Thursday, December 24, 2009

Bestnya... dapat 'chat' dengan iman

Hari ni.... mama rasa seronok sangat. Masa mama kat ofis hari ni.... macam biasa mama akan ber'facebook'. Kebetulan, ada kawan mama yang online dan dia mesej pada mama... sebenarnya, kawan mama ni adalah jiran masa kat rumah tokpah. Dia bagitau yang iman ada kat rumah dia.... seronoknya hati mama bila dia panggilkan iman untuk chat dengan mama.

Alhamdulillah... Allah telah makbulkan doa mama dan bukakan jalan untuk mama berjumpa dengan iman. Tersengeh-sengeh iman bila baca apa yang mama tulis. Mama tengok ini adalah kali pertama iman ber'chatting'. Tapi sekejap ja iman dah pandai.... Air mata mama menitis bila iman tulis yang iman rindukan mama....

Mama bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada mama hari ni... Seperti yang mama pernah beritahu dulu... pertemuan di tangan ALLAH... kalau ditakdirkan untuk kita berjumpa... tak ada sesiapa yang boleh halang. Walau berkali-kali mama pergi ke rumah tokpah, tapi tak dapat juga jumpa dengan iman.... akhirnya ALLAH dah bukakan jalan untuk mama.

Monday, December 21, 2009

Sanggup tak buang anak sendiri???

Pernahkah kita terfikir, sekeras mana agaknya hati seorang bapa? sekejam mana seorang bapa sanggup lakukan terhadap anaknya? setinggi mana ego yang mampu seorang bapa pertahankan walaupun anak sendiri menjadi pertaruhan?

Kalau iman tanya pada mama, jawapan mama mana mungkin seorang bapa sanggup korbankan anak demi ego sendiri.... itulah tanggapan mama terhadap seorang yang digelar bapa. Walaupun bapa mama meninggal masa mama masih kecil lagi, tapi seingat mama, bapa mama adalah seorang yang penyayang dan sangat bertanggungjawab. Dia adalah seorang perajurit negara yang terkorban semasa menjalankan tugas..... sunggu mulia pengorbanan bapa mama ataupun datuk iman.

Namun kisah yang mama akan titipkan hari ini telah meragut penghormatan yang wajar diberikan kepada seorang bapa. Semalam... lebih kurang jam 10.30 malam, mama mendapat panggilan daripada nek wan. Nek wan adalah datuk mama yang usianya dah hampir 90 tahun. Dia bercakap dengan mama dalam suara yang sungguh sebak....

" Hani.... anak-anak hang ada kat rumah tok wan ni.... bapak depa dah takmau jaga depa dah. dia mai tauk kat sini.... "

Memang mama terkejut, tak mungkin seorang bapak sanggup tinggal anak sendiri kat rumah orang? Mama tanya pada nek wan, sebab apa tak suruh dia call mama? Katanya.... dia takkan call mama. Kalau nekwan tak mau amik depa... abah akan tinggal aina dan adik isk kat luar rumah.... apa nak jadi... jadilah..

Ish ish ishhhh.... bila dah jadi macam ni... tak perlulah mama nak cerita panjang-panjang tentang sikap abah yang mama kenal sejak 8 tahun tempoh perkahwinan kami. Kalau dengan anak, darah daging sendiri pun dia sanggup buang macam sampah kat tengah jalan, apatah lagi dengan mama yang dendam abah tak pernah padam....

Yang menghairankan mama, tok wan kulim pun sama dengan abah sanggup tinggalkan cucu sendiri macam tu.... dah tak ada duit sangat nak bagi makan kah? atau dah tak tahan dengan kerenah aina dan adik is yang masih kecil... mama tak tahu.

Macam-macam cerita direka oleh abah dan tok wan untuk memburuk-burukkan mama depan nek wan. Semuanya menggambarkan yang mama dan tok dah tak mau jaga aina dan adik is... pastu sengaja pi tinggal aina ngan adik is kat sana. Padahal, sejak mama melahirkan anak-anak mama, memang hanya mama yang menyara segala keperluan makan minum dan persekolahan. Walaupun itu tanggungjawab seorang bapa, tak mungkin mama akan biarkan anak-anak mama kelaparan dan terbiar... Satu saja yang mama pegang... ALLAH itu adil dan segala tindakan dan penganiayaan pasti ada balasannya.

Apa yang mama harapkan adalah hubungan baik antara keluarga kedua-dua pihak sebab yang menjadi mangsa hanyalah anak kecil yang tak faham apa-apa. Tapi sehingga ke hari ni.... segala usaha mama untuk berbaik-baik hanya sia-sia memandangkan abah sendiri masih menyimpan dendam....

Iman, ketika mama tuliskan segala pahit manis yang mama lalui ini, usia iman baru 8 tahun dan mama tahu, iman masih belum boleh menilai kasih sayang mama pada iman. Daripada cerita adik-adik, mama tahu yang abah dah momokkan iman dengan pelbagai cerita jahat tentang mama.... tapi mama yakin, satu hari nanti iman akan membaca segala luahan hati mama ini dan pada ketika itu barulah iman akan faham keadaan sebenar yang terjadi.

Walaupun mama mungkin tak dapat jumpa iman selama setahun, dua tahun, lima tahun ataupun sepuluh tahun.... mama yakin suatu hari nanti iman pasti akan datang berjumpa dengan mama... dan mama redha dengan apa yang berlaku..

Apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya... dan mama yakin ALLAH dah aturkan sesuatu yang terbaik untuk kita semua...

Salam sayang dari mama buat iman...

Tuesday, December 15, 2009

Masih Jelas..

Semalam mama dengar lagu "Masih Jelas" ni kat TV. Teringat pula mama pada iman, aina dan adik is. Sebenarnya lagu ni lagu favourite adik is. Kalau dia dengar lagu ni kat tv mesti dia akan nyanyi kuat-kuat dengan slang dia yang tak berapa terus tu..



Tapi bagi mama lagu ni memang sesuai untuk terangkan perasaan sayang dan rindu mama pada Iman..



Lirik Lagu : Masih Jelas



"Beralih... musim ke musim, hati tetap serupa

Tiada yang berubah dari hari.. dikau pergi.. dikau pergi



Penjara... hidup ini penjara, tanpa rasa simpati

Kepada sang kekasih yang dilanda kehilangan.. kehilangan



Masih jelas....

setiap garisan halus

bila senyuman kau ukirkan untukku



Masih jelas...

setiap lekuk penjuru

menghiasi wajahmu

waktu kau renung aku.....



Langit mendung

bergetar dalam kalbu

hingga menitis hiba

dari kelopak mata...

kerana mu

kerana ku... dipisahkan....



Masih jelas...

setiap garisan halus

bila senyuman kau ukirkan untukku



Masih jelas...

setiap lekuk penjuru

menghiasi wajahmu waktu kau renung aku...



Sudah suratan jadi begini

segalanya... sementara

selagi hayat ku masih ada

kau bertakhta.. dihati ku...."



Penyanyi : Hafiz AF7

Monday, December 14, 2009

Rindunya...

Hmm.. hari ni mood mama memang kurang sikit. Nak wat kerja pun kurang semangat. Balik rumah pun rasa sunyi ja... Ana dan adik isk ke rumah tokwan untuk bersama-sama dengan iman. Mama harap diorang seronok dapat haboskan cuti sekolah kali ni dengan iman.

Aina dengan adik isk memang selalu tanya bila diorang boleh jumpa iman. Diorang seronok sangat bila mama kata nak bawak diorang jumpa dengan iman tapi bila mama kata diorang kena tido rumah tokwan... dua-dua geleng kepala. Pagi-pagi lagi mama bangun dan siapkan barang-barang adik is dan aina. Beberapa helai baju, susu, teddybear, topi dan mama selitkan juga frame mama dengan aina dan adik isk dalam beg. Kot lah diorang rindukan mama, sekurang-kurangnya ada gak gambar mama untuk diorang tatap.

Kami bertolak lebih kurang pukul 11 pagi. Aina dan adik is tanya kami nak pergi mana... mama bagitau kami nak jumpa abang iman. Apa lagi, dua-dua melompat-lompat seronok. Cuma mama tak bagitau yang diorang saja akan tinggal kat sana. Entah macamana lah reaksi diorang bila mama nak tinggal nanti....

Dalam perjalanan, walid tanya samada mama dah bagitau kat aina dan adik is yang diorang akan dok ngan iman. Mama cuma gelengkan kepala.. Mama tak sampai hati nak bagitau.. takut aina dan adik is nangis.. Tapi walid minta mama jelaskan pada aina dan adik isk betul-betul. Terangkan sebab apa mama tak dapat sama-sama tido kat umah tokwan. Mama panggil aina duduk atas riba mama...

"Aina, hari ni kita akan pi rumah abang iman. Aina kena dengar cakap abah dan ibu tau. Kalau ada apa-apa bagitau abang Iman. Mama tak boleh dok sana dengan aina sebab mama dah kahwin dengan walid. Jadi mama kena ikut walid."

Mata aina berkaca menahan tangis. "Aina takmau pi lah.... Aina nak dok ngan mama. Kita pi ambik abang iman sudah la...."

"Aina.. aina kena jumpa abah. Dia kan abah aina. Abah pun sayangkan aina jugak. Berdosa kalau mama tak bagi aina jumpa abah. Abah dah ada baby baru... nanti aina boleh jumpa baby. Dia tu adik aina. Nanti aina jaga baby elok-elok tau."

Dengar saja pasal baby, baru aina tersenyum. Lega hati mama. Mama sampai ke perkarangan rumah tokwan dan aina dan adik isk turun tanpa sebarang bantahan. Aina meluru salam dengan tokwan dan tokpah...

"Aina ada walid baru.. walid ada kereta baru..." hmmm belum sempat masuk rumah aina dah mula bercerita... mama salam dengan tokwan dan tokpah. Mama tanyakan iman, tapi tokpah dan tokwan kata iman tak ada... keluar main dengan kawan. Hmm.. tak apa lah. Mama tau adik-adik akan sampaikan betapa sayang dan rindunya mama pada iman. Cuma diorang saja yang nampak, bila air mata mama menitis bila mama tatap gambar iman. Bagi mama, cukuplah bila iman tau yang mama sentiasa sayang dan rindukan iman.

Lepas hantar aina dan adik is, mama walid dan tok terus ke penang. Mama harap iman jaga adik baik-baik yaa....

Saturday, December 12, 2009

Jom makan marrybrown

Dah lama iman tak mai umah mama kan, haa.. ni nak bagitau la ni dah ada marybrown bukak kat umah kita. Aina ngan adik isk pun apa lagi, asyik nak makan marrybrown ja.... buleh kata tiap2 hari minggu kami mai makan kat sini. Ya la... kat area umah kita tu... marrybrown ja la yang kira best skit. mana ada tempat lain lagi heheheh






Bukan pasai nak makan sangat... makan sikit lepas tu.... terus pi main. mama gak kena perabih apa yang ada...










Jalan-jalan cuti sekolah..

Hari ni.. malas rasanya mama nak wat kerja.. bukannya apa, asyik ingatkan iman, aina dan adik Isk. Jadi mama masukkan semula kisah-kisah mama dan adik-adik yang lepas.


