Thursday, April 30, 2009

Dilema... apa cara terbaik nak dapatkan iman?

Salam iman,

Hari ni pepagi lagi mama dah pergi ke alor setar sebab nak jumpa dengan lawyer mama. Semalam dia call, katanya nak kena failkan penolakan permohonan abah untuk batalkan hak penjagaan sementara yang mama dah dapat. Mama baca afidavit tu... minta pihak abah teruskan aja proceed untuk hak penjagaan tetap. Dalam kepala mama, macam-macam yang difikirkan tentang procedure mahkamah ni. Laku ke perintah mahkamah? Sekarang ni pun, walau mama dah dapat perintah masih tak leh ambil iman dan tak ada mana-mana pihak yang boleh buat apa-apa bila abah langgar perintah mahkamah. Habis tu.. kalau tak nak bergantung pada mahkamah, nak buat camana lagi??

Lepas ke mahkamah untuk baca afidavit.. mama ke pejabat lawyer. Lama mama tak sembang panjang dengan dia. mama tunjukkan pada lawyer video adik is yang sedang rindukan iman. jadi kami sedang atur strategi macamana nak dapatkan semula iman. Katanya, kalau mama boleh pergi ambil iman dan larikan iman memang dah tak salah. Memang dah hak mama pun. tapi camana mama nak buat? Nak ambil kat sekolah, cikgu iman tak nak beri kerjasama. Nak ambil kat rumah... lagi la tak mungkin bila ada abah, tokwan, pak ngah ngan pak cik. sedangkan mama???? sorang ja.... tak ada bapak, tak ada abang. Kalau bawak paksu ngan pakndak pun, diorang langsung tak respect, diorang kata macam2 lagi kat kami bertiga supaya kami marah dan mengamuk. kalau dapatpun, diorang akan terus cuba larikan iman lagi. pi balik pi balik... apa nak jadi dengan iman? pelajaran iman, emosi iman? mama tak sanggup bila fikir semua tu.

Cadangan ke-2, tunggu sampai dapat hak penjagaan tetap. Tapi bila??? Dalam anggaran lawyer mama, paling cepat pun sampai ujung tahun ni. Tu pun kalau pihak abah bagi kerjasama, hadir dalam tiap-tiap perbicaraan dan hantar dokumen yang lengkap. Jadi.. kalau nak ikut dengan perangai yang diorang tunjuk sekarang ni rasanya mungkin lebih dari setahun untuk selesaikan kes ni. Itu pun.. kalau dapat perintah mahkamah, camana nak pergi ambil??? bawak polis? tentera? bolehh jamin dapat ke? kalau tak dapat jugak kena ulang pergi mahkamah lagi... dan minta perintah menghina mahkamah... mungkin habis berbulan-bulan lagi, mungkin bertahun. Betapa rapuhnya undang-undang syariah, sampai tak ada sapa yang respect atau iktiraf suatu perintah yang dikeluarkan.

Ada satu lagi pilihan, berlembut dengan abah. Biar abah yang dapat hak penjagaan iman dengan syarat dia benarkan mama pergi melawat iman, bawak iman jalan-jalan dan masa cuti sekolah iman boleh datang tido kat rumah mama. Sekurang-kurangnya iman boleh jumpa dengan mama dan adik-adik. Tapi ada satu syarat yang mama minta tambah, kalau nanti bila iman dah boleh buat keputusan senditi, iman rasa iman nak duduk ngan mama, diorang kena bagi. Mungkin masa tu abah pun dah ada anak baru 2-3 orang. Mungkin masa tu dia pun dah tak kisah sebab banyak benda lain yang dia nak tanggung. sapa yang tahu apa akan jadi masa tu.. lagi 2-3 tahun. tok pah masih kuat lagi kah nak jaga iman? nak kah mak tiri iman jaga iman masa tu? Yang penting, mama sentiasa tunggu kepulangan iman.

