Saturday, March 14, 2009

Boleh tak nak jumpa Iman???

Pejam celik pejam celik seminggu dah berlalu. Minggu ni badan mama tak berapa sihat. Kejap ok.. kejap pening.. kejap rasa seram sejuk. Tapi tak demam-demam jugak. Mungkin sebab jadual tidur mama yang tak menentu, mama jadi camni. Mungkin juga badan dah penat nak tanggung semua masalah yang tak pernah habis.
Jadual mama untuk bulan ni boleh dikatakan penuh untuk kerja dan study. Insyaallah... Mei nanti baru lapang sikit. Harap-harap masa tu projek dah boleh close dengan baik dan final exam pun dah selesai. Baru lah boleh berpoya-poya dengan anak-anak mama. Hmmm.. tak sabarnya nak tunggu time tu. Plan mama nak bawak Iman, Aina dan Adik Is ke Bukit Merah. Boleh la main air puas-puas. Mama tok pun dok mengadu boring dok kat rumah.

OK.. berbalik pada tajuk mama hari ni. Hari selasa lepas mama ada call lawyer, minta dia uruskan supaya mama boleh jumpa Iman masa cuti sekolah ni. :) Hmmm... kali ni buat surat secara formal. Maaflah sebab mama tak percaya dengan kata-kata abah dalam surat lepas yang minta mama ambil Iman kat rumah tokwan di kulim. Dalam surat tu kata, dia tak pernah halang mama dari berjumpa dengan Iman secara kekerasan. Hmm.. ntah la. Kalau dah sambut mama dengan kayu dan penampar tu bukan kekerasan, agaknya macamana la kekerasan yang abah maksudkan tu. Seram bulu roma mama bila fikir pasal hal tu.

Hari Khamis lawyer call mama, dia kata dia dah siapkan surat minta abah hantar Iman di pejabat lawyer dia kat sungai petani hari isnin ni jam 10 pagi. Mama tuntut hak mama untuk bersama dengan iman 17 - 18hb Mac 2009. Rasanya abah nak bagi tak Iman jumpa dengan mama? Mama doakan semoga abah dan tokwan lembut hati.... dan bagi Mama jumpa dengan Iman. Apa-apa pun mama tunggu jawapan dari lawyer mama esok. Doakan semoga mama dapat berjumpa dengan Iman ya....

Harap Allah kirimkan salam rindu mama pada Iman. Peluk cium dari mama untuk permata mama yang tersayang.

1 comment:

  1. Tak sabo nak tunggu perkembangan ni macam mana. Semoga terlerai rindu Hani pada Iman.

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template