Mula ja cuti sekolah panjang.... aina dan adik isk tak berhenti minta mama bawa diorang pergi mandi kolam.. hmm.. jadi minggu pertama cuti sekolah baru-baru ni mama pun bawalah diorang pergi The Carnivall... untuk lepaskan rindu dendam diorang nak main air.. hehe






Hmm.. pandai betul aina bergaya








Adik isk pulak, suka wat muka dan gaya-gaya pelik kalau mama nak ambil gambar






Ini lah "walid"... ahli baru dalam keluarga kita. Seronok sungguh aina dan adik isk bila walid bawa naik pelampung dan round keliling theme park.






Amboi-amboi... manjanya aina ngan walid.. sampai xleh berenggang.


Lepas pusing keliling theme park, kami pergi try slide pulak... tinggi jugak slide tu, mama ngan adik isk x berani nak naik... lastly, aina ngan walid ja naik. Aina punya la seronok naik slide tu sampai dekat 20 kali dia suh walid ulang ngan dia. Hmmm.. mama ngan adik isk main kat tepi2 je la.. heheh



Petang tu.. dua-dua orang tertido dalam kereta sebab kepenatan main air.. Mama harap lain kali kami pi, boleh la iman ikut sama... Insyaallah...
























Tuesday, December 8, 2009

Aina sakit telinga..

Salam sayang untuk iman,

Lama mama tak tatapkan berita-berita tentang mama dan adik-adik untuk iman. maafkan mama ya sayang, tapi satu yang mama nak iman tahu, mama dan adik-adik selalu rindukan iman dan selalu sebut-sebut nama iman.
Dah 3 hari aina sakit telinga.... mama dah bawa aina pergi klinik, doktor kata dalam telinga aina ada bisul. Dah 2 malam aina tak boleh tidor, semalam ubat pun dah habis. Hari ni mama bawa aina jumpa doktor lagi sekali, katanya bisul tu dah pecah dan telinga aina penuh dengan nanah dan darah beku. Kesian sangat kat aina.... 2 hari lagi mama kena bawa aina ke klinik balik sebab nak kena cuci telinga aina tu.
Semalam mama belikan kek untuk aina.... Kalau nak diikutkan birthday aina hujung bulan ni... tapi sengaja mama belikan awal sebab kesian aina yang asyik sakit. Baru lah dia nampak ceria sikit.

Kek ni dikongsi oleh anak-anak jiran dan anak-anak kak izawani..

Wednesday, September 9, 2009

Selamat Hari Jadi Iman

Selamat Hari Jadi Iman,




(One big hug for u..... send virtually thru this blog)

Tahun ni adalah tahun pertama mama sambut hari jadi Iman tanpa Iman disisi mama. Untuk pengetahuan iman, ini adalah tarikh yang amat bermakna dalam hidup mama sebab pada tarikh ini lah mama bergelar ibu 8 tahun yang lalu. Banyak kenangan manis mama bersama iman yang tersimpan di hati mama. Namun mama nak Iman tahu, walaupun kita sambut hari yang penuh makna ni berjauhan, Iman tetap selalu berada di dalam hati mama.



Ini lah gambar Iman masa baru dilahirkan. Iman dilahirkan pada 10 September 2001 pada jam 3.33 petang di Hospital Besar Kulim. Berat cuma 2.6kg


Ini gambar masa bercukur. Cool je iman masa bidan cukurkan kepala... hehehehe


Masa ni Iman dah umur 3 bulan. Dah tak larat nak dokong dah. Berat masa ni dah naik 6 kilo. Mana tidaknya, menyusu tak henti-henti. Asyik lapar...... je


Masa ni Iman dah dekat 4 bulan. Tengoklah tangan iman, sampai bertakat-takat jadinya. Macam orang obesiti hehehehe... kalau nak ikutkan saiz masa tu, tangan iman lebih gemuk dari tangan mama.

Gambar ni diambil masa tokwan dan tokpah baru balik haji... umur iman lebih kurang 8 bulan. Jubah dan kopiah ni hadiah dari tokpah dan tokwan.


Antara aktiviti kegemaran iman masa kecik adalah menelongkar bilik mama dan abah. Tengok tu.... wat muka tak bersalah je...

Ni antara gambar favourite mama.... iman nampak cute sgt time ni. Actually anak mama ni memang cute, maklumlah.. kulit cerah ikut cam mama kan (hehehehehhe) Aktiviti menyelongkar dapur memang dah jadi agenda tetap iman. Sampai tokpah tak larat nak larang.

Sunday, September 6, 2009

Komen aina dan adik Isk

Salam rindu dari mama buat iman,

Maaflah ye sebab lambat mama nak postkan cerita-cerita adik isk dan aina untuk tatapan Iman. Sekarang ni bulan puasa dan dah dekat dengan mid-sem exam jadi mama sibuk sikit. Ok lah... mesti iman nak tau apa agaknya komen adik Isk dan aina pasal bercuti kat umah abah kan?

mula-mula sekali mestilah diorang seronok sebab dapat main puas-puas dengan iman. Diorang bercerita dengan penuh 'excited' dan mama pun seronok sangat bila dengar cerita pasal diorang dapat main dan bermanja dengan iman. Insyaallah... lepas ni mama akan lebih kerap lagi hantar diorang kat abah jadi bolehlah diorang rapat semula dengan Iman. Jadi sepanjang diorang kat sana macam-macam cerita yang mama dengar daripada diorang.

Aina ada bagitau mama, abah kata lain kali kalau mama nak mai umah tokpah, takleh bawak maktok. mama kena mai sorang ja.... itu pesan abah untuk aina sebelum abah tinggalkan aina kat umah tokpah. Hahahahha.. tak sangka abah yang begitu gagah perkasa takut sangat ngan maktok. Mungkin jugak abah sebenarnya segan ngan mak tok sebab dah abah dah banyak buat mak tok kecil hati. Mak tok pun dok tertunggu-tunggu bila abah nak minta maaf dengan mak tok. Kisah abah pukul dan halau maktok dulu pun, mak tok masih dok ingat lagi... Tak apalah, kita tengoklah nanti macamana abah nak minta maaf dengan mak tok. Mama rasa kalau abah ikhlas nak berbaik, dia akan ketepikan ego dia dan minta maaf secara baik dengan maktok.

Aina jugak kata, abah suruh mama minta maaf daripada dia. Mama tak kisah nak minta maaf, mungkin ada terkasar bahasa dengan abah jadi insyaallah hari baik bulan baik ni, kita bermaaf-maafan. Dan mama juga harap, abah tak lupa dengan segala dosa yang pernah dia buat pada mama. Segala maki hamun dan sepak terajang yang pernah abah hadiahkan untuk mama pun tunggu permintaan "MAAF" dari mulut abah untuk dilunaskan. Insyaallah, mama pun tak suka nak simpan segala dosa yang terhutang tu lama-lama. Tapi hutang duit tu... minta maaf lah, mama tak mampu nak ampunkan. Harap abah boleh bayar balik segala hutang bank dan motor dan jugak nafkah-nafkah anak yang dia dah terlupa nak bayar. Mama dah fikir masa-masak, rasanya malas nak tuntut di mahkamah syariah. Bukannya apa, buat penat mengadap hakim ja...kes tak selesai juga. Kalau tak clearkan segala hutang tu kat dunia, kira tuntut kat akhirat ja lah. Hati mama pun tak sakit dan rasa lega ja bila fikir macam tu.

Hmm... apa lagi yang aina dan adik isk cerita ya.... banyak sangat sebenarnya tu yang susah nak recall tu. Antara yang mama ingat, adik isk kata toilet rumah abah dok kat luar. Dia pun takut nak pi kencing pasal tu la dia kadang-kadang dia terkencing dalam rumah... La...kesian pulak mama kat adik isk. Rasanya abah sewa rumah kampung ja kot... Tak apa lah, dah itu rezeki dia setakat ni. Orang kata, rezeki yang kita dapat tu kalau tak dibelanjakan ikut jalan yang betul memang tak berkat. Dapat banyak mana pun takkan cukup. Sebab tu lah perkara penting macam nafkah isteri dan anak-anak, hutang-hutang dengan orang kita perlu bayar betul-betul. Mama harap, Iman ambillah pengajaran daripada apa yang terjadi ni ya.... Bila besar nanti jadi suami yang bertanggungjawab dengan keluarga.

Hmm.. aina kata abah bawak semua orang pergi mandi air terjun. Kesian kat aina, teruk luka kat kaki dia. Katanya terkena batu masa mandi kat sana. Mungkin abah tak boleh nak jaga tiga-tiga orang anak sekali pasal tu la jadi accident camtu. Takpa lah... harap-harap lepas ni abah bawak lah anak-anak mandi kat tempat yang selamat, macam swimming pool ka... Kalau takdak duit sangatpun, carilah kawasan air terjun yang tak berbatu-batu. Baru lah anak-anak suka nak pergi. Sekarang ni, aina kata dia dah taknak pergi air terjun lagi. Dia dah takut.

Mama tanya jugak, pandai ka ibu masak? Ibu masak apa? Aina kata.. ibu masak sedap. Selalu masak sadin yang dalam tin tu. La.... bulan-bulan puasa ni, takkan makan sardin tin ja. Itu lah, dulu masa dok ngan mama, kononnya mama ni tak pandai jaga abah sebab selalu sibuk dengan kerja. Sekarang ni..... hmmm tak payah la mama komen panjang-panjang, rasanya abah sendiri tau apa pengajaran yang Allah nak bagi.

Apa pulak komen adik is dan aina pasal ibu? Depa kata ibu tu baik, tak marah-marah tapi tak pernah nak peluk atau cium aina dan adik Is. Ya la.... mana sama kasih ibu kandung dengan ibu tiri. Walaupun abah kata yang abah kawin lain sebab nak suruh jaga anak, itu semua cuma alasan ja...... Lepas ni pulak, ibu akan ada anak sendiri... Sekarang ni pun aina kata ibu tak pernah suap makan atau mandikan aina. Kalau abah pi kerja, abah akan hantar aina, iman dan adik isk ke rumah tokpah. Ibu pulak akan tidor kat rumah abah sorang-sorang.... Hmmm.. pada pendapat mama, ibu kena lah cuba ambil hati anak-anak abah sama. Tapi..... takpa lah, sapalah mama ni nak suruh-suruh ibu baru tu sayang pada semua anak-anak mama kan. Sepatutnya abahlah yang kena tegas dalam hal ni.

Apa-apa pun, mama rasa tindakan mama kali ni insyaallah akan menjernihkan semula keadaan. Insyallah, adik isk dan aina akan selalu ke kulim lepas ni untuk bersama-sama dengan iman. Dapat jugak lah abah tunaikan tanggungjawab dengan aina dan adik isk. tentang hak untuk mama bersama-sama dengan Iman, masa serahkan saja pada Allah. Harap dibukakan hati abah untuk benarkan mama bawak iman, aina dan adik isk holiday sama-sama. kalau tak benarkan pun takpalah, Allah sajalah yang akan membalasnya... Dosa memutuskan silaturrahim adalah amat besar tambahan pula memutuskan silaturrahim antara anak dan ibunya.

Tuesday, September 1, 2009

Hari aina dan iskandar balik ke pangkuan mama.....