Jadi.. mana satu yang patut mama pilih? Apa pun keputusan yang nak dibuat, yang penting bagi mama adalah kebajikan dan kebahagiaan hidup iman. Mama harap abah pun akan fikir macam tu. Jangan ikutkan kata hati, tapi fikir apa yang terbaik untuk anak-anak. Betulkan iman lebih baik dalam jagaan dia dari jagaan mama? Selesakan hidup iman bila terpaksa tinggal dengan 10 orang lain dalam 1 rumah? Selalunya, dulu kalau kita baik rumah tokpah, kita kena tidur atas toto ja sebab tak cukup katil. Sekarang ni, iman masih kena tidur macam tu kah? Tapi apa pun alasannya, tak mungkin dia akan mengaku kelemahan yang ada. Yang digembar-gemburkan hanyalah keburukan mama yang makin banyak ditokok tambah cerita.

Iman... mama yakin apa pun yang terjadi akan ada hikmahnya. dan mama yakin kita akan bersama juga nanti. hanya masa yang akan menentukan. 4hb Mei ni mama akan ke mahkamah lagi. mama kena buat keputusan sebelum 4hb mei ni.... moga allah beri mama petunjuk dan mama redha dengan apa yang terjadi.

kata dr fadzillah kamsah, bila ada musibah ucaplah 3 doa
1. Inna lillah hi wa inna ilaihi roji'un.
2. Ya Allah, aku redha dengan dugaan yang telah engkau berikan
3. Ya Allah, Kau kurniakanlah kepadaku perkara yang lebih baik.
Insyaallah, doa akan dimakbulkan....

amin-amin ya robbal a'lamin...

Monday, April 27, 2009

Adik Is demam..

Baru-baru ni adik Is demam. Masa-masa camni lah dia teringat sangat kat iman. Mama ambil klip video ni masa tengah dok 'jelom' kepala adik Is. Tak habis-habis dia sebut nama iman...

video

Adik Is : Adik nak tidor ngan abang iman.. nak tidor dengan abang iman ngan mama ngan adik ngan aina... nak tidor kat depan ni. Nak tengok tv kat sini. Nanti adik takut.....

Mama : camana kita nak ambil abang iman?

Adik Is : Adik tau.. adik jadi ultraman dulu, lepas tu adik ambil abang iman. Terbang macam ultraman.. macam ultraman Gaia...

Entah lah berapa lama lagi kami perlu tunggu untuk berjumpa dengan Iman. Hati mama yakin yang kita akan bersama juga nanti. Cuma mama tak tahu bila... Kadang-kadang bila mama outstation, mama belikan mainan untuk adik is dan aina, mama belikan juga untuk iman. Sampai sekarang, mainan-mainan tu masih dalam simpanan mama. Belum dibuka lagi...

Semalam tok belikan coklat untuk aina dan adik is. Bila mama balik umah... kelam kabut aina ngan adik is ambilkan coklat untuk mama. "Mama, aina simpan coklat ni. satu untuk mama, satu untuk abang iman." Sebak dada mama bila dengar aina kata macam tu. Masa makan malam pun, ada juga sembang pasal iman.

Aina: "mama, cikgu kata tahun depan aina darjah satu. Abang iman darjah berapa mama?"

Mama: "Kalau aina darjah satu, abang iman darjah 3 la..."

Aina: "ooo.. kalau camtu nanti bila aina darjah 3 baru la sama dengan abang iman. baru boleh sekolah dengan abang iman.. kan mama?"

Mama:"Tak la aina... bila aina darjah 3, abang iman dah darjah 5."

Tiap-tiap hari, nama iman tak pernah lekang dari mulut adik-adik. Baru-baru ni tok ada mimpi. Tok kata, dalam mimpi tu dia nampak iman duduk dalam satu bilik sempit.. keliling semua gelap dan jauuuuuuuuuuhhhhhhhhhhh sangat. muka iman nampak murung ja. Mama tok cari jalan nak pi kat iman tapi tak ada. Mungkin ada alamat dari mimpi tok tu.

Walau apa pun yang terjadi..Insyaallah... suatu hari nanti kita akan dipertemukan juga.

Saturday, April 18, 2009

Buku untuk aina dan adis Is..

Mama baru sampai dari KL pagi ni. Lega rasanya bila boleh jumpa aina dan adik Is. Diorang bangun tidur ja terus terjah mama kat bilik. Hmm.... rindu sangat sebab dah 3 hari mama ke KL. Mama belikan aina dan adik Is buku dengan set kotak pensil. Beli masa ronda-ronda dengan kawan mama R masa kat KL.

