Sunday, January 18, 2009

Jalan-jalan hari minggu

Semalam, mama bawak Aina, Adik Is dan tok ke pekan Jitra. Mula-mula tu ingat nak pi tengok wayang tapi takdak cerita yang sesuai... Jadi kami pun jalan-jalan pusing pekan jitra tu. Happy betul Aina dengan Adik Is.
Mula-mula mama bawak pi makan western food. Order chicken chop dengan spaggeti. Teringat mama kat iman. Iman memang suka makan spaggeti yang mama masak. Kadang-kadang iman tolong masak dengan mama :)

Lepas makan, mama pergi cari baju untuk adik Is dan Aina. Aina sekarang ni dah gemuk.... habis semua seluar dia ketat, jadi kena la mama cari seluar lain untuk dia. Pusing-pusing sampai malam, kami pun bertolak balik rumah...

Dalam kereta, aina dengan adik Is dok berebut makan donut chocolate sambil dengar radio. Tetiba DJ mainkan satu lagu yang buatkan mama dan adik-adik terus ingat pada Iman.
"Mama.... lagu abang iman....." Adik-adik pun nyanyi sama-sama
"Aku memang pencinta wanita... namun ku bukan buaya..." Memang itu lagu favourite iman. Malah iman selalu nyanyi lagu tu masa kat umah.
Insyaallah... iman, mama sedang usahakan untuk dapatkan semula iman. Mama harap tak lama lagi kita akan bersama.

5 comments:

  1. Puan,

    Dr apa yg puan tulis kan di sini, saya rasa bekas suami puan bukan bersungguh2 mahu membesarkan Iman, dia cuma mahu 'revenge' dr puan, mahu lihat puan menderita. Kalau tidak masakan Iman kerap tidak ke sekolah. Saya harap dan doakan Puan berjaya dapatkan hak penjagaan Iman. Dia adalah amanah Allah pada Puan. Masa depannya mungkin gelap (mungkin angkara dendam si ayah) jika puan tidak selamatkannya... Fight for your right

    ReplyDelete
  2. Insyaallah... akan saya usahakan sampai berjaya.

    ReplyDelete
  3. SALAM DAN SELAMAT BERKENALAN KAK HANI,

    DANISH PUN SUKA NYANYI LAGU NI KAT BILIK MANDI. KERINDUAN AKAK TERHADAP IMAN DAPAT AIN RASAKAN. SEMOGA AKAK AKAN SUCCESS DALAM USAHA MENDAPATKAN HAK AKAK. GOOD LUCK..

    ReplyDelete
  4. HANI... I'M SO SORRY... TAK PERASAAN YG KITA NI LAGIK TUA DR AWAK....HE..HE..HE.

    ReplyDelete
  5. heheheh.. takpa. rasa tua bila dah ada anak ke sekolah rendah. terima kasih banyak atas sokongan danish. Semua ni pembakar semangat saya untuk terus berusaha.

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template