Jumaat - 29 Ogos 2009

Mama dan maktok ke rumah tokpah untuk ambil semula aina dan iskandar. Pemergian mama memang sengaja tak diberitahu, surprise lah kononnya..... Sampai ja kat rumah tokpah, cuma tokwan dan makcik ros ja yang ada kat situ. Kata tokwan, abah bawak iman, aina dan adik is pi beli baju raya. Terpaksa lah bawak tok pah sekali sebab tak menang tangan nak jaga tiga-tiga. awat tak bawak "ibu" depa? dia tak larat kot..... itu lah jawapan dari tokwan. Hmm.. baru seminggu tinggal takkan dan penat nak jaga. Nak jaga anak memang lah penat, tapi mama sikit pun tak pernah merungut untuk jaga anak-anak mama walau sejauh mana pun mama pergi. Kalau boleh pi mana-mana pun nak bawak semua anak-anak mama.....

Jadi mama pun tunggu..... dekat setengah jam jugak la mama tunggu tapi tak balik-balik jugak. Jadi mama pun call tokpah... Dia kata kena tunggu lagi sejam. jadi mama keluar sat dengan mak tok.. ronda-ronda kat area kulim. Lama jugak mama tak pi sana. Lepas sejam, mama pun bertolak pi rumah tokpah. Dalam perjalanan tu selisih dengan kereta abah, nampak la abah, ibu dan jugak Iman dalam kereta tu... aikkkk.. tadi ibu kata tak larat, bila aina dan adik is takdak dia larat la pulak nak pi jalan-jalan......

Sampai kat umah tokpah, adik is dan aina berlari-lari peluk mama..... Tok pah kata.... Iman ikut abah dia pi Giant, menangis-nangis nak ikut (hahahahahahaha macam nak tergelak ja bila dengar alasan-alasan untuk diorang elak mama dari jumpa dengan iman). Takpa lah.... mama kirinkan mainan Transformers untuk iman kat Tokpah....

Macam-macam cerita daripada aina dan adik is yang mama dengar... kalau iman nak tau kena tunggu next episod (cam drama siri la pulak)...

Sunday, August 23, 2009

Aina dan Adik Is... bersama-sama Iman

Hari ni mama ada interview kenaikan pangkat. Hmmm.. tak tau la ada rezeki ke tidak. Saja mama nak coretkan apa yang terjadi sepanjang minggu baru-baru ni. Oleh sebab mama taknak hampakan perasaan aina dan adik Is yang berbunga-bunga nak bersama-sama dengan iman, pada hari Jumaat lepas mama bawak diorang pergi ke Kulim, rumah Tok Pah. Sampai ja kat sana tok pah dan tok wan nampak ceria bila nampak aina dan adik Is.

Mama tanyakan pasal Iman, katanya Iman dan abah baaru ja balik rumah. Abah pesan kalau nak jumpa dengan Iman kena telefon dia dulu. Jadi mama pun call 2-3 kali, tapi tak berangkat. Mama pun bagitau kat tokpah yang mama nak tinggalkan aina dan iskandar kat sana. Bagi diorang peluang bersama-sama dengan Iman dan Abah. Lagipun, bila lagi nak berkenalan dengan "ibu baru". Harap-harap, abah seronok dapat bersama-sama dengan anak-anaknya musim cuti sekolah kali ni. Tak apa lah biar mama beralah, kalau abah taknak mulakan dulu biar mama yang mulakan. Semua ni kan untuk kepentingan anak-anak.

Hari pertama, mama call aina dan adik Is, diorang memang seronok dapat berjumpa dengan Iman. Suka mama dengar suara ceria aina bercerita macamana dia main-main dengan Iman. Malam pertama, aina dan adik Is tidur di rumah abah, adik Is kencing tilam... harap abah sabar melayan kerenah anak-anak, biasalah kes kencing tilam tu.

Hari kedua.. iman, aina dan adik is tidur kat rumah tok pah. Katanya abah kerja malam, terpaksalah tok pah dan tok wan yang mengasuh. Nasib baik la ada tok pah dan tok wan, kalau tak macamana la nasib anak-anak mama bila terpaksa dok dengan "ibu baru" sendirian. Malam tu mama sembang dengan aina, suara aina dah tak ceria lagi. Mama bagitau tok pah, yang mama akan mula kerja, kalau aina dan adik is nak balik, minta hantar ke rumah mamatok kat penang.

Hari ketiga... mama call tokpah, dengar suara aina, adik is dan iman bergaduh. Iman kata mama jahat, adik is dan aina kata mama baik..... Laa.... camana leh jadi macam ni. Aina dan adik is bagitau yang iman cakap macam-macam perkara buruk pasal mama. Tapi mama kenal anak mama, anak mama bukan jenis memberontak. Iman anak yang baik dan selalu ikut apa yang mama dan abah cakap. Mama yakin masa akan ubah segala-galanya.

Hari keempat (hari ni).. mama call abah berkali-kali. Tapi tak ada jawapan...

Wednesday, August 19, 2009

Inilah keputusannya....

Salam iman,
Mama dah dapat keputusan daripada abah tentang pertemuan kita pada cuti sekolah ni. Nampaknya, abah masih tak benarkan Iman ke rumah mama. Dulu katanta dia tak bagi mama jumpa iman sebab iman trauma dengan mama. Tapi selepas mama jumpa dengan iman 2 minggu lepas, tak ada tanda-tanda trauma pun pada Iman. Malah, tokwan sendiri mengaku yang Iman selalu rindukan mama dan adik-adik. Nampaknya selama ni mungkin abah yang trauma agaknya.
Tak apa lah, mungkin lain kali kita dapat habiskan masa bersama-sama. Kita tunggulah "trauma" abah habis dulu ya :) Pasal adik-adik, terpaksalah diorang terima hakikat yang diorang tak dapat bersama dengan iman lagi buat masa ni. Walaupun mama tau aina dan iskandar akan kecewa, tapi mama dah cuba sedaya upaya mama. Entahlah macamana reaksi aina dan iskandar bila mama bagitau tentang hal ni nanti.... Cuma satu pesan mama, segala yang terjadi hari ini Iman jadikan pengajaran di masa depan.
Ada satu hadis yang mama baca :
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr bin Al'ash r.a. berkata: "Seorang datang kepada Baginda s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, saya mempunyai keluarga yang saya hubungi tetapi mereka memutuskan hubungan kepadaku. Saya baik kepada mereka tetapi mereka zalim kepadaku dan saya tolong membantu mereka dan mereka berbuat jahat kepadaku, apakah boleh saya membalas perbuatan mereka dengan perbuatan yang sama?" Jawab Baginda s.a.w.: "Tidak, sebab jika kamu membalas mereka, maka sama dengan mereka, tetapi hendaknya engkau tetap mengambil cara yang lebih baik dan tetap menghubungi mereka, maka selalu engkau akan mendapat bantuan dari Allah s.w.t. selama engkau berbuat demikian."
Apa yang terjadi banyak mengajar mama erti kesabaran dan mendekatkan diri dengan Allah. Yang kita cari hanyalah keredhaanNya. Anak dan harta hanyalah pinjaman dari Allah kepada kita. Dia berhak memberi dan mengambilnya pada bila-bila masa. Mama doakan anak-anak mama membesar menjadi anak yang soleh... Insyaallah....

Esok.... cuti sekolah pun mula

Salam Iman,

Esok mula cuti sekolah. Aina dan Adik Is dok sebut-sebut pasal esok cuti sekolah. Ya la... diorang tak sabar nak tunggu iman balik. Awal-awal pagi lagi aina bagitau mama " Mama, cikgu kata esok cuti sekolah. Esok abang Iman nak mai rumah kita kan mama?"

Mama anggukkan saja. Abah belum setuju lagi untuk benarkan iman bermalam dengan mama dan adik-adik. Mama tunggu keputusan abah melalui lawyer hari ni. Cuma...... mama tak sanggup nak hampakan perasaan Aina dan Adik Is. Kalau abah tak izinkan, macamana mama nak bagitau pada aina? Dah 2 minggu dia tunggu, mengira sehari demi sehari...

Doakan Allah bukakan hati abah... bersihkan hatinya dari segala buruk sangka dan dendam..

Bara yang masih menyala......

Salam sayang buat iman,

Harap iman sentiasa sihat dan gembira hendaknya. Mama dan adik-adik sentiasa rindukan iman setiap masa. Sebenarnya, mama terima satu email yang nama pengirim adalah nama penuh Iman. Dalam email tu disertakan gambar Iman dan satu video masa hari sukan Iman. Penuh dengan tandatanya... jadi mama minta pengirim email beritahu identiti dia.

Mengejutkan... email tu datang daripada abah. Walaupun email mama dibalas dengan jawapan yang agak keras dan kata-kata menyindir, mama tetap balas email tu dengan sertakan alamat gambar-gambar family yang mama dah loadkan dalam web. Niat mama cuma satu, supaya semua persengketaan diselesaikan dan tak ada buruk sangka daripada sesiapa. Mama juga minta abah jangan hampakan perasaan aina dan iskandar yang terlalu mengharap untuk berjumpa dengan Iman pada cuti sekolah yang akan datang ni.

Ini email balasan yang mama terima :

"Saya dh tgk pic ank2 dlm web tu..thanks...sy akn tnjk kt iman(aaawok)!
Pasal ank2.... saya nk bnde ni selesai dulu b4 awk nak bw diorg g bercuti ke ape ke..
Sementare nk tggu bnde ni selesai...sy izin awk,aina & iskandar dtg jenguk iman kt sini..lgpun sy rse awk dh xde ape2 mslh dgn parents sy slps awk dtg ari tu...its good.. Tp klu boleh inform awl..Jgn dtg mcm ari tu...xinform awl,nsb baik kiteorg ade dkt2 area kulim jek....Anyway...sy hrp awk dpt trime keputusan sy.....ini hanye utk kebaikkan kita bersame...."


Satu perkara yang jelas mama dapat dari email ni ialah, abah tak akan hantar iman unutk bermalam bersama mama dan adik-adik masa cuti sekolah ni. Kami cuma boleh jenguk iman saja. Tak sampai hati mama nak terangkan pada adik-adik pasal hal ni. Iman tau tak, diorang dah siapkan tempat tidur untuk iman. Semalam, aina menangis-nangis tanya sebab apa iman tak datang-datang lagi. Katanya dia dah tunggu lama sangat. Tindakan yang abah buat ni bukan menyiksa mama, tapi menyiksa aina dan iskandar yang tak paham apa-apa.

Yang menghairankan mama, masa kat mahkamah hari tu, lawyer abah kata abah yang beria-ia nak selesaikan perkara ni. Abah yang cadang supaya hari cuti sekolah dibahagi sama rata. Abah yang cadang hari raya disambut bergilir-gilir. Jadi, apa penyelesaian yang abah tunggu? Lawyer mama dah hantar surat cadangan untuk pembahagian ni sejak minggu lepas lagi tapi nampaknya tak ada jawapan. Ikhlaskah abah dalam buat keputusan? Walau apapun keputusan yang abah buat, mama dah boleh terima dengan redha. Mama yakin tuhan maha adil. Setiap penganiayaan yang dibuat oleh makhluknya akan diberi balasan yang setimpal. Bila ingatkan tuhan hati mama jadi sejuk.... tapi macamana dengan adik Is? macamana dengan Aina? Bolehkah diorang faham tentang semua ni?

Ikhlaskah abah bila berkata "INI HANYA UNTUK KEBAIKAN KITA BERSAMA"????

Monday, August 17, 2009

Aina dan Iskandar... mengira hari untuk bersama Iman

Salam sayang dari mama buat Iman,

Harap anak mama sihat-sihat selalu hendaknya. Aina dan Iskandar, alhamdulillah sihat-sihat ja. Sejak mama dan Iskandar jumpa dengan Iman, hari-hari aina dan iskandar tanya pasal Iman. Kami tandakan tarikh 21 Ogos 2009 kat kalendar sebab pada hari tu abah sepatutnya hantar iman untuk bermalam dengan mama, aina dan adik Is. Jadi tiap-tiap hari aina dan adik Is akan kira berapa hari lagi Iman akan mai sini.