Mama beli buku matematik, buku aina latihan tambah, buku adik is pulak beginner maths. Teringat mama masa mama ajar Iman matematik dulu. Iman memang suka buat maths. Cepat belajar dan memang iman minat matematik. Aina nampak macam minat tapi sampai sekarang dia tak boleh ingat lagi nombor-nombor. Selalu dia confuse. Kalau iman ada, mesti iman boleh tolong ajar aina kan.... Tahun lepas, iman selalu ajar aina ABC dengan aliff baa taa. Masa tu, aina yang jual mahal takmo belajar ngan iman. Iman selalu kata "mama, tengok aina ni... iman ajar dia takmo tengok." Walaupun mama tak pernah suruh iman ajar, tapi naluri iman sebagai abang yang buat iman nak ajar aina.



Macamana agaknya keadaan iman sekarang ni? Anak kawan mama N yang sebaya dengan iman dah boleh guna handphone. Agaknya, kalau iman ada no telefon mama, iman akan telefon mama tak? Mama ada call cikgu sekolah iman, minta dia tolong pass telefon pada Iman. Sekejap pun jadi la.... tapi dia taknak. Dia takut iman bagitau kat abah, nanti dia kena marah pulak.

Insyaallah.. mama akan usahakan untuk kita bersama semula.

Tuesday, April 14, 2009

Rombongan ke klinik

Rombongan?? cam ramai je kan sebenarnya Mama ,tok ngan adik is ja. Hari ni mama bawak tok pergi klinik. hari tu dia check ada darah tinggi, jadi kali ni kena pergi check darah..



Rupa-rupanya kolestrol tinggi. Hmm.. tok dah kena berpantang sekarang ni. Takleh makan berlemak, bergoreng, masin, daging merah... waaa.. lepas ni kurus la tok. Kena makan makanan kukus dan sup.

mama pun tak lepas peluang nak check juga tekanan darah mama. Alhamdulillah dah turun. Rasanya mungkin hari tu sebab penat kot. Thanx to kengkawan yang bagi petua. :)

Monday, April 13, 2009

Apa kata cikgu iman...

Pagi tadi mama call cikgu besar sekolah Iman, hari katanya dia nak postkan keputusan peperiksaan iman. Tapi sampai hari ni mama tak dapat lagi.. Jadi mama call dah bercakap dengan dia. Cikgu I tu baik sangat, sebagai seorang wanita dia dapat faham perasaan mama. Katanya dia Iman ok ja kat sekolah.. abah pun selalu melawat Iman tak kira pagi atau petang. Hmmm.. bagus lah kalau macam tu cuma abah tak teringatkah kat 2 orang lagi anak abah... aina dan iskandar? Tak pernah jenguk atau tanya khabar berita.

Panjang sesi sembang mama dengan cikgu iman. Dia nasihatkan mama jangan melawan atau mencabar abah. Kalau boleh call abah selalu, dan tanya pasal Iman. Biarkan segala apa yang dia nak kata kat mama.... Mama ada terangkan yang mama dah berkali-kali cuba call abah sebelum ni tapi dia asyik menyindir mama nak ganggu kebahagiaan dia sekarang. Katanya dia amat bahagia dengan iman dan isteri barunya. Bukan niat mama nak mengganggu dia pun, cuma nak bercakap dengan iman. Dan kalau boleh, biar la iman bercakap dengan mama dan adik-adik yang rindu sangat dengan iman. Mama tak kisah dia nak kawin lain. Itu hak dia dan mama pun suka kalau dia dapat teman hidup yang sesuai dengan dirinya. Tapi selalunya panggilan mama tak berangkat. Kalau dia angkat pun, dia kata iman tak ada.

Walau apa pun yang terjadi, mama yakin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Cikgu Iman kata, tunggu lah iman besar nanti mesti iman akan cari mama....Mama yakin.. memang suatu hari nanti kita akan berjumpa juga... Cuma mama harap sangat kita akan bersama secepat mungkin. Kebahagiaan yang kami ada sekarang ni tak lengkap tanpa Iman. Walau kemana kami pergi, kami sentiasa teringatkan iman....

