Sunday, September 6, 2009

Komen aina dan adik Isk

Salam rindu dari mama buat iman,

Maaflah ye sebab lambat mama nak postkan cerita-cerita adik isk dan aina untuk tatapan Iman. Sekarang ni bulan puasa dan dah dekat dengan mid-sem exam jadi mama sibuk sikit. Ok lah... mesti iman nak tau apa agaknya komen adik Isk dan aina pasal bercuti kat umah abah kan?

mula-mula sekali mestilah diorang seronok sebab dapat main puas-puas dengan iman. Diorang bercerita dengan penuh 'excited' dan mama pun seronok sangat bila dengar cerita pasal diorang dapat main dan bermanja dengan iman. Insyaallah... lepas ni mama akan lebih kerap lagi hantar diorang kat abah jadi bolehlah diorang rapat semula dengan Iman. Jadi sepanjang diorang kat sana macam-macam cerita yang mama dengar daripada diorang.

Aina ada bagitau mama, abah kata lain kali kalau mama nak mai umah tokpah, takleh bawak maktok. mama kena mai sorang ja.... itu pesan abah untuk aina sebelum abah tinggalkan aina kat umah tokpah. Hahahahha.. tak sangka abah yang begitu gagah perkasa takut sangat ngan maktok. Mungkin jugak abah sebenarnya segan ngan mak tok sebab dah abah dah banyak buat mak tok kecil hati. Mak tok pun dok tertunggu-tunggu bila abah nak minta maaf dengan mak tok. Kisah abah pukul dan halau maktok dulu pun, mak tok masih dok ingat lagi... Tak apalah, kita tengoklah nanti macamana abah nak minta maaf dengan mak tok. Mama rasa kalau abah ikhlas nak berbaik, dia akan ketepikan ego dia dan minta maaf secara baik dengan maktok.

Aina jugak kata, abah suruh mama minta maaf daripada dia. Mama tak kisah nak minta maaf, mungkin ada terkasar bahasa dengan abah jadi insyaallah hari baik bulan baik ni, kita bermaaf-maafan. Dan mama juga harap, abah tak lupa dengan segala dosa yang pernah dia buat pada mama. Segala maki hamun dan sepak terajang yang pernah abah hadiahkan untuk mama pun tunggu permintaan "MAAF" dari mulut abah untuk dilunaskan. Insyaallah, mama pun tak suka nak simpan segala dosa yang terhutang tu lama-lama. Tapi hutang duit tu... minta maaf lah, mama tak mampu nak ampunkan. Harap abah boleh bayar balik segala hutang bank dan motor dan jugak nafkah-nafkah anak yang dia dah terlupa nak bayar. Mama dah fikir masa-masak, rasanya malas nak tuntut di mahkamah syariah. Bukannya apa, buat penat mengadap hakim ja...kes tak selesai juga. Kalau tak clearkan segala hutang tu kat dunia, kira tuntut kat akhirat ja lah. Hati mama pun tak sakit dan rasa lega ja bila fikir macam tu.

Hmm... apa lagi yang aina dan adik isk cerita ya.... banyak sangat sebenarnya tu yang susah nak recall tu. Antara yang mama ingat, adik isk kata toilet rumah abah dok kat luar. Dia pun takut nak pi kencing pasal tu la dia kadang-kadang dia terkencing dalam rumah... La...kesian pulak mama kat adik isk. Rasanya abah sewa rumah kampung ja kot... Tak apa lah, dah itu rezeki dia setakat ni. Orang kata, rezeki yang kita dapat tu kalau tak dibelanjakan ikut jalan yang betul memang tak berkat. Dapat banyak mana pun takkan cukup. Sebab tu lah perkara penting macam nafkah isteri dan anak-anak, hutang-hutang dengan orang kita perlu bayar betul-betul. Mama harap, Iman ambillah pengajaran daripada apa yang terjadi ni ya.... Bila besar nanti jadi suami yang bertanggungjawab dengan keluarga.

Hmm.. aina kata abah bawak semua orang pergi mandi air terjun. Kesian kat aina, teruk luka kat kaki dia. Katanya terkena batu masa mandi kat sana. Mungkin abah tak boleh nak jaga tiga-tiga orang anak sekali pasal tu la jadi accident camtu. Takpa lah... harap-harap lepas ni abah bawak lah anak-anak mandi kat tempat yang selamat, macam swimming pool ka... Kalau takdak duit sangatpun, carilah kawasan air terjun yang tak berbatu-batu. Baru lah anak-anak suka nak pergi. Sekarang ni, aina kata dia dah taknak pergi air terjun lagi. Dia dah takut.

Mama tanya jugak, pandai ka ibu masak? Ibu masak apa? Aina kata.. ibu masak sedap. Selalu masak sadin yang dalam tin tu. La.... bulan-bulan puasa ni, takkan makan sardin tin ja. Itu lah, dulu masa dok ngan mama, kononnya mama ni tak pandai jaga abah sebab selalu sibuk dengan kerja. Sekarang ni..... hmmm tak payah la mama komen panjang-panjang, rasanya abah sendiri tau apa pengajaran yang Allah nak bagi.

Apa pulak komen adik is dan aina pasal ibu? Depa kata ibu tu baik, tak marah-marah tapi tak pernah nak peluk atau cium aina dan adik Is. Ya la.... mana sama kasih ibu kandung dengan ibu tiri. Walaupun abah kata yang abah kawin lain sebab nak suruh jaga anak, itu semua cuma alasan ja...... Lepas ni pulak, ibu akan ada anak sendiri... Sekarang ni pun aina kata ibu tak pernah suap makan atau mandikan aina. Kalau abah pi kerja, abah akan hantar aina, iman dan adik isk ke rumah tokpah. Ibu pulak akan tidor kat rumah abah sorang-sorang.... Hmmm.. pada pendapat mama, ibu kena lah cuba ambil hati anak-anak abah sama. Tapi..... takpa lah, sapalah mama ni nak suruh-suruh ibu baru tu sayang pada semua anak-anak mama kan. Sepatutnya abahlah yang kena tegas dalam hal ni.

Apa-apa pun, mama rasa tindakan mama kali ni insyaallah akan menjernihkan semula keadaan. Insyallah, adik isk dan aina akan selalu ke kulim lepas ni untuk bersama-sama dengan iman. Dapat jugak lah abah tunaikan tanggungjawab dengan aina dan adik isk. tentang hak untuk mama bersama-sama dengan Iman, masa serahkan saja pada Allah. Harap dibukakan hati abah untuk benarkan mama bawak iman, aina dan adik isk holiday sama-sama. kalau tak benarkan pun takpalah, Allah sajalah yang akan membalasnya... Dosa memutuskan silaturrahim adalah amat besar tambahan pula memutuskan silaturrahim antara anak dan ibunya.

2 comments:

  1. Mana nak sama Hani... ibu sendiri memang la berbeza...

    Camna pun, semoga berjaya mengharungi dugaan dalam hidup.

    Semoga ada rezeki Hani yang datang dalam bentuk lain... dan ingat, apa saja perbuatan ex-suami hani, dia tidak berjaya buat hani menderita... dan kak izan rasa, itu lebih membuat dia sakit hati...

    ReplyDelete
  2. Thankx kak izan, Hani pun doakan perkara yang sama. Alhamdulillah, sekarang ni tak banyak risau pasal perkara ni lagi. Cuma tension dengan study dan beberapa hal keluarga yang lain. Rasanya hani dah boleh redha dengan apa yang terjadi sebab tu dah tak rasa sakit hati dengan apa saja tindakan ex-hb hani. Selalu be positive. Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template