Adik Is asyik sebut-sebut yang dia nak tidur sekatil dengan Iman. Mama bagitau kat dia yang dia kena tidur dalam bilik belakang ngan Iman, tapi dia taknak pulak. Dia nak tidor dalam bilik mama sekali ngan iman dan aina.. Hmm.. macam-macam adik is ni. Oleh sebab taknak menghampakan harapan dia, mama pun ubah katil double decker iman tu masuk dalam bilik mama. Bukan main suka lagi aina ngan iskandar. Siap pilihkan cadar spiderman untuk adik Is dan iman.

Diorang selalu merungut sebab apa kena tunggu lama sangat untuk Iman mai kat rumah kita. Tapi mama minta diorang sabar. Sehari sampai lima enam kali diorang tanya pasal Iman. Pagi tadi adik is bagitau mama dia mimpi dia main-main ngan iman. Best sangat.....

Harap2 abah akan hantar Iman 21hb Ogos nanti. Tak sampai hati mama nak tengok adik is dan aina kecewa kalau iman tak boleh mai sini.... Mama tau, iman pun tak sabar nak balik umah mama kan. Bilik iman dan adik Is, sekarang ni dah jadi bilik study. Nak main-main kat situ pun selesa.... Insyaallah.... doakan kita dapat bersama nanti ya.

Thursday, August 6, 2009

Akhirnya... dapat juga mama jumpa Iman

Semalam, mama jumpa dengan lawyer mama. Mama nak beritahu dia yang mama dah penat nak teruskan kes ni. Mungkin buat masa ni mama nak kena rehat dulu beberapa bulan. Tapi lawyer mama beri kata-kata semangat untuk mama. Jangan putus asa untuk teruskan kes ni. Walaupun lambat, biar lah kes ni terus berjalan. Mama sebenarnya yakin yang abah takkan bawa iman untuk jumpa mama cuti sekolah ni. Mama dah rasa penat ditipu dengan janji-janji abag yang kononnya nak bagi mama jumpa dengan Iman tapi akhirnya abah akan reka macam-macam alasan untuk elakkan kita berjumpa.

Lepas berbincang dengan lawyer mama, mama setuju nak pergi ke Kulim esok dengan Lawyer. Kalau boleh bawak aina ngan iskandar sekali. Biar tok ngan tokwan rasa lemah dengan kehadiran aina dan iskandar, kemungkinan diorang akan benarkan kami jumpa iman. Sepanjang perjalanan mama berfikir... patut ka mama pergi? Mungkinkah tokwan akan halau mama lagi? Patutkah mama bawak aina dan iskandar? Apa maktok akan kata bila mama bagitau mama nak ke kulim? Dia memang takkan bagi, jadi macamana mama nak bagitau maktok?

Mama mohon petunjuk daripada Allah, berikan mama kekuatan untuk teruskan usaha mama ni. Balik dari kerja, mama habiskan masa dengan membaca Al-Quran untuk tenangkan hati mama. Mama belum berani nak suarakan pada maktok yang mama nak ke Kulim esok pagi. Malam tu Mama bawa aina dan iskandar ke pasar malam dan belikan iman sebuah jam tangan dan mama buat keputusan, mama akan bawa iskandar sorang ja esok untuk ke Kulim.

Jam 11.45 malam, mama panggil maktok. Mama beritahu dia yang mama akan ke Kulim esok dengan Iskandar untuk berjumpa Iman. Walaupun tak berapa setuju, dia bagi gak mama pi. Bagi mama restu dan doa maktok memang penting. Sepanjang malam, mama berdoa dan berzikir, mohon Allah permudahkan segala urusan mama esok dan pertemukan mama dengan Iman.

Mama bangun jam 6 pagi. Lepas subuh, mama baca surah yasin. Ada kawan mama beritahu yang dengan baca surah yasin pada waktu subuh, Allah akan permudah urusan kita sepanjang hari tu. Insyaallah..... mama usahakan sedaya upaya mama. Jam 7.30 pagi mama bertolak dengan Adik Is ke Alor Setar, ambil lawyer mama dan kami bertolak ke Kulim.

Jam 10.15 pagi, kami sampai depan rumah tok di Kulim. Lega bila mama tengok motor abah takdak kat sana. Kami masuk ke kawasan perkarangan rumah dan mama nampak tok tengah bersiap-siap kat dapur. Lawyer mama beri salam melalui pintu belakang. Maktok datang dan buka pintu. Mula-mula dia tak perasan mama, lepas tu bila mama hulur tangan untuk salam baru dia perasan. Alhamdulillah, tok sambut kami dengan baik dan jemput kami masuk. Mama tengok keliling, tapi tak nampak bayang Iman. Laju ja mulut mama tanya tentang Iman. Tok kata Iman tak tinggal kat situ lagi. Masa tu rasa hancur hati mama, mungkin kali ni pun mama tak dapat jumpa Iman. Mama melawat mak lang yang baru bersalin anak kedua.

Sempat mama bertanya pasal abah, katanya abah sekarang bekerja di Seberang Jaya. Isteri barunya tak bekerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni sedang mengandung 6 bulan. Sekarang ni, abah sewa rumah lain tapi dekat-dekat rumah tok wan jugak. Tiba-tiba dengar suara tokwan, ketar juga mama takut-takut kena halau. Tapi bila tokwan nampak Iskandar, dia terus senyum. Ya lah, iskandar sekarang dah besar dan pandai bercakap. Muka dia pun saling tak tumpah macam muka abah. Hati dia terus lembut. Mama salam dan cium tangan tok wan. Alhamdulillah, dia layan kami baik ja. Susah payah pergi kait buah rambutan untuk kami makan.

Jam 11 pagi, lawyer ajak mama balik. Ya la... dok tunggu lama-lama pun, tak jumpa Iman jugak. Mama beranikan diri minta tok benarkan kami jumpa Iman.

Mama : "Mak, boleh tak minta abah bawak iman mai sini sat. Iskandar tu asyik tanya pasal Iman ja. Kesian kat dia mak."

Muka tok berubah. mama tau dia takut nak bagi keputusan. Dia bagitau kat tokwan permintaan mama dan tokwan keluar pi cari Iman. Harapan mama berbunga balik. Lepas beberapa minit, kami dengar bunyi motor. Iskandar berlaki ke pintu untuk tengok Iman. Mama pun bangun dan bila nampak ja Iman terus mama peluk Iman. Air mata mama tak dapat mama tahan lagi. Mama peluk dan cium Iman puas-puas. Iman cium pipi mama berkali-kali. Mama panggil Iskandar yang cuma perhati dari jauh. Mama suruh iskandar beri semua hadiah yang kami bawa. Satu persatu hadiah dia keluarkan dari beg. Jam Ben10, Botol air Ben10 dan jam tangan yang mama belikan semalam mama sarungkan kat tangan Iman. Iskandar terus tarik tangan Iman ajak dia man bola. Terharu semua orang yang ada kat situ bila tengok diorang main bola sama-sama.

Kesempatan tu mama ambil untuk sembang dengan tokwan. Mama beritahu dia, yang mama tak kisah kalau abah nak jaga Iman tapi sekurang-kurangnya bagi lah diorang adik beradik berjumpa. Iskandar dan Aina selalu tanya pasal Iman. Pi mana-mana pun diorang nak belikan apa-apa untuk Iman. Tok wan kata iman pun selalu teringatkan mama, aina dan iskandar. Kadang-kadang bila dia duduk sorang-sorang, dia akan tengok gambar mama, aina dan iskandar. Kadang-kadang bila dia nampak budak pompuan yang sebaya aina dia akan kata "Tokwan, budak tu macam aina kan." Dia selalu teringatkan adik-adik dia.

Mama panggil iman dan minta dia duduk atas riba mama. Mam beritahu iman, bila cuti sekolah nanti iman mai rumah mama naa... kita pi mandi kolam ngan aina dan iskandar. Iman nampak happy sangat. Iman kata, hari jumaat ni Iman cuti sekolah 2 hari. Boleh pi rumah mama ka? Sebak betul hati mama. Mama beritahu yang, mama tunggu Iman masa cuti seminggu nanti. Mama tau Iman tak sabar-sabar nak pi rumah mama. lebih kurang 30 minit mama dan iskandar habiskan masa dengan Iman, dan kami pun minta mengudur diri. Iman ikut mama sampai ke pagar luar rumah. Mama peluk Iman lagi dan cium iman puas-puas sebelum mama balik.

Masuk ja dalam kereta iskandar duduk kat sit belakang dan asyik melambai pada Iman. Iman pun melambai tak henti-henti walaupun kereta mama dah bergerak jauh. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Mama bersyukur pada tuhan sebab akhirnya dipertemukan juga mama dengan Iman. Tok dan tok wan pun dah tak marahmarah macam dulu. Mungkin diorang pun faham betapa iman rindu pada mama dan adik-adik. Benarlah apa kata kawan mama, hati manusia ni Allah yang pegang, dia boleh ubah hati manusia mengikut kehendakNya. Mama bersyukur sangat atas sokongan keluarga dan kawan-kawan yang tak henti-henti beri pada mama pelbagai petua dan amalan. Insyaallah, cuti sekolah lagi 2 minggu dan kita akan berjumpa lagi....

Mama, Iman dan Iskandar. Iman makin tembam sekarang ni. Gigi pun makin kurang. Kepala dah botak hehehehe




Wednesday, July 29, 2009

Hari ni.. ke mahkamah lagi

29 Julai 2009

Hari ni mama ke mahkamah tinggi syariah. Kali ni mahkamah dah berpindah ke bangunan baru kat Anak Bukit. Memang cantik bangunan baru ni... dalam dia pun bukan main sofestikated lagi. Lama kes kali ni ditangguhkan, hampir 2 bulan. Mungkin sebab perpindahan mahkamah kot...

Anyway, mama sampai lenih kurang jam 8.30 pagi... Mama relaks jap dalam kereta, nak coolkan dulu perasaan mama yang memang bercampur baur bila nak kena ke mahkamah. Orang lain nampak je mama macam relaks tapi dalam hati tuhan saja yang tahu. Semalam, lawyer mama ada telefon, katanya kali ni dia suruh mama prepare untuk perbicaraan. mama pun dah study habis-habisan tentang apa yang mama nak cakapkan. Harap Allah kuatkan hati mama dan segalanya berjalan dengan lancar.

Mama keluar dari kereta, ambil dokumen-dokumen penting untuk jadi hujah mama nanti, tetiba nampak abah sampai naik keta tokwan. Kali ni dia sampai dgn MRS barunya. Hmmm.. perut pun dah boyot. Alhamdulillah.. memang mama doakan diorang cepat2 dapat anak. Harap lepas ni dapat lagi sorang cepat-cepat. Mama terus naik ke tingkat 2 bangunan mahkamah. Sampai ja kat tingkat 2, mama semak nama untuk perbicaraan kat papan notis. Hmmm.. memang ada nama mama, satu untuk kes permohonan hak jagaan tetap, dan kedua kes yang dibuat oleh abah untuk batalkan hak jagaan sementara.

Mama masuk dalam bilik mahkamah dan.... tunggu.................

