Salam iman,
Mama dah dapat keputusan daripada abah tentang pertemuan kita pada cuti sekolah ni. Nampaknya, abah masih tak benarkan Iman ke rumah mama. Dulu katanta dia tak bagi mama jumpa iman sebab iman trauma dengan mama. Tapi selepas mama jumpa dengan iman 2 minggu lepas, tak ada tanda-tanda trauma pun pada Iman. Malah, tokwan sendiri mengaku yang Iman selalu rindukan mama dan adik-adik. Nampaknya selama ni mungkin abah yang trauma agaknya.
Tak apa lah, mungkin lain kali kita dapat habiskan masa bersama-sama. Kita tunggulah "trauma" abah habis dulu ya :) Pasal adik-adik, terpaksalah diorang terima hakikat yang diorang tak dapat bersama dengan iman lagi buat masa ni. Walaupun mama tau aina dan iskandar akan kecewa, tapi mama dah cuba sedaya upaya mama. Entahlah macamana reaksi aina dan iskandar bila mama bagitau tentang hal ni nanti.... Cuma satu pesan mama, segala yang terjadi hari ini Iman jadikan pengajaran di masa depan.
Ada satu hadis yang mama baca :
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr bin Al'ash r.a. berkata: "Seorang datang kepada Baginda s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, saya mempunyai keluarga yang saya hubungi tetapi mereka memutuskan hubungan kepadaku. Saya baik kepada mereka tetapi mereka zalim kepadaku dan saya tolong membantu mereka dan mereka berbuat jahat kepadaku, apakah boleh saya membalas perbuatan mereka dengan perbuatan yang sama?" Jawab Baginda s.a.w.: "Tidak, sebab jika kamu membalas mereka, maka sama dengan mereka, tetapi hendaknya engkau tetap mengambil cara yang lebih baik dan tetap menghubungi mereka, maka selalu engkau akan mendapat bantuan dari Allah s.w.t. selama engkau berbuat demikian."
Apa yang terjadi banyak mengajar mama erti kesabaran dan mendekatkan diri dengan Allah. Yang kita cari hanyalah keredhaanNya. Anak dan harta hanyalah pinjaman dari Allah kepada kita. Dia berhak memberi dan mengambilnya pada bila-bila masa. Mama doakan anak-anak mama membesar menjadi anak yang soleh... Insyaallah....
emm akhirnya..keputusan dah dibuat,takpelah kalau gitu..spt kata hani,biarkan ex habis trauma dulu..dan baguslah kalau hani sedar yg anak itu pinjaman dr Allah.teruskan berusaha.
ReplyDeletetq irfa. Hani pun banyak cuba muhasabah diri. Sapa yang tak perit bila berpisah dengan anak tapi mungkin ini dugaan untuk membentuk jiwa dalam mencari keredhaan Allah... Insyaallah
ReplyDelete