Tuesday, June 8, 2010

Cuti sekolah adik isk dan aina...


Salam sayang untuk iman,

Apa agaknya aktiviti iman cuti sekolah ni? Mama, adik isk dan aina harap sangat iman boleh 'spend time' dengan kami masa cuti-cuti macam ni. Baru-baru ni walid bawa mama, aina dan adik isk ke batu feringghi. Sebenarnya tak plan pun nak pi situ... kami balik penang sebab hantar tok balik umah. Kemudian pi gurney drive sebab walid ada hal kat situ... masa tu walid tanya nak pi mandi laut x? Aina dengan adik isk apa lagi...... menjerit2 nak pi. Terus walid drive ke batu feringghi, kami berhenti kat satu kedai beli pelampung untuk aina dan adik isk sorang satu, pastu terpaksa la walid beli tuala dan baju mandi sebab kami x bawa apa-apa pun masa tu.

Sampai ja kat tepi pantai, aina dan walid terus masuk dalam air. Mama dok kat tepi ja.. adik isk pulak takut nak pi dalam laut. Masa tu ombak besar jugak. Adik isk mandi sikit2 ja kat tepi pantai... aina pulak punya la seronok. Walid ajar dia berenang. Aina nampak cool ja belajar berenang. mama rasa tak lama lagi mesti dia akan pandai berenang.

Puas walid ajak adik isk masuk dalam laut tapi dia xnak. Last sekali walid dokong dia masuk dlm laut. Sebab takut, dia peluk walid x lepas-lepas. Lawak betul mama tengok adik isk masa tu. Baru dok dalam air sat saja dia dah gaduh nak pi kat mama.. hmmm apa nak jadi la dgn hero mama yang sorang ni. Berlain sungguh dengan aina, dia sampai takmau balik. Seronok betul dia main air laut. Walid pulak pandai layan dia... Adik isk dengan mama main pasir. Mama sengaja tanam kaki adik isk pastu buat bentuk ekor ikan.... mengekek-ngekek adik isk gelak bila dia tgk separuh badan dia dah jadi ikan.

Petang tu jugak kami balik ke rumah.. adik isk dengan aina dua-dua tertidor dalam kereta. Penat sangat la tu agaknya... Esoknya, dua-dua asyik sibuk bercerita pasal seronok mandi air laut. Depa kata kalau ada iman mesti lagi best. Aina pesan, lain kali kalau nak pi mandi air laut lagi, dia nak bawa iman sama. Ingatan depa pada iman memang kuat. Walau kemana dan apa pun yang depa buat, depa mesti sebut pasal iman.

Sekarang ni, masih cuti sekolah lagi. Mama hantar aina dan adik isk ke tadika. Aina belajar kafa, mengaji quran dan sembahyang. mama tengok adik isk sekarang ni ikut perangai iman. Pandai sembahyang dan suka pi surau. Dulu masa iman masih dok ngan mama, iman selalu pi sembahyang masjid kat surau dengan kawan-kawan iman. Sekarang ni, perangai adik isk mmg sama macam iman. Cuma mama x bagi dia pi surau lagi sebab dia baru 5 tahun. Mama harap iman masih macam dulu, tak tinggal solat dan selalu sembahyang jemaah di surau. Mama selalu doakan kebahagiaan iman dunia dan akhirat.

Adik isk sekarang ni macam bayang-bayang iman di mata mama. Cara dia bercakap, cara makan, manja dia.... sama macam iman. Walaupun rupa dia x sama macam iman, tapi mama selalu teringatkan iman bila tengok adik isk. Kadang-kadang mama peluk adik isk kuat-kuat untuk lepaskan rindu mama pada iman. Insyaallah, satu hari nanti iman akan faham betapa sayang dan rindunya mama pada iman. Mama tak tahu cerita apa yang abah dan tokwan sajikan untuk iman tentang mama..... tapi mama yakin, bila iman jumpa mama nanti, dengan sendirinya iman akan kenal siapa mama.

Semalam, lepas makan malam, tiba-tiba ja aina kata kat mama "Mama, mama ni baik sangat." Heran gak mama apasal tiba-tiba ja aina kata camtu. mama tanya dia sebab apa dia kata macam tu. Aina kata, abah kata mama orang jahat. Tapi mama tak jahat pun. Adik isk pun menyampuk. "Abah selalu kata mama jahat, mama jahat. Tapi abah tipu. Mama tak jahat pun." Terdiam mama bila adik isk dan aina cakap macam tu. Mama peluk aina dan adik isk, mama tanya betulka mama ni jahat? "Takkkkkkkkk!!!" dua-dua jerit serentak. "Tak baik kata kat orang jahat, apatah lagi kalau menipu. Aina dengan adik isk jangan tipu orang tau... tak baik, berdosa."
Mama tak taulah apa pulak yang abah beritahu pada iman tentang mama. Tapi mama yakin, satu hari nanti iman akan tahu jugak kebenarannya.....




No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template