Lega hati mama bila nampak muka lawyer mama. Ya lah... setakat ni dia ja lah yang faham betapa tensennya mama dengan sikap abah. Sengaja nak pisahkan mama dengan Iman. Dah banyak kali mungkir janji, penat turun sana sini untuk jumpa iman... tapi sampai sekarang ni dah hampir setahun masih lagi tak dapat jumpa iman.

Lawyer mama brief tentang apa yang perlu mama cakap, bukti-bukti asal dll.. tetiba, lawyer abah panggil lawyer mama untuk bincang. Hmm.. suspen gak mama, apa la pulak muslihat depa kali ni?? lepas tu,.. lawyer mama pun mai balik kat mama.

Katanya, abah nak settlekan perkara ni. (Hmmm... macam ayat sama ngan hari tu ja). Dia nak bahagikan masa dengan anak sama rata. Bahagi masa cuti sekolah, cuti umum dsb. Jadi, hak jagaan iman bagi kat abah, hak jagaan aina dan adik Is kat mama. Hmmmm... mama tak percaya. Takkan semudah tu dia nak bagi. Mama yakin kali ni pun dia akan tipu mama jugak macam kes-kes sebelum ni. Dia akan sengaja cari alasan takkan bagi iman jumpa mama dan adik-adik.

Lawyer mama ajak mama jumpa dan bercakap dengan lawyer abah. Mama pun pi jumpa dia, mama kata mama tak percaya dia akan buat apa yang dia kata. dah banyak kali mama kena tipu. Tapi dia minta mama timbang elok-elok.

1. Kalau terus dengan perbicaraan, akan ambil masa bertahun-tahun dan mungkin dalam tempoh tu abah akan terus pisahkan iman dengan mama. Mungkin masa tu iman dah 9 tahun dan mahkamah akan minta biuat pilihan. Bila iman dah boleh buat pilihan, iman akan pilih stay dengan abah sebab dah tak rapat dengan mama dan adik-adik.

2. Perbicaraan akan buat abah lebih marah pada mama sebab mama akan ungkit macam-macam perangai buruk dia. Dan ini akan buat dia lebih berdendam dengan mama dan takkan bagi mama jumpa iman langsung

3. Sekurang-kurangnya, kalau iman boleh jumpa mama dan adik-adik, kita akan rapat semula macam dulu dan ada kemungkinan iman akan pilih tinggal dengan mama.

Hmmm.. lepas fikir-fikir semula, mama rasa ada betulnya apa yang lawyer abah cakap. Tapi.,.. dengan syarat, mama nak abah yang hantar iman ke rumah mama. dah bila dah cukup masa, abah kena ambil balik iman kat rumah jugak.

Setakat sekarang ni, setuju untuk bergilir-gilir hantar dan ambil. Jadi.. first move, abah perlu hantar iman masa cuti sekolah bulan depan. Tengoklah macamana tahap keikhlasan abah. Mama tak berapa mengharap sebab rasanya, mesti akan ada alasan yang keluar dari mulut abah nanti. Sepanjang bincang pun abah tak bercakap langsung. Dia dok jauh2. malah nuka pun masam ja.....

Hmm.. takpa la iman. Harap segala impian kita akan tercapai. mama dan adik-adik akan berjumpa bersama dengan iman. Itu doa mama.... amin

Tuesday, July 21, 2009

Tangisan seorang ibu...

Salam sayang buat iman,

Lama mama tak coretkan cerita buat iman kat blog ni. Sebulan dua ni, fikiran mama bercelaru sikit. Macam-macam perkara yang nak diselesaikan. Banyak yang mama tuliskan tapi tak jadi publish sebab rasa macam tak kena ja ayat yang mama karang. Tapi mama tak pernah lupakan Iman, adik-adik pun sampai sekarang masih selalu sebut-sebut nama Iman. Rindu kami pada Iman tak pernah kurang, malah lebih tebal daripada dulu.

Semalam, mama mimpikan Iman. Mungkin sebab siangnya mama menangis sebab teringatkan iman. Kisahnya, pagi semalam mama bawa Aina ke KMC sebab Aina demam panas. Oleh sebab aina dah 3 kali kena bengkak cantik jadi doktor sarankan Aina check darah. Menangis-nangis aina bila kena ambil darah. Nurse tu kata lepas sejam baru dapat result. Jadi mama bawa aina dan iskandar main mainan kat ground floor KMC. Baru la nampak ceria sikit muka diorang.

Tiba-tiba, 3 orang budak lelaki mai kat kawasan tu... berlari-lari main "chop- sapa kena dia jadi". Iskandar pun tak pasal2 pergi main sama. Dia asyik kejar sorang budak yang pakai t-shirt hitam. Bila budak tu lompat, dia pun lompat. Bila dapat dia peluk dan gomol budak tu. Lama mama perhatikan iskandar main, terbayang wajah iman kat mata mama. rasanya kalau iman ada, mesti akan main macam tu jugak dengan iskandar.
Mama tegur budak tu,"Adik berapa tahun?" Jawapnya... darjah 2. Mama tergamam, mata mama berkaca, tak dapat mama nak kawal emosi mama... air mata mama meleleh laju. Dia memang sebaya dengan Iman, mungkin iman sekarang dah tinggi macam dia. Aina dengan adik Is tanya dengan mama... apasal mama menangis? "Mama rindu kat abang Iman"... itulah hakikatnya.

Dan malam semalam, mama mimpi berjumpa dengan Iman. Mama peluk iman kuat-kuat. Mama bawa Iman jumpa adik Is dan Aina. Diorang peluk iman dan main dengan iman puas-puas. Bila mama terjaga, mama tersenyum puas hati. rasa terubat rindu mama pada Iman. Walau cuma dalam mimpi, rasa macam mama dah betul-betul peluk iman. Insyaallah, satu hari nanti kita akan bersama juga..

Friday, June 19, 2009

Bilik Iman dan Iskandar

Salam sayang buat Iman,

Sebenarnya dah lama mama nak masukkan gambar bilik Iman dan Adik Is dalam blog tapi asyik terlupa ja. Jadi sementara mama ingat ni mama nak tunjuk la bilik Iman dan Adik Is yang mama dah arrange cantik-cantik.




Kononnya nak tido la tu.. Ini meja study untuk Iman..


Sekarang ni, bilik ni takde sapa tido pun. Adik Is taknak tido sorang-sorang. Aina pulak, nak tido ngan tok. Jadi kosong la bilik ni tiap-tiap malam. Takpe la... kami tunggu Iman balik, boleh Iman tido ngan adik Is dalam bilik ni.

Jalan-jalan cuti sekolah..

Hari tu tak puas mandi kat The Carnival Sungai Petani, jadi sebelum habis cuti sekolah mama bawak adik Is dan Aina mandi kat sini lagi sekali. Memang ini lah favourite diorang iaitu mandi-manda dalam kolam. Termasuklah iman sekali, memang suka sangat berendam dalam kolam. Kalau boleh tak balik pun takpa. Kebetulan, office mama buat meeting kat sungai petani hari khamis, jadi mama ambil kesempatan tu untuk bawak tok dan adik-adik mandi kat The carnival. Kami bermalam kat Cinta Sayang Resort. Pagi-pagi lagi aina dengan adik is dah tanya pukul berapa leh pi mandi..


Sampai ja kat The Carnival, apa lagi aina ngan adik Is dah tak sabar-sabar nak terjun dalam air...


Aina denga posing-posingnya. Ada pulak spiderman tersesat kat situ.. hehehee


Sambil mandi, kami makan aiskrim. nyum nyum






Adik Is mandi sampai lupa diri.. asyik tersengih sorang-sorang


Walau ke mana kami pergi, Iman sentiasa dalam ingatan mama dan adik-adik. Diorang selalu minta mama ambil iman dan bawak sekali. Tapi apa daya mama... Insyallah, satu hari nanti kita akan bersama semula. Mama akan teruskan perjuangan mama di mahkamah untuk mendapatkan Iman. Cuma mama nak Iman tahu yang kami semua selalu rindukan Iman dan tak pernah lupakan Iman.

Wednesday, June 3, 2009

3 Jun - Perjumpaan dengan Iman

Salam sayang buat mama untuk Iman,

3 Jun 2009,

Mama bangun awal untuk bersiap-siap nak jumpa dengan Iman. Mama, tok dan adik-adik bermalam kat rumah nek sempena cuti sekolah ni. Kebetulan mama ada mesyuarat di Kuala Lumpur 2 hari, jadi mama hantar tok dan adik-adik balik kampung. Penat outstation terasa lagi, tapi mama gagahkan juga sebab tak sabar nak berjumpa dengan Iman. Adik Is masih demam panas, semalaman dia asyik mengerang sebab demam dan jam 3 pagi dia bangun muntah. Mama pegang dahi adik Is, dah kurang sikit demamnya. Walaupun adik Is tak sihat, mama masih berharap dan berdoa agar tak ada sebarang rintangan di pihak mama untuk berjumpa dengan Iman.

Seperti mana yang dijanjikan kami bertolak ke Sungai Petani untuk berjumpa dengan Iman. Mama rahsiakan perjumpaan ni dengan adik-adik takut diorang terlalu mengharap untuk berjumpa dengan Iman macam dulu. Mama taknak adik-adik kecewa lagi kalau tak dapat jumpa dengan Iman. Mama sampai di perkarangan Cinta Sayang Resort jam 10 pagi. Tak ada bayang sesiapa pun kat sana. Mama tunggu sampai 10.30 pagi, oleh sebab tak ada sesiapa mama call lawyer mama. Mama maklumkan yang mama dah tunggu kat situ tapi x ada sapa2. Dia kata yang dia akan beri no telefon lawyer abah. Sambil tunggu no telefon tu, mama bergerak ke the carnival yang ada di sebelah Cinta Sayang Resort. Sampai kat sana mama nampak kereta wira hijau tokwan. Hmm.. nampaknya abah tunggu kat The Carnival. Sekilas mama nampak Iman dalam kereta tu. Hati mama berbunga gembira. Walau cuma sesaat mama nampak Iman, mama rasa seronok sangat.

Mama berpusing cari parking. Dan lepas parking mama call abah. Malangnya, yang mama dapat adalah jerkah daripada abah.

Abah : Hang bawak mak hang pasepa?

Mama : Apa salahnya saya bawak mak saya?

Abah : Saya dah tanya dengan lawyer saya, dia kata awak akan datang sorang. Awak dah langgar perjanjian ni.

Mama : Sebab apa tak tanya terus dengan saya? Memang saya akan bawa mak saya. Jadi apa salahnya. Awak pun kata nak bawak wife baru awak kan. Jadi... apa masalahnya.

Abah : Saya tak boleh bawak wife saya sebab dia balik kampung. Jadi saya bawa mak saya. Saya ada bukti yang dia balik kampung. Saya kena bawa mak saya sebab saya ni suami orang. Nanti kena fitnah pula.

Mama : Awak yang lelaki pun nak kena bawak mak awak, ini kan pula saya ni pompuan. Lagi lah kena bawa orang temankan saya.

Abah : Sudah lah, saya nak balik.

Mama : Macam ni lah.. kita dah sama-sama sampai kat sini. Kita jumpa ja la. Saya pun dah janji kat anak-anak nak bawak diorang pergi mandi kat The Carnival. Kita masuk sama-sama.

Abah : Ahh.. sudah la. saya nak balik.

