Wednesday, June 3, 2009

3 Jun - Perjumpaan dengan Iman

Salam sayang buat mama untuk Iman,

3 Jun 2009,

Mama bangun awal untuk bersiap-siap nak jumpa dengan Iman. Mama, tok dan adik-adik bermalam kat rumah nek sempena cuti sekolah ni. Kebetulan mama ada mesyuarat di Kuala Lumpur 2 hari, jadi mama hantar tok dan adik-adik balik kampung. Penat outstation terasa lagi, tapi mama gagahkan juga sebab tak sabar nak berjumpa dengan Iman. Adik Is masih demam panas, semalaman dia asyik mengerang sebab demam dan jam 3 pagi dia bangun muntah. Mama pegang dahi adik Is, dah kurang sikit demamnya. Walaupun adik Is tak sihat, mama masih berharap dan berdoa agar tak ada sebarang rintangan di pihak mama untuk berjumpa dengan Iman.

Seperti mana yang dijanjikan kami bertolak ke Sungai Petani untuk berjumpa dengan Iman. Mama rahsiakan perjumpaan ni dengan adik-adik takut diorang terlalu mengharap untuk berjumpa dengan Iman macam dulu. Mama taknak adik-adik kecewa lagi kalau tak dapat jumpa dengan Iman. Mama sampai di perkarangan Cinta Sayang Resort jam 10 pagi. Tak ada bayang sesiapa pun kat sana. Mama tunggu sampai 10.30 pagi, oleh sebab tak ada sesiapa mama call lawyer mama. Mama maklumkan yang mama dah tunggu kat situ tapi x ada sapa2. Dia kata yang dia akan beri no telefon lawyer abah. Sambil tunggu no telefon tu, mama bergerak ke the carnival yang ada di sebelah Cinta Sayang Resort. Sampai kat sana mama nampak kereta wira hijau tokwan. Hmm.. nampaknya abah tunggu kat The Carnival. Sekilas mama nampak Iman dalam kereta tu. Hati mama berbunga gembira. Walau cuma sesaat mama nampak Iman, mama rasa seronok sangat.

Mama berpusing cari parking. Dan lepas parking mama call abah. Malangnya, yang mama dapat adalah jerkah daripada abah.

Abah : Hang bawak mak hang pasepa?

Mama : Apa salahnya saya bawak mak saya?

Abah : Saya dah tanya dengan lawyer saya, dia kata awak akan datang sorang. Awak dah langgar perjanjian ni.

Mama : Sebab apa tak tanya terus dengan saya? Memang saya akan bawa mak saya. Jadi apa salahnya. Awak pun kata nak bawak wife baru awak kan. Jadi... apa masalahnya.

Abah : Saya tak boleh bawak wife saya sebab dia balik kampung. Jadi saya bawa mak saya. Saya ada bukti yang dia balik kampung. Saya kena bawa mak saya sebab saya ni suami orang. Nanti kena fitnah pula.

Mama : Awak yang lelaki pun nak kena bawak mak awak, ini kan pula saya ni pompuan. Lagi lah kena bawa orang temankan saya.

Abah : Sudah lah, saya nak balik.

Mama : Macam ni lah.. kita dah sama-sama sampai kat sini. Kita jumpa ja la. Saya pun dah janji kat anak-anak nak bawak diorang pergi mandi kat The Carnival. Kita masuk sama-sama.

Abah : Ahh.. sudah la. saya nak balik.

Abah terus letak telefon. Lepas pada tu mama nampak ada seorang lelaki pakai t-shirt biru belang kuning tiba-tiba muncul dari dinding sebelah kereta abah meluru masuk dalam kereta. Hmm.. hairan jugak mama. sebab apa dia bawak orang laki yang mama tak kenal dengan dia. Entah apa pula muslihat dia.

Abah pun terus keluar dari kawasan tu. Mama call lawyer abah. Maklumkan situasi tu dan minta dia bercakap dengan abah. Kalau boleh pujuk dia supaya kami boleh jumpa sama-sama.

Sambil-sambil tu.. mama pun siap2kan pakaian mandi aina dan adik Is. Diorang yang tak tahu apa-apa tu seronok sangat bila nampak gambar orang mandi-manda kat sana. Tak faham kemelut yang sedang terjadi. Tiba-tiba abah call.

Abah : Sekarang ni macam ni, awak tinggalkan mak awak kat sana, datang jumpa saya.

Mama : Ish.. apasal pulak. Sebab apa awak nak macam ni?

Abah : Kalau tak saya nak balik.

Mama : Macam ni lah. Kalau niat awak nak bagi jumpa, awak datang je terus kat sini sebab saya dan anak-anak dah nak masuk dalam The Carnival. Kalau niat tak nak bagi jumpa, balik je la.

Abah terus letak telefon. Mama call pula lawyer abah. Tanya apa yang dah jadi. Lawyer abah macam marah-marah. Nampaknya dia pun dah mula bengang ngan abah. Ye la.. penat-penat lawyer uruskan untuk mama dan adik-adik jumpa iman, tiba-tiba macam-macam pulak alasan abah.

Walau macamana pun, mama, tok, aina dan adik Is teruskan jugak program kami untuk mandi manda kat The Carnival. Walaupun kami harap sangat saat-saat macam ni kami dapat bersama-sama dengan Iman, tapi mama redha dengan apa yang terjadi.

3 comments:

  1. apa jenis bapak lah mcm tu...memisahkan anak2 yg tak tau apa sebenarnya.. dah dia sogok anak tu mcm2,mmg lah anak sayang dia..kita buat terbaik untuk anak supaya diorang boleh membesar dengan baik,tak dimanjakan sangat dan tidak dibiarkan sangat..sebenarnya saya pun takut gak perkara ni.saya baru ambil lawyer..tapi mcm ex nak bagi hak pada saya..tak tau lah...isk.. susah jadik macam ni.anak2 jadik mangsa..

    ReplyDelete
  2. eee geramnya.dah susah2 dtg tp ending x dapat jumpa gak,mmg x rasional langsung.budak2 jd mangsa.sian iman

    ReplyDelete
  3. Kalau memang x nak bagi jumpa tu.. macam2 alasan lah. Berterus terang kan senang. Cakap je "saya x bagi iman jumpa mak dia" Tapi cakap berdolak dalih.. dah create macam2 alasan.

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template