Wednesday, January 14, 2009

Mama.. aina nak cakap dengan abang iman

Pagi ni... seperti biasa mama bangun dan kejutkan Aina dan Adik Is bersiap ke sekolah. Masa tengah iron baju sekolah aina, tiba-tiba aina minta pada mama...

"Mama... aina nak cakap dengan abang iman. Boleh tak mama?"

Mama tersentak. Apa yang mampu mama buat? Dah banyak kali mama cuba call abah tapi tak pernah dia angkat. Mungkin dia ingat mama cuba mengganggu hidup dia yang sedang dibuai bahagia.

"Ok. Aina tunggu jap, mama ambil handphone." Aina tersenyum.
"Bila mama kata ok... aina cakap dengan abang iman ya...." Nanti mama bagi abang iman tengok apa yang aina kata. Mama pun mula rakam.....

3 comments:

  1. salam puan,

    kalau hak penjagaan sementara adalah pada puan kenapa mengalah..biarlah diorang nk pukul ngan kayu ke ape..pihak berkuasa ada & kita bole ambil tindakan..itu hak puan..puan kene tegas & perjuangkan hak puan..jangan sesekali mengalah..kalau puan seorang wanita yg lembut..buang sikap lembut itu..come on..go for it!! Kalau bukan diri kita sendiri siapa lagi nak sokong..please..hubungi pihak berkuasa dan maklumkan. biar dia diambil tindakan.

    ReplyDelete
  2. saya dah pun buat laporan pada pihak polis pasal hal tu. dah polis kata akan ambil tindakan. bila saya call... diorang kata masih dalam siasatan.

    malah masa saya bawak perintah hak penjagaan polis ada dengan saya. yang buat saya rasa amat kesal bila polis tak boleh buat apa2 bila mereka taknak serahkan anak pada saya.katanya diorang x ada kuasa. kes ni dibawah mahkamah syariah jadi saya kena kemukakan masalah ni pada mahkamah syariah. sekiranya mahkamah keluarkan waran tangkap baru pihak polis boleh ambil tindakan.

    kita yang ikut undang-undang tak dapat hak tapi yang melanggar undang-undang secara terang-terangan boleh hidup aman dan gembira malah mentertawakan undang-undang yang saya usahakan dengan bersusah payah.

    ReplyDelete
  3. KARENAH BIROKRASI KADANGKALA LEBIH BANYAK MENYUSAHKAN KITA YANG MEMANG DAH SUSAH. HANYA MEMBUATKAN KITA YANG TERANIAYA TERUS TERANIAYA. YANG BERSABAR PUN, LAMA-LAMA BOLEH HILANG SABAR....YA-ALLAH KAU PERMUDAHKANLAH JALAN BAGI HANI. AMIN...

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template