Abah terus letak telefon. Lepas pada tu mama nampak ada seorang lelaki pakai t-shirt biru belang kuning tiba-tiba muncul dari dinding sebelah kereta abah meluru masuk dalam kereta. Hmm.. hairan jugak mama. sebab apa dia bawak orang laki yang mama tak kenal dengan dia. Entah apa pula muslihat dia.

Abah pun terus keluar dari kawasan tu. Mama call lawyer abah. Maklumkan situasi tu dan minta dia bercakap dengan abah. Kalau boleh pujuk dia supaya kami boleh jumpa sama-sama.

Sambil-sambil tu.. mama pun siap2kan pakaian mandi aina dan adik Is. Diorang yang tak tahu apa-apa tu seronok sangat bila nampak gambar orang mandi-manda kat sana. Tak faham kemelut yang sedang terjadi. Tiba-tiba abah call.

Abah : Sekarang ni macam ni, awak tinggalkan mak awak kat sana, datang jumpa saya.

Mama : Ish.. apasal pulak. Sebab apa awak nak macam ni?

Abah : Kalau tak saya nak balik.

Mama : Macam ni lah. Kalau niat awak nak bagi jumpa, awak datang je terus kat sini sebab saya dan anak-anak dah nak masuk dalam The Carnival. Kalau niat tak nak bagi jumpa, balik je la.

Abah terus letak telefon. Mama call pula lawyer abah. Tanya apa yang dah jadi. Lawyer abah macam marah-marah. Nampaknya dia pun dah mula bengang ngan abah. Ye la.. penat-penat lawyer uruskan untuk mama dan adik-adik jumpa iman, tiba-tiba macam-macam pulak alasan abah.

Walau macamana pun, mama, tok, aina dan adik Is teruskan jugak program kami untuk mandi manda kat The Carnival. Walaupun kami harap sangat saat-saat macam ni kami dapat bersama-sama dengan Iman, tapi mama redha dengan apa yang terjadi.

Sunday, May 24, 2009

Ke mahkamah lagi...

Salam sayang buat iman,

Pagi tadi mama ke mahkamah tinggi syariah untuk kes hak penjagaan iman dan adik-adik. Semalaman mama berdoa agar segalanya dipermudahkan oleh Allah dan moga dibukakan pintu kebenaran, ditegakkan keadilan. Jadi hari ni mama ke mahkamah dengan keyakinan, Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang benar. Lawyer mama minta mama bawa sesiapa dari family mama yang abah hormat, tapi otak mama buntu nak fikir sapa ang mama nak ajak. Lagipun mama taknak menyusahkan sapa-sapa dalam masalah mama ni. Jadi, lawyer mama minta mama bawa aina dan iskandar ke mahkamah, mungkin hati abah lembut kalau nampak diorang.

Pagi tadi mama bertolak ke mahkamah dengan tok dan adik Is. Aina ke sekolah jadi tak dapat la nak ikut. Sampai ja kat mahkamah.. mama nampak kelibat lawyer mama. Kami sembang-sembang jap kat perkarangan mahkamah. Tiba-tiba nampak kereta wira hijau lalu sebelah mama, dan mama nampak abah tengah drive kereta tu. Alhamdulillah... kali ni abah datang. Untuk ke mahkamah kali ni, mama dah study betul-betul. Mama ke library dan pinjam beberapa buku undang-undang islam dan hak penjagaan anak. Mama yakin, ilmu adalah satu senjata yang perlu mama ada.

Mama tanya adik Is.. kalau jumpa abah adik nak kata apa kat abah? "Adik nak kata kat abah.. tak baik amik abang iman, dosa.... nanti masuk api neraka." Tergelak mama dan tok dengar adik is kata camtu... ingatkan dia nak minta abah bagi balik iman. Adik Is tercari-cari mana abah. Mama bagitau dia nanti bila mama nampak abah mama bagitau. Abah muncul dengan kemeja putih dan bersongkok. "Adik Is... tu abah dah mai." Adik Is tercari-cari lagi walaupun abah ada selang bemeter ja dari mama, adik is tak nampak. "Tu adik Is, yang pakai baju putih tu, yg pakai spec tu." Adik Is tetap tak nampak. Hairan mama.. dekat cam tu takkan tak nampak.

Mama bawa adik is dan tok masuk dalam mahkamah. Abah pun masuk sama. kali ni mama berdiri berdepan dengan abah. Abah tak tengok muka mama atau adik is langsung. Mama tanya adik Is, nampak abah tak? Adik Is cuma geleng kepala... "Laa.... tadi kan abah berdiri depan adik, takkan adik tak nampak." Adik is kata "tak nampak pon" Astaghfirullahal azim... adik Is dah tak kenal abah dia sendiri... ye la... dah lebih setahun, tak pernah abah dia nak menjenguk.

Tiba-tiba, lawyer mama panggil mama keluar. Mama dengan lawyer mama, abah dengan lawyer abah... kami pergi ke satu sudut di perkarangan mahkamah untuk berbincang.
Lawyer abah : Ok, sekarang ni kita berbincang elok-elok. Kalau boleh, saya tak mau diungkit-ungkit perkara yang lepas. Kita bincang pasal perkara akan datang. Kalau boleh, saya nak awak berdua sama-sama ambil perkara positif, bincang elok-elok, bertolak ansur.

Mama dan abah cuma mengangguk.

Lawyer abah : Sekarang ni, saya nak tanya camana kita boleh selesaikan perkara ni secara baik? Setuju tak kalau iman serahkan pada bekas suami dan 2 orang anak lagi awak yang jaga. Masing-masing ada hak lawatan. Boleh tak macam tu?

Mama : Tuan haji, saya ni, kalau fikirkan senang memang saya bagi ja anak kat bekas suami. Tapi saya ni fikirkan kepentingan anak. Anak-anak saya tertekan sebab dipisahkan dengan abang diorang.

Lawyer abah : Kita boleh bagi peluang untuk berjumpa. Kalau ikutkan cara ni, awak dapat lebih daripada bekas suami sebab awak dapat 2 anak. Dia cuma dapat sorang ja.

Mama : Tuan haji, anak-anak saya ni bukannya kek untuk dibahagi-bahagi. Bukannya barang yang boleh dibahagi sama adil macam tu. Diorang ni budak-budak. Kita kena dahulukan kepentingan diorang daripada kepentingan orang lain. Macam ni lah tuan haji, biar saya yang jaga ketiga-tiga. Abah diorang boleh melawat bila-bila masa. Masa cuti sekolah, dia boleh ambil diorang tinggal dengan dia. Dia kena ambil tiga-tiga sekali. Dulu, masa semua ada dengan saya pun saya bagi dia ambil anak. Tapi dia cuma ambil iman saja, adik-adik dia taknak ambil. Lepas tu bila iman balik rumah, cerita abah bawak makan kfc, tengok wayang, beli mainan... adik-adik dia rasa camana? hari-hari tanya dengan saya kenapa abah dia tak datang ambil. Dia kena adil dengan semua anak-anak dia.

Lawyer abah : Camana? Boleh tak kalau beri semua pada bekas isteri?

Abah : Tak boleh.. saya tak bagi. Kalau dia nak semua duduk sekali, biar saya yang jaga tiga-tiga.

Lawyer abah : Awak tak boleh ambil tiga-tiga, kalau guna kekerasan memang boleh ambil. Tapi awak tak mampu nak jaga tiga-tiga, jangan ikut hati.

Abah cuma diam sambil mendengus dengan kuat. Dia dah mula naik angin.

Lawyer abah : Anak awak dah 8 tahun, sekarang dia dah dikira mumayyis dan boleh buat keputusan sendiri. Mungkin dia tak memihak pada awak.

Mama : Tuan haji, mengikut enakmen undang-undang, umur mumayyis bagi kanak-kanak lelaki boleh dinaikkan dari umur 7 tahun kepada 9 tahun.

Lawyer abah : Hmm.. ye la. Tapi awak pun mungkin akan berkahwin lagi. takkan awak tak nak kahwin sampai bila-bila.

Mama : Jodoh ditangan tuhan, mana tuan haji tahu apa yang akan jadi. Mungkin saya akan kahwin, mungkin jugak saya tak akan kahwin. Apa yang saya buat sekarang ni, adalah untuk kepentingan anak-anak saya. Bekas suami saya pun dah kahwin, mesti dia sibuk dengan isteri barunya kan.

Lawyer abah : Macamni lah... apa kata kalau semua anak-anak bagi kat kamu. Tapi kamu tak boleh mintak nafkah anak kat bekas suami. Semua kamu yang tanggung. Tapi.. kamu kena bagi hak akses anak pada bekas suami.

Mama : Tuan haji, hak hadhanah dengan ibu, hak memberi nafkah hadhanah adalah pada bapa. Ini undang-undang Allah, takkan tuan haji nak menafikan undang-undang yang Allah dah buat ni.

Lawyer abah : Saya tau undang-undang. Tak payah awak nak cerita kat saya.

Mama : Maaf, saya cuma ingatkan.

Abah : Saya tahu anak saya, dia tak mau kat mak dia. Dia trauma dengan mak dia, sampai orang sebut nama pun dia dah takut.

Lawyer mama : Trauma camana? Cuba cerita sikit

Abah : Pasal kejadian hitam dulu la. Masa mak dia mai nak culik dia dari saya. Mai macam pencuri. Lompat pagar, terpa masuk dalam rumah, pastu dia runtuhkan pagar rumah saya.

Mama : Saya tak tengok langsung muka anak saya, macama dia boleh trauma?

Abah : Dia tengok kereta merah pun dah takut, kalau orang sebut mama pun dada dia dah berdebar-debar. Kaki dia jadi ketar.

Mama : Pada hari tu, saya tak jumpa langsung dengan anak saya, macamana awak boleh kata dia trauma dengans saya? Melainkan ada orang yang cuba memburuk-burukkan saya pada anak saya. Buat cerita agar anak saya takut dengan saya.

Mama cuba terangkan keadaan masa tu tapi abah mula naikkan suara dan potong percakapan mama.

Mama : Tuan, saya minta izin nak bercakap.

Lawyer abah : memang kamu tengah bercakap pun.

Abah palingkan muka dia ke tempat lain.

Mama : Pada hari tu, dah 4 hari anak saya dilarikan dari jagaan saya. Saya ke rumah bapa mertua dengan adik dan sepupu saya. Sampai depan rumah, kami nampak adik dia kat luar rumah. Adik saya bersalam dengan adik dia dan minta untuk jumpa iman. Adik dia kata dia taknak masuk campur dan terus pergi. Kami bagi salam 5 kali tuan haji. Tak ada sapa yang jawab. Saya pernah tinggal kat rumah tu lama. Jadi saya tau, kalau dok dalam rumah memang tak dengar orang bagi salam dari luar pagar. Jadi saya minta adik saya masuk dalam pagar dan beri salam.
Abah : masuk camana?

Mama : Pagar tu berkunci, jadi saya suruh adik saya lompat masuk.

Abah : tengok tu.. memang dasar pencuri.

Mama : Tuan haji, saya datang dari jauh nak jumpa anak saya. Lepas adik saya masuk, dia beri salam. Bapa mertua saya jenguk di pintu dan adik saya bersalam dengan bapa mertua saya. Bila anak saya nampak pakndak dia, terus dia datang dan peluk. Jadi adik saya pun dukung dia. Masa tu bapa dia datang rebut, mak dia pun datang rebut. 2 orang rebut iman dari adik saya. Mak dia rebut iman dan bawa masuk dalam bilik dan kunci. bapa mentua saya ambil kayu dan halau adik saya keluar. Jadi.... macamana anak saya boleh trauma dengan saya?

