Monday, December 21, 2009

Sanggup tak buang anak sendiri???

Pernahkah kita terfikir, sekeras mana agaknya hati seorang bapa? sekejam mana seorang bapa sanggup lakukan terhadap anaknya? setinggi mana ego yang mampu seorang bapa pertahankan walaupun anak sendiri menjadi pertaruhan?

Kalau iman tanya pada mama, jawapan mama mana mungkin seorang bapa sanggup korbankan anak demi ego sendiri.... itulah tanggapan mama terhadap seorang yang digelar bapa. Walaupun bapa mama meninggal masa mama masih kecil lagi, tapi seingat mama, bapa mama adalah seorang yang penyayang dan sangat bertanggungjawab. Dia adalah seorang perajurit negara yang terkorban semasa menjalankan tugas..... sunggu mulia pengorbanan bapa mama ataupun datuk iman.

Namun kisah yang mama akan titipkan hari ini telah meragut penghormatan yang wajar diberikan kepada seorang bapa. Semalam... lebih kurang jam 10.30 malam, mama mendapat panggilan daripada nek wan. Nek wan adalah datuk mama yang usianya dah hampir 90 tahun. Dia bercakap dengan mama dalam suara yang sungguh sebak....

" Hani.... anak-anak hang ada kat rumah tok wan ni.... bapak depa dah takmau jaga depa dah. dia mai tauk kat sini.... "

Memang mama terkejut, tak mungkin seorang bapak sanggup tinggal anak sendiri kat rumah orang? Mama tanya pada nek wan, sebab apa tak suruh dia call mama? Katanya.... dia takkan call mama. Kalau nekwan tak mau amik depa... abah akan tinggal aina dan adik isk kat luar rumah.... apa nak jadi... jadilah..

Ish ish ishhhh.... bila dah jadi macam ni... tak perlulah mama nak cerita panjang-panjang tentang sikap abah yang mama kenal sejak 8 tahun tempoh perkahwinan kami. Kalau dengan anak, darah daging sendiri pun dia sanggup buang macam sampah kat tengah jalan, apatah lagi dengan mama yang dendam abah tak pernah padam....

Yang menghairankan mama, tok wan kulim pun sama dengan abah sanggup tinggalkan cucu sendiri macam tu.... dah tak ada duit sangat nak bagi makan kah? atau dah tak tahan dengan kerenah aina dan adik is yang masih kecil... mama tak tahu.

Macam-macam cerita direka oleh abah dan tok wan untuk memburuk-burukkan mama depan nek wan. Semuanya menggambarkan yang mama dan tok dah tak mau jaga aina dan adik is... pastu sengaja pi tinggal aina ngan adik is kat sana. Padahal, sejak mama melahirkan anak-anak mama, memang hanya mama yang menyara segala keperluan makan minum dan persekolahan. Walaupun itu tanggungjawab seorang bapa, tak mungkin mama akan biarkan anak-anak mama kelaparan dan terbiar... Satu saja yang mama pegang... ALLAH itu adil dan segala tindakan dan penganiayaan pasti ada balasannya.

Apa yang mama harapkan adalah hubungan baik antara keluarga kedua-dua pihak sebab yang menjadi mangsa hanyalah anak kecil yang tak faham apa-apa. Tapi sehingga ke hari ni.... segala usaha mama untuk berbaik-baik hanya sia-sia memandangkan abah sendiri masih menyimpan dendam....

Iman, ketika mama tuliskan segala pahit manis yang mama lalui ini, usia iman baru 8 tahun dan mama tahu, iman masih belum boleh menilai kasih sayang mama pada iman. Daripada cerita adik-adik, mama tahu yang abah dah momokkan iman dengan pelbagai cerita jahat tentang mama.... tapi mama yakin, satu hari nanti iman akan membaca segala luahan hati mama ini dan pada ketika itu barulah iman akan faham keadaan sebenar yang terjadi.

Walaupun mama mungkin tak dapat jumpa iman selama setahun, dua tahun, lima tahun ataupun sepuluh tahun.... mama yakin suatu hari nanti iman pasti akan datang berjumpa dengan mama... dan mama redha dengan apa yang berlaku..

Apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya... dan mama yakin ALLAH dah aturkan sesuatu yang terbaik untuk kita semua...

Salam sayang dari mama buat iman...

6 comments:

  1. Semoga Tuhan permudahkan perjalanan hidup Hani. Semoga juga Tuhan lapangkan rezeki untuk Hani dan anak anak agar tidak menagih simpati dari sesiapa atau mengharap orang yang tak sudi bertanggung jawab. Biarlah, jika itu mahunya, semoga Tuhan saja yang akan buka pintu hati dia. Lebih lama Hani bertahan, tentu lebih melukakan hati anak anak nanti.

    Tapi, jika Hani ingin terus bertahan, akak doakan semoga anak anak Hani juga setabah Hani dan Mak hani mengharungi hidup ni....

    "Bertahan untuk mengubah sikap ex hani atau bertahan untuk menuntut apa yang sepatutnya..."

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah memberi kekuatan kpd Hani untuk melalui dugaannya ini dan semoga ada penghujung yg amat manis buat Hani dan anak2 ..

    ReplyDelete
  3. rasa baru je saya tggl komen yg saya gembira dengan apa yg saya baca sblm ni,adik2 buleh jumpa iman bila2 masa,tak sangka ini kesudahannya..
    semoga Allah mendengar rintihan hani

    ReplyDelete
  4. Hani

    Allah Maha Mendengar...

    Redhakan keadaan ini kerana ini ujian. Limpahkan kasih sayang itu pada anak anak kerana meraka adalah mutiara yang akan bersinar pada masa akan datang. Hikmahnya kesabaran ini akan Hani rasakan pada masa depan..

    ReplyDelete
  5. kak izawani : Hani tahu, kalau hani tuntut apa-apa pun, tak mungkin x-hani akan beri... sama ada tuntut untuk jumpa anak, nafkah edah, nafkah anak ataupun hutang piutang... lagipun hidup hani sekarang dah cukup bahagia. Tuntutan tu hani serahkan saja pada ALLAH, yang maha adil. Cuma niat hani nak mendekatkan anak dengan bapa, dan adik dengan abang kandung sendiri. Sama-sama rasa bertanggungjawab untuk membesarkan anak walaupun kami dah berpisah. Tapi kalau dia sendiri dah tak kisah dan tak mahu peduli tentang anak sendiri... rasanya tanggungjawab hani untuk pastikan anak-anak hani mengenali bapa mereka mungkin dah selesai. Dah jelas... bukan hani yang memisahkan mereka tapi bapa mereka sendiri dah tak mau ambil tahu tentang diorang.
    Hani dah tak kisah bila dia tak bagi hani jumpa iman.... hani dah cuma berkali-kali dan satu hari nanti iman akan tahu bukan mamanya yang tak nak jumpa dengan dia... tapi keluarga bapanya yang sengaja pisahkan kami. Hani percaya pertemuan tu di tangan ALLAH, kalau dia izinkan suatu hari nanti kami akan berjumpa juga. Insyallah.... :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih juga pada ME, irfa dan zareda di atas kata-kata semangat yang diberikan. ALahmdulillah.... doa kawan-kawan sekelian beri hani lebih kekuatan untuk terus mengukir senyuman. Kini tiada lagi air mata yang mengalir atas setiap dugaan... hani dah redha dengana apa yang berlaku dan masih boleh bersyukur atas nikmat lain yang ALLAH diberikan. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template