Tapi sampai ke malam mama tunggu ... masih tak ada jawapan.

Saturday, March 14, 2009

Boleh tak nak jumpa Iman???

Pejam celik pejam celik seminggu dah berlalu. Minggu ni badan mama tak berapa sihat. Kejap ok.. kejap pening.. kejap rasa seram sejuk. Tapi tak demam-demam jugak. Mungkin sebab jadual tidur mama yang tak menentu, mama jadi camni. Mungkin juga badan dah penat nak tanggung semua masalah yang tak pernah habis.
Jadual mama untuk bulan ni boleh dikatakan penuh untuk kerja dan study. Insyaallah... Mei nanti baru lapang sikit. Harap-harap masa tu projek dah boleh close dengan baik dan final exam pun dah selesai. Baru lah boleh berpoya-poya dengan anak-anak mama. Hmmm.. tak sabarnya nak tunggu time tu. Plan mama nak bawak Iman, Aina dan Adik Is ke Bukit Merah. Boleh la main air puas-puas. Mama tok pun dok mengadu boring dok kat rumah.

OK.. berbalik pada tajuk mama hari ni. Hari selasa lepas mama ada call lawyer, minta dia uruskan supaya mama boleh jumpa Iman masa cuti sekolah ni. :) Hmmm... kali ni buat surat secara formal. Maaflah sebab mama tak percaya dengan kata-kata abah dalam surat lepas yang minta mama ambil Iman kat rumah tokwan di kulim. Dalam surat tu kata, dia tak pernah halang mama dari berjumpa dengan Iman secara kekerasan. Hmm.. ntah la. Kalau dah sambut mama dengan kayu dan penampar tu bukan kekerasan, agaknya macamana la kekerasan yang abah maksudkan tu. Seram bulu roma mama bila fikir pasal hal tu.

Hari Khamis lawyer call mama, dia kata dia dah siapkan surat minta abah hantar Iman di pejabat lawyer dia kat sungai petani hari isnin ni jam 10 pagi. Mama tuntut hak mama untuk bersama dengan iman 17 - 18hb Mac 2009. Rasanya abah nak bagi tak Iman jumpa dengan mama? Mama doakan semoga abah dan tokwan lembut hati.... dan bagi Mama jumpa dengan Iman. Apa-apa pun mama tunggu jawapan dari lawyer mama esok. Doakan semoga mama dapat berjumpa dengan Iman ya....

Harap Allah kirimkan salam rindu mama pada Iman. Peluk cium dari mama untuk permata mama yang tersayang.

Sunday, March 8, 2009

Hari Sukan Aina

7 Mac 2009
Mama sedar-sedar je dah kul 7.. letih-letih badan terasa lagi. Alamak... dah lambat nak pergi hari sukan aina.. kelam kabut mama kejutkan aina, adik is dan mama tok. Lepas jerang air mama solat dan pergi siap-siapkan barang untuk aina. Aina happy betul sebab nak pergi sukan. Adik is pulak asyik tanya macam-macam soalan. " kita nak pi mana mama?" "sukan tu apa mama?" "adik boleh ikut tak mama?" "jauh tak mama?" hmmm.... macam-macam soalan adik is ni..

Sukan tahun ni buat kat dewan matrikulasi. Hmm.. ok la jugak sebab buat dalam dewan. Takde la panas. Baju aina pun tak kotor heheheheh.... senang sikit kerja mama kan. Aina masuk rumah merah..


Aina main baling bola dalam bakul.. lawak betul aina ni...mata tengok kat lain, tangan baling bola.. mana nak masuk. Tapi takpe... team aina dapat no 3. Ok la tu kan


Lepas tu ada satu segmen tiup belon sampai pecah. Dah tu,... mama kena join sekali pulak. Aina bukan main happy sebab boleh team ngan mama. Mula-mula aina kena lari ambil belon.. pastu pass kat mama. mama kena tiup sampai pecah. Hmmm.. dapat la hadiah saguhati.

Anyway... mama rasa bahagia bila tengok anak-anak mama bahagia. Kalau iman ada sekali mesti hidup mama lebih bahagia. Sepanjang hari ni, adik Is tak henti-henti tanya pasal ima aan. "Mana abang iman?" "Sebab apa abah ambil abang Iman?" Dia tak pernah jemu bertanya pasal Iman. Kami selalu rindukan Iman....

2nd trip to KL this week

Mama baru ja balik dari KL hari selasa lepas. Masa meeting dengan bos hari khamis lepas, dia minta mama dengan kawan ofis mama Y ikut dia ke KL untuk attend satu meeting penting. Hmmm.. jadi terpaksa la mama fly lagi sekali ke KL. Kali ni mama nak pergi sehari ja... pergi jumaat pagi, balik jumaat malam. Oleh sebab meeting tu tak tau lagi habis kul berapa, mama tak book lagi tiket balik. Kalau habis awal mama boleh balik dgn flight, kalau lambat.... naik bas je la jawabnya.

Mama nak jugak balik hari jumaat sebab esoknya aina ada sukan kat tadika. Awak-awal lagi dia dah pesan kat mama pasal hari sukan tu. Mama taknak dia sedih sebab mama tak boleh tgk dia masa hari sukan. Sebelum bertolak, mama bincang dengan kawan mama Y pasal perjalanan balik nanti. Mama dapat maklumat yang meeting tu akan habis awal sebab TNC yang chair meeting tu ada meeting lain dlm kul 3.30. Jadi kami decide nak ambil tiket balik guna flight..
:) kalau sampai awal boleh la mama rehat malam tu.