Abah : Habis tu... yang awak runtuhkan pagar rumah saya tu? Perangai camana tu?

Mama : Maaf ya, saya tak runtuhkan pagar rumah awak.

Abah : Kalau bukan awak sapa?

Mama : Mana saya tau. Kalau saya runtuhkan, buat apa saya tunggu luar pagar. Mestila saya masuk. Mustahil saya tak masuk kalau pagar tu dah runtuh.

Lawyer abah : Ok lah... kita masuk dulu.

Kami semua masuk dalam mahkamah. Kes-kes lain sedang berjalan dan lawyer mama panggil mama untuk bincang semula.

Lawyer abah : Ok.. sekarang ni kita akan setkan masa untuk perjumpaan. Camana?

Mama : OK. saya setuju. Saya nak adil, ttempat biarlah jarak yang sama jauh antara rumah dia dan rumah saya.

Lawyer mama : Kat sungai petani boleh? Hari jumaat ni..

Mama : Saya ok ja.

Abah : tak boleh, saya kerja hari jumaat. Cuma cuti hari rabu ja.

Lawyer abah : hari rabu boleh? masa cuti sekolah?

Mama : Ok, hari rabu, 3 jun saya akan ambil cuti.

Lawyer mama : Ok, nanti depan hakim kita akan beritahu dah dapat persetujuan untuk adakan perjumpaan. Di sungai petani, 3 jun jam 10 pagi.

Mama tersenyum puas. Lega bila mama dah boleh jelaskan banyak perkara. Jelaskan fitnah yang telah abah lempar pada mama. Dan gembira sebab akhirnya mama boleh jumpa dengan iman. Insyaallah, 3 Jun nanti, mama, tok, adik is dan aina akan tunggu iman kat sungai petani. Tok ada tanya pada mama, kalau abah tak datang nanti camana?

"Serah saja pada Allah, kita dah usaha setakat yang terdaya. Kita cuma boleh berusaha dan bertawakal. Tapi janganlah mengharap sangat, sebab kalau terlalu mengharap, kita mungkin akan terlalu kecewa."

Sebelum balik, mama sempat sembang dengan lawyer mama dan pembantunya. Dia hairan, abah langsung tak tengok adik is. Bukan kata nak datang peluk cium, tengok pun tidak. Bagi mama, keihkhlasan nak jaga anak terletak pada hati. Tak payah nak cerita panjang lebar kat orang, perbuatan akan menceritakan segalanya.

Thursday, May 21, 2009

Jumpa lawyer abah di Mahkamah

Salam,

20 Mei 2009, kes tuntutan nafkah idah mama dibuat di mahkamah rendah syariah kubang pasu. Mama sampai ke sana 10 minit sblm 2.30 ptg. 5 minit selepas mama sampai, mama nampak lawyer abah masuk ke dalam mahkamah. Mula-mula mama cuma syak saja sebab mama pernah jumpa dia cuma sekali. Lepas kerani mahkamah panggil nama mama dan abah baru lawyer abah angkat tangan beritahu yang abah tak dapat hadir. Jadi mama ambil kesempatan tu untuk jumpa dengan dia.

Mama : Dia tak datang ka?
Lawyer : Hmm.. dia tak dapat datang susah nak minta cuti. Dia kerja private..u lain la, kerja kerajaan. senang nak minta keluar.
Mama : Hmm.. masa dia tak kerja pun dia tak datang jugak. Jadi, rasanya kalau dia betul-betul nak dia mesti akan datang kan.. bukan sebab alasan kerja.
Lawyer : Takpe la.. nanti 25hb dia datang. Kita bincang sama-sama.
Mama : Yaka dia nak datang? Dia kerja kat mana sekarang?
Lawyer : Dia kerja kilang. Hmm.. tapi dia dah berhenti dah dari kilang tu.. sekarang ni dia dok cari kerja lain.
Mama : La... yaka. Habis tu camana dia nak jaga iman kalau takde kerja.
Lawyer : Takpa.. iman ok. sekarang ni pun pelajaran dia bagus. dan dia suka duduk ngan bapak dia. Lagipun, abah dia tengah minta kerja government sekarang ni. takpe la... nanti 25hb kita bincang elok-elok.

Perbincangan mama terhenti sebab tiba-tiba hakim nak masuk untuk satu perbicaraan. mama keuar dan tunggu lawyer mama kat luar. Kes mama pada hari tu ditangguh sebab abah tak hadir.

Mama minta pada lawyer mama, beri mama peluang untuk bercakap sekali lagi dengan lawyer abah. Ada sesuatu yang mama nak tunjukkan. Bila ada kesempatan, mama pergi berjumpa dengan lawyer abah sekali lagi. Kami tahan dia sebelum dia masuk dalam kereta.

Mama : Maaf encik, saya nak tunjukkan sesuatu pada encik.
Lawyer abah : Takpe la... nanti 25hb kita bincang.
Mama : Cuba encik tgk ni. (mama tunjukkan video adik is yang demam dan panggil2 abang iman)
Lawyer abah : Hmm... ok. nanti kita usahakan supaya diorng boleh jumpa.
Mama : Saya cuma nak encik faham, apa yang saya usahakan ni bukan untuk saya seorang, tapi untuk adik-adik Iman. Diorang rindu sangat dengan iman. Kalau niat saya jahat, saya akan biarkan saya iman dalam jagaan abahnya, biar dia pula yang belajar camana nak sara anak yang selama ni, setelah bertahun-tahun kawin, hanya saya seorang saja yang fikirkan wang saraan anak, makan minum yang makin mahal, duit sekolah, persiapan raya. Tapi saya ni ibu, tak sanggup tengok penyiksaan terhadap anak-anak saya.
Lawyer abah : Ya.. saya faham. Saya rasa eloklah perkara ni kita bincang sama-sama. Biar bekas suami awak ada sekali. Insyaallah saya rasa dia boleh bertolak ansur.

Selepas bincang dengan lawyer abah, mama bincang pula dengan lawyer mama. dia nasihatkan mama bersedia pada 25hb Mei ni. Minta mama tulis perkara2 yang akan mama bentang pada hakim. Perbicaraan ambil masa yang panjang, tapi insyaallah .. banyakkan berdoa, moga allah permudahkan segala-galanya.

Jadi 25hb ni, mama akan ke mahkamah tinggi sekali lagi. Insyaallah mama akan usahakan sebaik mungkin. Berani kerana benar, dan mama yakin Allah sentiasa di pihak yang benar.

Adik Is jatuh basikal

Salam buat iman,

Dah lebih dari seminggu mama tak update blog ni, alhamdulillah hari ni mama dapat kesempatan. :) jadi cerita pertama yang mama nak beritahu pada iman pasal Adik Is. Minggu lepas adik is jatuh basikal, masa tu mama kat ofis dan mama dapat panggilan dari tok beritahu adik is jatuh basikal. Berdarah teruk muka dia...Mama terus balik rumah dan tengok adik Is masih menangis.... Luka paling teruk kat dagu dia, darah keluar tak berhenti. Mama check tempat2 lain semua minor injury ja... so mama terus bawak adik Is ke klinik.

Sampai ja kat klinik, nurse tu cuci dagu adik Is.. baru la mama nampak lukanya. besar jugak dan nampak isi yang memutih... seram bulu roma mama. Doktor datang dan beritahu dia akan bagi Adik Is satu jahitan. Hmm.. apa nak buat, terpaksa la kan... Mama pegang adik Is kuat2 takut dia meronta2. Mama tutup mata adik Is.. masa tu adik Is menjerit2.. Doktor inject satu jarum kat tempat luka tu. rasanya ubat bius... lepas tu dr jahit tempat luka... Nasib baik cekap dr tu buat kerja..sekejap ja dah siap.

Siap kena jahit... kami pun balik rumah... kesian adik Is. nam minum susu tak boleh, makan pun tak boleh... tapi esoknya adik Is ceria balik... heheheh tengok la gambar ni... walaupun baru kena jahit tapi happy ja.. boleh panjat-panjat lagi tu...

Tuesday, May 12, 2009

Perjumpaan dengan Iman

Salam rindu buat iman,

Iman.... hari rabu yang lepas (6 mei 2009) mama terima call dari lawyer mama. Pada masa tu mama sedang outstation di KL. Lawyer mama maklumkan yang ada berita positif dari abah. Abah bagi mama jumpa dengan Iman. Alangkah gembiranya hati mama bila dengar berita tu... Lawyer mama tanya mama nak jumpa macamana... mama kata first thing mama xnak jumpa di Kulim. Biarlah jumpa somewhere kat Sg Petani atau ALor Setar. Tapi lawyer mama kata, syarat abah yang pertama, mesti jumpa dalam kulim. Dia xnak kat tempat lain... Hmm.. walaupun mama tak berapa puas hati, mama ikutkan jugak. Ya la... abah kan lelaki, takkan la tak boleh bawak iman ke sg petani atau alor setar.... Anyway... mama setuju, tapi mama taknak jumpa abah di rumah abah. Biar kat tempat lain. Mama dah serik nak ke sana... Mama minta lawyer mama berikan mama sikit masa untuk mama fikirkan kat mana nak jumpa..

Oleh sebab buntu, mama call tam tanya pendapat dia. Dia tak setuju mama ke kulim.... Hmm... mama tau, memang keselamatan mama tak terjamin kalau mama pi sana. Tapi mama nak buat camana... Lepas tu mama call tok mamu, minta dia pergi sama2 dan temankan mama. Dia tolak.. katanya dia kena kerja pada hari tu.. jadi dia call tokngah. Tokngah setuju, dan dia minta mama atur perjumpaan kat masjid. Jadi mama pun call lawyer, mama beritahu mama akan ke masjid yang dekat dengan rumah abah untuk ambil iman. Mama akan ke sana hari sabtu (9 Mei 2009( jam 10.30 pg dan akan pulangkan semula iman kat situ jugak jam 6 ptg hari yang sama.

Keesokan harinya, mama tak sabar nak tahu keputusan samada mama boleh jumpa iman atau tidak. Jam 11.30 pg mama call lawyer mama.., diorang kata belum dapat kata putus lagi. Lepas lawyer mama call abah, dia beritahu mama yang dia nak buat trade in, mama boleh ambil iman tapi bagi iskandar dengan aina kat abah. Mama beritahu lawyer, mama nak iman jumpa dan bersama2 dengan aina dan iskandar. Diorang dah lama rindukan iman, bukan mama sorang ja yang rindukan iman. Kalau abah tak percaya pada mama, dia boleh beri kebenaran untuk tokpah ikut sama. Jam 6 ptg mama akan hantar iman dengan tokpah balik.

Tapi abah tak setuju, katanya dia yang nak ikut sama. Tapi dengan syarat mama tak boleh bawak sapa2. Mama kena pergi sorang2 dengan aina dan iskandar dan dia pun akan pergi sorang dengan iman kalau dia nampak sapa2 dia akan balik. Kata abah lagi.... ini last dia nak runding, kalau mama tak nak, tak yah jumpa iman. Hmm.. runsing mama dibuat oleh abah. Dah la nak mama pergi kat kampung dia, sorang-sorang pulak tu. Tak boleh ada orang lain ikut... demi iman mama sanggup. Mama setuju tapi mama taknak masuk kampung abah. Biar mama jumpa iman dalam pekan kulim. Ramai orang dan mama rasa lebih selamat .

