Thursday, August 6, 2009

Akhirnya... dapat juga mama jumpa Iman

Semalam, mama jumpa dengan lawyer mama. Mama nak beritahu dia yang mama dah penat nak teruskan kes ni. Mungkin buat masa ni mama nak kena rehat dulu beberapa bulan. Tapi lawyer mama beri kata-kata semangat untuk mama. Jangan putus asa untuk teruskan kes ni. Walaupun lambat, biar lah kes ni terus berjalan. Mama sebenarnya yakin yang abah takkan bawa iman untuk jumpa mama cuti sekolah ni. Mama dah rasa penat ditipu dengan janji-janji abag yang kononnya nak bagi mama jumpa dengan Iman tapi akhirnya abah akan reka macam-macam alasan untuk elakkan kita berjumpa.

Lepas berbincang dengan lawyer mama, mama setuju nak pergi ke Kulim esok dengan Lawyer. Kalau boleh bawak aina ngan iskandar sekali. Biar tok ngan tokwan rasa lemah dengan kehadiran aina dan iskandar, kemungkinan diorang akan benarkan kami jumpa iman. Sepanjang perjalanan mama berfikir... patut ka mama pergi? Mungkinkah tokwan akan halau mama lagi? Patutkah mama bawak aina dan iskandar? Apa maktok akan kata bila mama bagitau mama nak ke kulim? Dia memang takkan bagi, jadi macamana mama nak bagitau maktok?

Mama mohon petunjuk daripada Allah, berikan mama kekuatan untuk teruskan usaha mama ni. Balik dari kerja, mama habiskan masa dengan membaca Al-Quran untuk tenangkan hati mama. Mama belum berani nak suarakan pada maktok yang mama nak ke Kulim esok pagi. Malam tu Mama bawa aina dan iskandar ke pasar malam dan belikan iman sebuah jam tangan dan mama buat keputusan, mama akan bawa iskandar sorang ja esok untuk ke Kulim.

Jam 11.45 malam, mama panggil maktok. Mama beritahu dia yang mama akan ke Kulim esok dengan Iskandar untuk berjumpa Iman. Walaupun tak berapa setuju, dia bagi gak mama pi. Bagi mama restu dan doa maktok memang penting. Sepanjang malam, mama berdoa dan berzikir, mohon Allah permudahkan segala urusan mama esok dan pertemukan mama dengan Iman.

Mama bangun jam 6 pagi. Lepas subuh, mama baca surah yasin. Ada kawan mama beritahu yang dengan baca surah yasin pada waktu subuh, Allah akan permudah urusan kita sepanjang hari tu. Insyaallah..... mama usahakan sedaya upaya mama. Jam 7.30 pagi mama bertolak dengan Adik Is ke Alor Setar, ambil lawyer mama dan kami bertolak ke Kulim.

Jam 10.15 pagi, kami sampai depan rumah tok di Kulim. Lega bila mama tengok motor abah takdak kat sana. Kami masuk ke kawasan perkarangan rumah dan mama nampak tok tengah bersiap-siap kat dapur. Lawyer mama beri salam melalui pintu belakang. Maktok datang dan buka pintu. Mula-mula dia tak perasan mama, lepas tu bila mama hulur tangan untuk salam baru dia perasan. Alhamdulillah, tok sambut kami dengan baik dan jemput kami masuk. Mama tengok keliling, tapi tak nampak bayang Iman. Laju ja mulut mama tanya tentang Iman. Tok kata Iman tak tinggal kat situ lagi. Masa tu rasa hancur hati mama, mungkin kali ni pun mama tak dapat jumpa Iman. Mama melawat mak lang yang baru bersalin anak kedua.