Sampai ja kat KLIA, mama pergi MAS sales office... malangnya flight malam ke alor setar semua penuh. Alamak camana ni. Y tanya samada kami nak beli tiket bas atau nak amik flight ke penang. Hmmm.. pikir punya pikir, mama amik flight ke penang sebab takut tiket bas pun habis jugak sebab hari Isnin ni cuti umum. Penang pun penang la... janji sampai. kalau ikut kiraan, mama akan sampai kat penang dalam kul 9.20 malam so dalam kul 11.30 sampai la kat rumah.
Meeting hari tu berjalan lancar. TNC pun puas hati dengan report yang mama dah buat. Lepas meeting g makan-makan dengan bos. Heheheheh... bos kena la belanja kan. Lepas makan-makan mama dan Y bertolak ke KLIA..

Sementara tunggu flight mama round keliling KLIA. Cantik jugak KLIA ni...


Tiba-tiba ada announcement... flight ke penang delay kepada pukul 9 malam. Alaa.... leceh la. Dah la mama budget nak sampai awal. Hmmm.. nak wat camana kan. Sempat mama belikan mainan untuk aina dan adik is. Teringat mama kat Iman. Selalunya mama kena belikan 3 mainan. kali ni 2 je....

Dipendekkan cerita mama sampai ka rumah lebih kurang jam 12.30 malam. Letak je barang terus tertido.... penat nye....

Thursday, March 5, 2009

4hb Mac.... Hari yang ditunggu-tunggu

Mama baru sampai dari KL semalam lebih kurang jam 11.00 malam. Penat masih terasa. Lepas solat subuh, mama bersiap-siap ke Mahkamah. Awal-awal lagi Aina dan Adik Is dah bangun. Ye la... dah 3 hari tak jumpa mama. Mama belikan Aina dengan Adik Is baju baru. Sepasang baju tidor dan sepasang baju siang untuk aina. Untuk adik Is pulak, sepasang baju ultraman dan sepasang baju Mr Bean. Tak sabar-sabar adik Is nak pakai baju Ultraman baru dia.

Lepas melayan adik Is dan Aina, mama bersiap-siap untuk ke mahkamah. Jam 7.45 pagi mama bertolak dari rumah. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Lebih kurang 8.45 pagi mama sampai ke perkarangan Mahkamah Tinggi. Suasana lengang.. malah tak nampak bayang-bayang abah kat sana.

Mama tunggu lebih kurang 15 minit barulah lawyer mama sampai. Dia beritahu mama yang pihak abah belum kemukakan sebarang pembelaan. Hmmmm.. macamana tu? Rupa-rupanya sebelum mula perbicaraan, abah kena failkan pembelaan dulu. Baru boleh mulakan perbicaraan. Hmmm... nampak macam sengaja ja abah nak lewat-lewatkan kes.

9.15 mama masuk dan tunggu dalam mahkamah. Bayang-bayang abah tak ada juga. Akhirnya lebih kurang jam 9.45 pagi, nama mama dan abah dipanggil. Abah tak datang juga. Jadi kes ditangguhkan lagi...................

penat rasanya, mama datang dari jauh tapi abah tak nampak usaha nak selesaikan hal ni. Dulu bukan main lagi suruh mama minta hak penjagaan kat mahkamah. Bila dah dapat hak penjagaan sementara, dia taknak beri patuh juga. Nak selesaikan hak tetap pun asyik bertangguh pula. Hmmm.. entah apa lagi yang mama patut buat.

Lepas tu mama terus keluar dari mahkamah. mama tunggu lawyer mama kat luar. Lebih kurang lepas 10 minit, baru lawyer mama keluar. Dia maklumkan pada mama yang abah bukak satu kes untuk batalkan perintah hak penjagaan sementara. Antara perkara yang dia mention dalam permohonan tu :
1. Dia mampu nak sara iman - mampu kah? bila dia sendiri mengaku tak boleh nak bayar nafkah pada mama dan terpaksa menumpang rumah orang lain untuk hidup?
2. Iman dah lama dan selesa duduk ngan dia. - Kalau ikutkan lama, Iman duduk dengan mama sejak lahir sampai lah hari iman dilarikan. Sedangkan iman duduk dengan abah cuma 4 bulan ja sejak dia larikan iman. Sebelum ni pun abah bekerja kat kulim dan mama kat pejabat mama sekarang ni. Dan dia cuma datang jenguk kita 2 kali dalam sebulan.
3. Dia dah 8 tahun berkahwin dengan mama dan tahu mama tak mampu jaga iman. - Kalau betullah mama tak boleh jaga anak, kenapa iman sorang ja yang dia nak jaga sangat. Dia tak takut kah dengan nasib aina dengan iskandar? Dan sepanjang perkahwinan... sapa yang jaga anak-anak mama masa sakit kat hospital? Sapa yang uruskan hal persekolahan setiap hari dan sapa yang teman anak-anak mama buat kerja sekolah tiap-tiap malam?
4. Dia tak pernah halang mama dari berjumpa dengan iman dengan cara kekerasan. - Kalau dengan cara sambut kedatangan mama bersama-sama kayu dan penampar bukan kekerasan bagi abah, entah macamana teruk lagi kalau dia gunakan kekerasan.

Apa pun, mama ada bukti untuk semua ni. Mama harap cepat-cepat lah kes perbicaraan ni dimulakan. Dah tak sabar mama nak mempertahankan hak iman untuk bersama-sama dengan mama dan adik-adik. Walau macamana pun, mama tak tahulah sampai bila kes ini akan berjalan. Cuma mama harap, satu hari nanti iman akan baca blog mama ni dan tahu macamana tekadnya mama berusaha untuk mendapatkan iman. Tak pernah ada rasa putus asa. Tak pernah sikitpun rasa jemu. Rindu dan sayang mama dan adik-adik pada iman tak pernah kurang.

Salam sayang mama dan adik-adik untuk Iman.
 
Dear Diary Blogger Template