Rumah baru kita...

Salam Iman,

Dah lama mama nak loadkan gambar rumah baru kita.. tapi tak sempat so hari ni mama spend time sikit untuk load gambar-gambar dalam blog.. Rumah ni luas sikit dari rumah lama kita, lagipun dekat dengan semua kemudahan..

OK la... yang ni bahagian ruang tamu.



Ni kira kemas la ni...




Ni pulak bilik mama..


Bilik tok..
Ruang makan
Dapur...

Ni tempat utk study.. mama belikan meja tu untuk Iman, tapi sementara iman takdak ni aina guna dulu... Tahun depan, bila aina masuk darjah satu mama akan belikan satu untuk aina pulak...



Hmm.. ni gambar bilik masa tengah kena cat. Jadi mama keluarkan dulu semua barang... nanti mama akan load gambar yang lepas renovate pulak... ok sayang



Kami semua tak sabar nak sambut kepulangan Iman....













Bengkel di Bukit Merah Laketown Resort

Lepas ja ke Mahamah Tinggi Syariah, mama bersiap-siap untuk ke Bukit Merah laketown resort. Ada satu lagi bengkel kat sana. Mama bawak tok, aina dan adik is sekali. Kalau ada iman mesti lagi seronok. Mama masih ingat lagi dulu kita pernah datang sama-sama.... Mama terbayang senyuman iman masa kat sana dulu...


Sepanjang kat sana, sempat la mama bawak adik is dengan aina masuk bukit merah waterpark. Adik Is dengan Aina mandi sampai tak mo balik.. hahahaha.. diorang tu kalau dah jumpa swimming pool memang jadi cam tu.





Aina dengan gaya tersendiri... pandai betul dia ni berposing




Waaa... adik is, mandi sampai lupa diri ya











Muka-mula lepas berendam..


Ni gambar ehsan dari member mama Y dirakam masa mama handle sesi pertama bengkel... ada gaya artis tak?? hehehehe

Tuesday, April 7, 2009

Ke mahkamah tinggi syariah..

8 April 2009
Pagi ni mama ke mahkamah tinggi syariah untuk perbicaraan tuntutan hak penjagaan tetap kesemua anak-anak mama. Perkarangan mahkamah sunyi masa mama sampai kat sana... masa tu masih awal lagi dalam jam 8.15 pagi. Lepas parking kereta, mata mama terpandang seorang perempuan berusia pertengahan 40-an. Mukanya nampak jernih dan cantik, terdetik di hati mama mungkin dia juga salah seorang yang menuntut keadilan di mahkamah pada hari ini.



Mama duduk menunggu di luar mahkamah dan seorang wanita datang menegur mama. Katanya dia datang sebab anaknya dilarikan oleh bekas suami. Walaupun dia dah dapat hak penjagaan tetap, anaknya tetap dilarikan. Hmmm.. hampir sama dengan kes mama, cuma mama hairan bila perintah mahkamah boleh diperlekehkan saja oleh sesetengah orang. Hari ni dia datang untuk minta tindakan sebab menghina perintah mahkamah.



Mama menunggu hampir sejam di dalam dewan mahkamah dan bayang-bayang abah langsung tak kelihatan. Yang hadir cuma lawyer dia saja. Bila nama mama dipanggil, mama ke depan dan duduk disebelah lawyer mama. Masa tu lawyer mama tunjukkan surat pembelaan dari pihak abah. Lawyer mama baru terima pagi tu... jadi tak sempat nak analisa lagi. Mama baca sepintas lalu.... yang hairannya, kebanyakan ayat dalam pembelaan tu dari "bapa yang kena tuntut" iaitu tokwan. Dalam surat pembelaan tu, dinyatakan yang mama tak mampu jaga iman dengan baik dan selalu mengabaikan iman. Tokwan juga kata yang dia halau pakndak dan Uncle Hairy keluar sebab diorang menceroboh masuk ke dalam rumah. Dan dia pun tak kenal dengan diorang dan sangka diorang tu penculik yang nak menculik iman. Hmmm.. tak sangka tokwan sanggup mereka-reka cerita macam tu. Sedangkan dia memang kenal dengan Pak Ndak dan pan ndak beri salam dan salam tangan tokwan. Mama pun ada kat luar pagar masa tu. Tak logik kalau dia kata dia tak kenal dan tak tahu yang mama nak jumpa dengan Iman... Kalau iman nak tahu cerita penuh tentang kejadian tu mama ada catatkan dalam post mama yang pertama bulan januari dulu.