Sempat mama bertanya pasal abah, katanya abah sekarang bekerja di Seberang Jaya. Isteri barunya tak bekerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni sedang mengandung 6 bulan. Sekarang ni, abah sewa rumah lain tapi dekat-dekat rumah tok wan jugak. Tiba-tiba dengar suara tokwan, ketar juga mama takut-takut kena halau. Tapi bila tokwan nampak Iskandar, dia terus senyum. Ya lah, iskandar sekarang dah besar dan pandai bercakap. Muka dia pun saling tak tumpah macam muka abah. Hati dia terus lembut. Mama salam dan cium tangan tok wan. Alhamdulillah, dia layan kami baik ja. Susah payah pergi kait buah rambutan untuk kami makan.

Jam 11 pagi, lawyer ajak mama balik. Ya la... dok tunggu lama-lama pun, tak jumpa Iman jugak. Mama beranikan diri minta tok benarkan kami jumpa Iman.

Mama : "Mak, boleh tak minta abah bawak iman mai sini sat. Iskandar tu asyik tanya pasal Iman ja. Kesian kat dia mak."

Muka tok berubah. mama tau dia takut nak bagi keputusan. Dia bagitau kat tokwan permintaan mama dan tokwan keluar pi cari Iman. Harapan mama berbunga balik. Lepas beberapa minit, kami dengar bunyi motor. Iskandar berlaki ke pintu untuk tengok Iman. Mama pun bangun dan bila nampak ja Iman terus mama peluk Iman. Air mata mama tak dapat mama tahan lagi. Mama peluk dan cium Iman puas-puas. Iman cium pipi mama berkali-kali. Mama panggil Iskandar yang cuma perhati dari jauh. Mama suruh iskandar beri semua hadiah yang kami bawa. Satu persatu hadiah dia keluarkan dari beg. Jam Ben10, Botol air Ben10 dan jam tangan yang mama belikan semalam mama sarungkan kat tangan Iman. Iskandar terus tarik tangan Iman ajak dia man bola. Terharu semua orang yang ada kat situ bila tengok diorang main bola sama-sama.

Kesempatan tu mama ambil untuk sembang dengan tokwan. Mama beritahu dia, yang mama tak kisah kalau abah nak jaga Iman tapi sekurang-kurangnya bagi lah diorang adik beradik berjumpa. Iskandar dan Aina selalu tanya pasal Iman. Pi mana-mana pun diorang nak belikan apa-apa untuk Iman. Tok wan kata iman pun selalu teringatkan mama, aina dan iskandar. Kadang-kadang bila dia duduk sorang-sorang, dia akan tengok gambar mama, aina dan iskandar. Kadang-kadang bila dia nampak budak pompuan yang sebaya aina dia akan kata "Tokwan, budak tu macam aina kan." Dia selalu teringatkan adik-adik dia.

Mama panggil iman dan minta dia duduk atas riba mama. Mam beritahu iman, bila cuti sekolah nanti iman mai rumah mama naa... kita pi mandi kolam ngan aina dan iskandar. Iman nampak happy sangat. Iman kata, hari jumaat ni Iman cuti sekolah 2 hari. Boleh pi rumah mama ka? Sebak betul hati mama. Mama beritahu yang, mama tunggu Iman masa cuti seminggu nanti. Mama tau Iman tak sabar-sabar nak pi rumah mama. lebih kurang 30 minit mama dan iskandar habiskan masa dengan Iman, dan kami pun minta mengudur diri. Iman ikut mama sampai ke pagar luar rumah. Mama peluk Iman lagi dan cium iman puas-puas sebelum mama balik.

Masuk ja dalam kereta iskandar duduk kat sit belakang dan asyik melambai pada Iman. Iman pun melambai tak henti-henti walaupun kereta mama dah bergerak jauh. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Mama bersyukur pada tuhan sebab akhirnya dipertemukan juga mama dengan Iman. Tok dan tok wan pun dah tak marahmarah macam dulu. Mungkin diorang pun faham betapa iman rindu pada mama dan adik-adik. Benarlah apa kata kawan mama, hati manusia ni Allah yang pegang, dia boleh ubah hati manusia mengikut kehendakNya. Mama bersyukur sangat atas sokongan keluarga dan kawan-kawan yang tak henti-henti beri pada mama pelbagai petua dan amalan. Insyaallah, cuti sekolah lagi 2 minggu dan kita akan berjumpa lagi....