Lepas setengah jam... mama call semula lawyer. Mama kata mama tak sanggup nak pergi sorang2. Mama takut. Abah pernah buat macam2 dengan mama. Jadi lawyer mama call abah semula sebab mama nak bawak tok ikut sekali. Dia setuju tapi dia nak bawak isteri baru ikut sama sebab takut kena fitnah. Hmmm.. mama tak kisah dia nak tayang isteri baru dia kat mama. Yang penting bagi mama, mama nak jumpa dengan Iman.

Jadi pada hari Sabtu 9 Mei 2009, mama bertolak dari rumah lebih kurang ja 9.30 pagi. Mama sampai di depan KFC hampir jam 10.30 pagi, tiba2 mama dapat sms yang abah hantar pada lawyer mama. Dia tanya 10.30 kat mana? Jangan buat cincai2 sebab dia ada lawyer. Kalau ada apa-apa sila urus dengan lawyer dia secara black & white. Mama call lawyer mama dan tanya macamana ni? Mama dah sampai kat Kulim. Jadi lawyer mama minta mama sms kat abah tempat mama menunggu. 10.27 pg mama sms pada abah. Mama tunggu di depan KFC pekan kulim. Hampir 10 minit mama tunggu, lawyer mama call balik. Dia kata dia baru ja lepas bercakap dengan abah dan abah asyik tengking2 dia. Dia suruh lawyer mama ikut apa yang dah ditulis dalam surat secara black & white. Jadi semua rundingan yang lawyer dah buat dengan dia melalui telefon dia tak mau terima pakai. Lawyer mama minta mama pergi tunggu di masjid dekat rumah dia.

Hmm.. apa yang mama nak buat? Takkan nak balik, mama dah datang dari jauh semata-mata nak jumpa iman. Aina dan Iskandar pun dah tak sabar nak jumpa iman... Aina bawak coklat...dia kata nak bagi pada iman. Jadi mama buat keputusan, mama akan ke masjid. Biarlah apa nak jadi, mama akan tunggu kat sana. Kalau abah tak datang jugak baru mama balik.

5 minit je dari pekan kulim, mama dah sampai di Masjid dekat dengan rumah tokwan. Mama tengok sekeliling tak ada sapa2. Yang ada cuma budak2 sekolah tadika yang terletak di belakang masjid dan beberapa orang yang sedang bersembang2 kat parking masjid. Mama tunggu hampir 15 minit... tak ada sapa yang datang. Mama sms pada abah yang mama dah menunggu 15 minit tapi tak ada sapa2 yang datang. Tak ada balasan dari abah. Kalau nak diikutkan rumah tokwan ke masjid cuma 2 minit je. Mama tunggu beberapa minit lagi tapi abah tak juga datang malah tak reply pun sms mama. Hmmm.. mama call laywer mama dan dia minta mama ke balai untuk buat laporan.

Selesai buat laporan mama pun bertolak balik ke Penang... tak kesampaian lah hajat mama untuk jumpa dengan Iman. Kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Mama dah ke kulim yang makan masa 2 jam perjalanan dari rumah mama, sedangkan abah nak ke masjid yang 2 minit dari rumah tokwan pun tak boleh. Aina dan Iskandar sedih sangat sebab tak dapat jumpa iman. Mama minta aina dan adik is sabar walaupun mama tahu, diorang yang masih kecil tak faham apa erti sabar. Insyaallah satu hari nanti kami akan jumpa iman jugak.

Tiba-tiba jam 11.46 pagi, mama dapat sms dari abah :

"Hang cakap apa ni? Sat KFC, sat masjid.. satg hang suruh akub p kuala perlis pulak. Ingat aku ni apa? Mai rumah, aku tunggu! Cepat, aku pun ada kerja lain nak buat."

Masa tu mama dah nak sampai kat jambatan pulau pinang. Mama tanya pendapat lawyer mama, camana ni.. dia suruh pi rumah dia pulak. Kan mama dah kata mama tak mau jumpa kat rumah tokwan.. mama ni dah la pompuan, kalau dia swing penampar dia macam hari tu sapa yang nak tolong mama? Dulu nasib baik pakndak ngan paksu ikut. Kalau tak entah apa nak jadi pada mama. Lawyer mama kata terserah kat mama. Kita dah usaha tapi dia tak ikut apa yang dirancangkan. Hmm.. tak apa lah. Mama teruskan perjalanan ke rumah nek di sungai ara. Lepas beberapa minit mama dapat sms dari abah lagi.

"Aku dah pi kat masjid tapi hang takdak.. keta lain banyak.. nak jumpa anak ka xmau ni?"

Masa dah hampir jam 12 tgh. Mama pun dah dok atas jambatan pulau pinang. Kan dah janji pukul 10.30.. sebab apa pukul 12 baru abah nak pi tunggu kat situ. Hmm.. kalau dah tak nak bagi jumpa tu berterus terang saja lah. tak payah nak susahkan mama pergi balik pergi balik. Hanya allah saja yang tahu niat seseorang. Bagi mama, kalau perkara ni dibuat dengan niat ikhlas, abah takkan berdolak dalih dengan macam-macam alasan.

Iman... mama takkan putus asa. Insyaallah mama akan terus perjuangkan untuk hak penjagaan iman. 25 Mei 2009, hari perbicaraan seterusnya. Mama tak takut untuk menegakkan hak seorang ibu dan anak. Abah boleh terus-terusan menghalang mama berjumpa dengan iman. Tapi mama yakin Allah akan bersama dengan pihak yang benar. Apa yang abah buat kat mama, biar lah tuhan saja yang membalasnya...

Doa mama setiap waktu, agar Allah sentiasa pelihara iman. Jaga keselamatan iman. Semoga anak-anak mama berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah... masa untuk kita bersama akan datang juga. Bila Allah dah izinkan, tak ada sesiapa yang dapat menghalang. Insyallah..

Thursday, May 7, 2009

4hb Mei... di mahkamah tinggi syariah

4hb Mei 2009.. mama ke mahkamah dengan harapan yang amat tinggi. Semalaman mama tak dapat tidur. Puas mama pusing ke kiri dan ke kanan tapi mata mama tak dapat lelap. mama bangun dan isikan malam dengan solat dan bacaan al-quran. hanya itu yang mampu buat mama tenang. Mama doakan agar abah sudi berbincang dan berunding secara baik dengan mama. Mama dah setuju untuk serahkan hak penjagaan iman dengan syarat abah perlu beri hak untuk mama dan adik-adik berjumpa dengan iman. Kalau itu yang abah nak, biarlah dia galas tanggungjawab untuk besarkan iman tapi sambung semula ikatan kekeluargaan antara iman dengan mama dan adik-adik. Mama dah tak sanggup tengok adik Is rindukan Iman. Mama nak, tiap2 kali cuti sekolah iman dapat bersama dengan mama dan adik-adik. Kita boleh bercuti sama-sama macam dulu. Mama yakin abah akan bersetuju sebab memang itu yang dia nak... "Hak Jagaan Iman".

Sampai ke mahkamah lebih kurang jam 8.30 pagi. Tak nampak bayang abah pun. Lawyer mama pun belum sampai lagi. Lebih kurang jam 9.00 pagi hakim masuk ke ruang mahkamah. Bila nama mama dipanggil, abah masih belum sampai. Mahkamah ulang panggil nama abah berkali-kali tapi abah tak juga muncul. Jadi kes ditangguhkan pada 25 Mei 2009.

Mama tak faham, kenapa abah tak datang? Mama bincang dengan lawyer mama, katanya abah dah maklum yang mama nak beri hak penjagaan dengan syarat-syarat tertentu dan lawyer abah pun kata yang abah memang dah setuju nak hadir ke mahkamah. Tapi sebab apa dia tiba-tiba tak hadir pula dan tak nak selesaikan hal ni? Logiknya, kalau memang niat abah lawan di mahkamah sebab nak dapatkan hak jagaan iman, dia akan datang sebab mama nak beri apa yang dia nak dan selesaikan dengan cara yang baik. Mungkin sebenarnya, bukan hak jagaan iman yang dia nak.... samada dia sengaja nak pisahkan mama dengan iman atau sengaja nak sakitkan hati mama? hanya tuhan saja yang tahu.

Balik dari mahkamah hati mama tak tenteram. Macam-macam perkara bermain dalam fikiran mama. Marah, geram, putus asa semunya ada. Sungguh mama tak faham dengan apa yang abah buat. Dia sanggup nak terus-terusan bermusuhan sedangkan Allah dah beritahu yang dendam itu satu penyakit hati. Pemikirannya tak setaraf dengan umurnya yang dah menginjak 30 tahun.

Alhamdulillah, banyak kata-kata semangat yang mama terima dari ahli keluarga dan kawan-kawan. 2 hari mama ambil masa untuk tenangkan hati dan berfikir secara rasional. Ada hikmahnya apa yang terjadi, mungkin Allah tak redha mama mengalah dan mahu mama teruskan usaha mendapatkan Iman. Insyaallah, mama akan terus berusaha dapatkan Iman. Mama takkan hentikan perjuangan yang telah mama mulakan.

"Wangian gaharu takkan timbul tanpa adanya api"

Sunday, May 3, 2009

Berdebar menanti 4hb Mei 2009

Esok 4hb Mei... mama akan ke mahkamah lagi. Sebenarnya kehadiran mama ke mahkamah kali ni atas permohonan abah untuk membatalkan hak penjagaan sementara untuk Iman yang mama dah terima Disember tahun lepas. Tapi niat mama kali ni adalah untuk jumpa dengan abah. Dah banyak kali abah tak hadir ke mahkamah. Kalau boleh mama nak berbincang cara baik dengan abah mengenai hal ni. Kalau boleh, mama nak minta abah bagi mama cakap sekejap dengan Iman. Kemudian bincang macamana nak selesaikan hal ni agar dua-dua pihak sama-sama puas hati. Apa puncanya yang menyebabkan abah dendam sangat dengan mama.

Berjaya atau tidak rundingan damai ni.... hanya Allah yang tahu. Moga allah lembutkan hati abah, sejukkan jiwanya dan tenangkan perasaannya. Mama yakin, kalau dia bertindak sebagai seorang yang matang, insyallah hal ni dapat diselesaikan. Doakan agar kita dapat bersama.....

Saturday, May 2, 2009

Kenangan dengan Iman..


Tak sangka mama boleh dapat balik gambar-gambar masa iman masih ada dengan mama. Masa laptop mama kena virus habis semua gambar2 dah corrupt dan tak boleh buka. Nasib baik kawan baik mama jumpa dalam laptop dia dan serahkan pada mama. :)


Seronoknya bila dapat tengok balik gelagat iman. Mama ulang tengok klip video ni berkali-kali. Masih rasa belum puas tengok iman. Video ni diambil masa mama bawak iman, aina, adik Is dan tok ke KL naik AirAsia. Itu first time iman, tok ngan adik2 naik kapal terbang. Tak ada yang lebih berharga selain daripada kegembiraan anak-anak mama.



Mama, tok, iman (cap merah), aina, adik is dan anak member mama, I.


Masa menunggu kat airport kepala batas. Masa ni semua dah excited sangat2 nak naik kapal terbang.

Ini gambar hasil tangan iman. Iman sendiri yang snap gambar ni. terer lah anak mama ni.


Dalam perut kapal terbang. Tiga-tiga orang berhimpit nak duduk sekali.



Di LCCT, akhirnya selamat sampai.

 
Dear Diary Blogger Template