Walau apa pun yang terjadi, mama akan tetap berjuang untuk mendapatkan Iman. Mama tak akan jemu untuk terus mencuba. Insyaallah perbicaraan penuh akan dibuat 25 Mei nanti.

Monday, April 6, 2009

8 April 2009 - perbicaraan kes iman

Semalam mama dapat call dari lawyer, minta mama dapat ke mahkamah tinggi syariah 8 April 2009. Hmmm.. esok mama akan call lawyer untuk bincang pasal perbicaraan kali ni. Dah dapat ka pembelaan dari pihak abah ataupun diorang masih dok berlengah-lengah. Ada kawan mama nasihatkan supaya mama pindahkan kes ke penang... katanya mahkamah syariah kedah ni memang lambat dan keputusannya selalu tak berpihak pada kaum hawa... entah la. Yang mama risaukan yuran guaman. Nak buka semula fail mesti kena bayar lagi.. yang sekarang ni pun beribu nak kena selesaikan. Anyway... mama belum ada idea nak buat macamana. Mama selesa dengan lawyer yang ada sekarang. She is very understanding dan selalu beri semangat pada mama.

Ada juga yang cadang agar mama lawan through civil court. Buka semula kes abah pukul mama dulu. Sebab dengan sikap panas baran macam tu, mama takut something bad happen to Iman bila dia naik angin. Iman sendiri pernah nampak macamana abah pukul mama dulu. Malah iman juga yang datang peluk mama lepas mama kena pukul. Mama tahu, iman nak tolong mama masa tu tapi apa daya Iman. Cuma mama doakan Allah sentiasa lindungi Iman. Sekarang ni, mama tak rasa takut sangat sebab iman tinggal dengan tok pah. Mama kenal sangat dengan tok pah, memang dia sayangkan iman dan tak mungkin dia akan biar abah buat apa-apa dekat iman. Walau apapun yang tokpah kata tentang mama, mama tahu hati dia bersih. Mungkin dia termakan dengan hasutan orang sampai buat dia benci pada mama. Tapi mama tak pernah salahkan dia... dan mama masih hargai segala kebaikan yang dia pernah buat pada mama. Cuma, tok pah tak kuat macam dulu. Macam-macam penyakit dia ada sekarang ni dan sampai bila dia boleh jaga iman.... Perjalanan hidup iman masih panjang dan sekiranya satu hari nanti iman terbaca coretan mama, walau berapa lama pun masa dah berlalu, dan walau berapa jauhpun mama dari iman, pelukan mama akan sentiasa terbuka untuk iman.

Iman.. sekarang ni, adik Is semakin rindukan Iman. Tiap-tiap hari dia akan menangis dan minta mama bawa balik iman. Sayu betul mama dengar tangisan dia.... kalau lah mama boleh rakamkan keadaan tu dan tunjuk pada abah betapa dia dah menyiksa perasaan anaknya sendiri... Akan lembutkah hati dia? Atau dia akan ketawakan mama sebab akhirnya dia berjaya buat hidup mama menderita setiap hari melihat penderitaan anak sendiri... Dah berbakul-bakul janji mama pada adik Is. Mama janji mama akan ambil abang Iman... tapi bila??? mama pun tak tahu...

Study... study...study...

Final exam dah dekat... masa ni la macam-macam assignment nak kena hantar.. Lepas ber-MC mama ambil cuti 3 hari sebab nak tumpu siapkan assignment dan presentation final projek untuk subjek Desicion Support System. Tak sabar-sabar rasanya nak habiskan semester ni.... Semester ni semua 4 subjek yang mama ambil kena buat banyak assignment. Kena prepare untuk mid-sem, kuiz dan final exam..