Mama, Iman dan Iskandar. Iman makin tembam sekarang ni. Gigi pun makin kurang. Kepala dah botak hehehehe




10 comments:

  1. tabahkan hati.. jgan mengalah, Allah Maha Adil... kasih sayang ibu mmg tiada batasan kepada anak2nya... betul cakap lawyer tu.. bagi sedikit masa bertenang pada bekas suami... bila dia marah2, mmg lambat kes nak selesai, masa kita habis, duit pun habis... apa pun, jgn patah semangat...

    ReplyDelete
  2. Tahniah... akak gembira sangat bila Hani dapat jumpa iman... ceh... rasa macam akak plak yang jumpa...

    Apa apa hal... yang lain tu belakang kira...

    Rasa nanti ok la tu... Semua dah dapat berbaik...

    Nanti kita sembang lagi... thanks msg pasal menda nih... rasa lega bila hani gembira....

    ReplyDelete
  3. tembam da iman kn..
    alhamdulillah kak hani dapat jumapa iman..
    myself here pn seronok bila baca blog harini..
    pape pn..fight for ur right..

    ReplyDelete
  4. sebak betul saya baca entry ni

    Mudah mudahan keadaan akan bertambah baik buat Hani sekeluarga.. Tabahkan hati.. ini ujian, Hani memang kuat..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
    saya pulak yg terlebih gembira.
    mengalir air mata bila baca bagaimana seronoknya hani dan iskandar dpt jumpa iman
    semoga cuti sekolah ni dapat bercuti sama2 ye

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah, syukur dapat juga jumpa Iman walaupun sekejap. Saya menangis bila baca entri ini. Semoga terus tabah dan kuat menghadapi segala dugaan...


    ida

    ReplyDelete
  7. masa kat mahkamah,saya jumpa sorang doktor ni,kes dia dah 6 tahun..harta sepencarian..tapi dia sgt bersedia dengan segala dokumentasi yg complete..dia ajar saya suruh buat mcm dia sbb dia tau sistem mahkamah kat mesia ni still lemah dan kita kena sentiasa bersedia..saya doakan iman akan kembali pada ibu dan adik2 dia...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, walau diucap 1000x pun tak dapat menggambarkan perasaan syukur yang hani rasa. Memang rasa macam mimpi bila dapat jumpa dengan Iman. Tak sangka tokwan yang begitu bengis dapat dibukakan hati untuk pertemukan kami dengan Iman. Sebenarnya, hani dah rasa bosan dengan sistem mahkamah syariah kat Malaysia ni. Dah la nak buat keputusan lambat, ada pulak yang dah dapat perintah tapi masih tak dapat nak dikuatkuasakan. Lawyer sendiri mengaku hal ni.

    kebanyakan kes di mahkamah syariah, orang pompuanlah yang minta keadilan. Tapi selalunya, undang-undang tak memihak kepada kaum hawa. Kes tuntutan nafkah atau harta sepencarian, pihak yang menuntut kena kemukakan bukti. Bukannya pihak yang kena tuntut. Contohnya kalau seorang ibu mengadu yang bekas suaminya tak pernah bayar nafkah, dialah yang wajib buktikan bekas suaminya tak pernah bayar. Lecehkan.. Betullah kata kawan dee_syana, kita kena sentiasa bersedia dengan segala dokumen yang lengkap. Sapa tau apa akan jadi di masa depan.

    ReplyDelete
  9. syukurlah akhirnya hani dan is dpt jugak jumpa iman....

    teruskan usaha sehingga hani dapat hak hani semula satu hari nanti...

    ReplyDelete
  10. Syukur pada Allah. Semoga usaha kak hani akan berhasil. saya tumpang gembira baca entri kali nie, mengalir gak ah ayak mata...tisk..tisk. Tak apa la, apa-apa pun yang penting Allah pelihara zurait kit asemoga menjadi manusia berguna.

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template