Wednesday, January 28, 2009

Hari Perbicaraan.....

28 Januari 2009

8.00 pagi - Mama bersiap nak ke mahkamah. Penat pindah barang ke rumah baru tak habis lagi. Tapi untuk mempertahankan hak mama untuk bersama iman, mama kuatkan juga diri. Sebelum ke mahkamah, mama singgah jap kat pasar... beli sarapan untuk tok dan adik-adik. Tok tak berapa sihat hari ni, pening kepala dan muntah-muntah. Mungkin penat sangat pindah barang semalam agaknya. Sebelum balik... mama beli ikan untuk tom.. Tom sekarang ni taknak makan lain dari ikan rebus gaul dengan nasik. Melampau betul. Mama tengok, tom pun rindukan iman. Ya la... sejak Iman takdak kat rumah, takdak sapa yang boleh main-main dengan dia. Aina dengan Adik Is tu... kalau tom kejar sikit dah menjerit-jerit takut. Lintang pukang lari naik atas sofa. Ish... panjang pula cerita pasal tom. Siap beli sarapan, mama hantar ke rumah dan terus ke Mahkamah.

9.15 pagi - Sampai juga mama ke Mahkamah Tinggi. Masa mama sampai Hakim dah masuk ke dewan. Semua orang senyap sunyi. Mama tunggu nama mama dipanggil.

9.45 pagi - Pengendali bicara panggil nama mama dan abah. Mama nampak abah bangun dari celah-celah barisan. tak sangka dia datang pula kali ni. Dua perbicaraan sebelum ni dia tak pernah datang. Lawyer abah pun hadir sama. Abah bacakan wakalah perlantikan peguam dan peguam abah minta satu tarikh untuk pembelaan diadakan. 4 Mac 2009.... dipersetujui oleh peguam mama dan peguam abah. Hmmm... kena tunggu lagi. Dari tahun lepas mama turun naik mahkamah. Tapi apa nak buat.. kena lah bersabar kan. Bagi mama, walaupun nak dapatkan Iman memang susah tapi mama tahu kepuasan bila dapat semula Iman amat tinggi nilainya dari apa yang mama perlu mama korbankan.

9.55 pagi - Selesai menghadap hakim, mama bangun untuk keluar tapi lawyer mama minta tungu sehingga dia selesai. Mama pun duduk di bahagian menunggu di belakang dewan. Mama perhatikan abah terus keluar dari dewan.

10.15 pagi - Lawyer mama selesai perbicaraan kes-kes yang lain. Dia datang kepada mama dan ajak mama keluar dari dewan perbicaraan. Keluar dari dewan perbicaraan, mama nampak abah dengan isteri barunya. Hmm.. tersenyum mama tengok diorang. Mungkin dia nak tunjuk pada mama yang isteri barunya. Mama harap, isteri baru abah boleh bahagiakan abah lebih daripada apa yang mama mampu. Yang penting bagi mama, masa depan mama dan anak-anak mama. Mama lebih bahagia bila ketiga-tiga anak mama membesar depan mama dengan akhlak yang baik dan masa depan yang cerah.

Mama berbincang dengan lawyer tentang kes hak penjagaan Iman. lawyer mama dah buat satu surat akujanji yang menyatakan hasil dari perbualan telefon antara lawyer mama dan lawyer abah, abah telah bersetuju untuk membenarkan mama berjumpa dengan iman. :) Jadi, minta satu tarikh bila mama boleh berjumpa dengan Iman. Mama diberitahu oleh lawyer yang, abah kata Iman yang tak mahu langsung berjumpa dengan mama. Namun mama tak percaya. Mustahil anak yang mama kandung, yang mama tatang, belai dengan penuh kasih sayang, akan benci pada mama.

Tak sampai 5 minit, mama nampak abah dan isteri barunya bergerak ke kereta. Waa... naik proton waja. heheheh.. mama dan lawyer mama cuma tersengih. Nak menghebat jugak rupanya, walaupun sekarang dah jadi penganggur terhormat. Hmmm.. tak habis-habis nak menunjuk dengan mama. Kadang-kadang rasa cam perangai budak-budak pulak. Takpe la.. mudah-mudahan Allah murahkan rezeki abah. Jadi boleh lah dia bayar nafkah bulanan anak yang dah 9 bulan dia lupa. dan harap-harap juga, dia masih ingatkan hutang dia yang mama tanggung sebanyak RM500 sebulan. Masuk tahun baru ni genap setahun mama terpaksa bayar untuk abah. Walau apa pun... rezeki di tangan tuhan. Harapan mama moga Allah bukakan pintu rezeki untuk mama besarkan anak-anak mama. Dan setakat hari ni pun, alhamdulillah, rezeki mama tak pernah putus berkat doa ahli keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa di sisi mama.

Amin.....

6 comments:

  1. teruskan menulis,luahkan apa yg terbuku dihatimu

    ReplyDelete
  2. Semoga segala urusan untuk mendapatkan anak puan Iman berjalan dengan lancar dan saya doakan agar puan tabah dan dapat kembali Iman disisi puan....

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas sokongan kawan-kawan semua. Doa kalian amat bermakna untuk saya.

    ReplyDelete
  4. salam hani..
    xde jodoh nak jumpa jumaat lepas.dapat jumpa kak izawani jer..maybe next time kot

    ReplyDelete
  5. insyaallah... saya ke kl lagi minggu ni. kalau ada rezeki, boleh la kita jumpa :)

    ReplyDelete
  6. Salam Pn. Hani,
    Kuatkan semangat puan untuk terus berhadapan dengan dugaan ini. Walau seberapa berat pun bebanan ini, pasti ada kemanisan dihujung perjuangan puan.

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template