Mama dah dapat date untuk final exam. 25/4, 26/4 dan 2/5. Doakan kejayaan mama, ya Iman. Insyaallah... mama buat semua ni untuk ubah masa depan hidup kita. Mama nak hidup anak-anak mama terjamin. Dan mama nak capai cita-cita mama iaitu nak belajar setinggi mungkin. Walaupun banyak dugaan dan rintangan, mama takkan putus asa untuk capai cita-cita mama. Mama harap anak-anak mama pun macam tu juga... tak mudah putus asa. Cuba capai cita-cita setinggi mungkin. Jadi insan yang beri manfaat pada orang lain. Ilmu yang tuhan bagi adalah untuk kita beramal dengannya...

Aktiviti masa MC..

Hmm... lamanya mama tak update blog ni. (hehehe.. baru seminggu tapi rasa cam lama sesangat). Lepas dapat MC, mama tak lepaskan peluang yang doktor bagi untuk manjakan diri... seronoknya bila dapat bercuti minda (tak nak pikir apa-apa). Hari isnin (30/3/09) , lepas dapat MC mama masih ke ofis untuk siapkan kerja-kerja yang terbengkalai. Tak sampai hati rasanya nak tinggalkan semuanya pada teman seofis. Walaupun otak mama macam beku sikit sebab takde idea untuk siapkan kerja... mama buat setakat yang boleh dan kemudian send pada member mama yang pada masa tu dah ada kat KL dan buat preparation untuk presentation. Hmmm.... good luck ja la yang mampu mama kirimkan dengan bahan-bahan presentation tu.

Lepas tu, mama balik makan ubat dan tidur... Hmmm.. memang terasa nikmatnya tidur time tu.. ubat yang dr bagi memang bagi mama mengantuk dan lepas tidur dan bangun hampir sehari setengah.. hari rabu mama rasa segar balik.

Rabu -2/4/2009 Lepas solat subuh, mama buat sarapan. Hmm.... hantar aina ke tadika dan lepas tu... terasa bosan sebab tak tau nak buat apa-apa. kemas-kemas rumah... hmm.. apa lagi nak buat ni, jam awal lagi baru 9.30. Rasa nak buat assignment tapi... dah kena berleter ngan tok sebab dr bagi MC tapi gatal dok nak wat assignment jugak... Hmm.. pikir punya pikir last sekali mama decide nak cat bilik iman, aina dan adik is. Cadangnya bilik tu untuk Iman dan adik Is tapi buat sementara waktu ni, Iman takde jadi aina la yang temankan adik Is tidur. Kul 10 pagi mama ngan adik Is gi kedai hardware... mama ni bukannya pernah mengecat tapi belum try belum tau kan. Mama pun interview tokey kedai tu habis-habisan lastly mama balik dengan setin cat dan barang-barang untuk mengecat.

Excited betul adik is dengan aina. rasanya kalau iman ada mesti join mama mengecat bilik sekali. Finally, jam 6.30 petang.... siapla mama mengecat keseluruhan bilik.... Mama cat color oren sebab nak bagi nampak cerah dan ceria. Mama dah siapkan meja study untuk Iman, nanti bila iman balik senang iman nak study. Buku pun tak la selerak. Iman boleh study dalam bilik dan adik-adik tak kacau iman buat kerja sekolah. (mama mama akan masukkan esok ye sebab tak jumpa-jumpa lagi cable mama tu. so kena la pinjam kawan punya)

Hmm.. lepas mengecat... tiba la time menghias.. habis semua anak-anak patung yang ada mama susun dalam bilik tu. So malam tu mama, aina dan adik is tidur sama-sama kat situ.. heheheeh mama pun menumpang la sekali. Malam tu mama mimpikan Iman. Dalam mimpi tu, iman nampak chubby sikit dari dulu. Kita kat tepi pantai dan iman main-main dengan adik Is. Rasa happy sangat masa tu... Tiba-tiba, abah datang dan ajak iman ikut abah balik. Iman kata iman tak nak... "syok la main dengan adik Is. adik Is comel la abah. iman nak main dengan adik Is lagi." Tapi mimpi mama stop sampai situ ja... Pagi tu mama bangun dan tersenyum. Dapat tengok iman dalam mimpi pun jadi lah.... terubat rasa rindu dalam hati mama.....
 
Dear Diary Blogger Template