Tuesday, May 12, 2009

Perjumpaan dengan Iman

Salam rindu buat iman,

Iman.... hari rabu yang lepas (6 mei 2009) mama terima call dari lawyer mama. Pada masa tu mama sedang outstation di KL. Lawyer mama maklumkan yang ada berita positif dari abah. Abah bagi mama jumpa dengan Iman. Alangkah gembiranya hati mama bila dengar berita tu... Lawyer mama tanya mama nak jumpa macamana... mama kata first thing mama xnak jumpa di Kulim. Biarlah jumpa somewhere kat Sg Petani atau ALor Setar. Tapi lawyer mama kata, syarat abah yang pertama, mesti jumpa dalam kulim. Dia xnak kat tempat lain... Hmm.. walaupun mama tak berapa puas hati, mama ikutkan jugak. Ya la... abah kan lelaki, takkan la tak boleh bawak iman ke sg petani atau alor setar.... Anyway... mama setuju, tapi mama taknak jumpa abah di rumah abah. Biar kat tempat lain. Mama dah serik nak ke sana... Mama minta lawyer mama berikan mama sikit masa untuk mama fikirkan kat mana nak jumpa..

Oleh sebab buntu, mama call tam tanya pendapat dia. Dia tak setuju mama ke kulim.... Hmm... mama tau, memang keselamatan mama tak terjamin kalau mama pi sana. Tapi mama nak buat camana... Lepas tu mama call tok mamu, minta dia pergi sama2 dan temankan mama. Dia tolak.. katanya dia kena kerja pada hari tu.. jadi dia call tokngah. Tokngah setuju, dan dia minta mama atur perjumpaan kat masjid. Jadi mama pun call lawyer, mama beritahu mama akan ke masjid yang dekat dengan rumah abah untuk ambil iman. Mama akan ke sana hari sabtu (9 Mei 2009( jam 10.30 pg dan akan pulangkan semula iman kat situ jugak jam 6 ptg hari yang sama.

Keesokan harinya, mama tak sabar nak tahu keputusan samada mama boleh jumpa iman atau tidak. Jam 11.30 pg mama call lawyer mama.., diorang kata belum dapat kata putus lagi. Lepas lawyer mama call abah, dia beritahu mama yang dia nak buat trade in, mama boleh ambil iman tapi bagi iskandar dengan aina kat abah. Mama beritahu lawyer, mama nak iman jumpa dan bersama2 dengan aina dan iskandar. Diorang dah lama rindukan iman, bukan mama sorang ja yang rindukan iman. Kalau abah tak percaya pada mama, dia boleh beri kebenaran untuk tokpah ikut sama. Jam 6 ptg mama akan hantar iman dengan tokpah balik.

Tapi abah tak setuju, katanya dia yang nak ikut sama. Tapi dengan syarat mama tak boleh bawak sapa2. Mama kena pergi sorang2 dengan aina dan iskandar dan dia pun akan pergi sorang dengan iman kalau dia nampak sapa2 dia akan balik. Kata abah lagi.... ini last dia nak runding, kalau mama tak nak, tak yah jumpa iman. Hmm.. runsing mama dibuat oleh abah. Dah la nak mama pergi kat kampung dia, sorang-sorang pulak tu. Tak boleh ada orang lain ikut... demi iman mama sanggup. Mama setuju tapi mama taknak masuk kampung abah. Biar mama jumpa iman dalam pekan kulim. Ramai orang dan mama rasa lebih selamat .

Lepas setengah jam... mama call semula lawyer. Mama kata mama tak sanggup nak pergi sorang2. Mama takut. Abah pernah buat macam2 dengan mama. Jadi lawyer mama call abah semula sebab mama nak bawak tok ikut sekali. Dia setuju tapi dia nak bawak isteri baru ikut sama sebab takut kena fitnah. Hmmm.. mama tak kisah dia nak tayang isteri baru dia kat mama. Yang penting bagi mama, mama nak jumpa dengan Iman.

Jadi pada hari Sabtu 9 Mei 2009, mama bertolak dari rumah lebih kurang ja 9.30 pagi. Mama sampai di depan KFC hampir jam 10.30 pagi, tiba2 mama dapat sms yang abah hantar pada lawyer mama. Dia tanya 10.30 kat mana? Jangan buat cincai2 sebab dia ada lawyer. Kalau ada apa-apa sila urus dengan lawyer dia secara black & white. Mama call lawyer mama dan tanya macamana ni? Mama dah sampai kat Kulim. Jadi lawyer mama minta mama sms kat abah tempat mama menunggu. 10.27 pg mama sms pada abah. Mama tunggu di depan KFC pekan kulim. Hampir 10 minit mama tunggu, lawyer mama call balik. Dia kata dia baru ja lepas bercakap dengan abah dan abah asyik tengking2 dia. Dia suruh lawyer mama ikut apa yang dah ditulis dalam surat secara black & white. Jadi semua rundingan yang lawyer dah buat dengan dia melalui telefon dia tak mau terima pakai. Lawyer mama minta mama pergi tunggu di masjid dekat rumah dia.

Hmm.. apa yang mama nak buat? Takkan nak balik, mama dah datang dari jauh semata-mata nak jumpa iman. Aina dan Iskandar pun dah tak sabar nak jumpa iman... Aina bawak coklat...dia kata nak bagi pada iman. Jadi mama buat keputusan, mama akan ke masjid. Biarlah apa nak jadi, mama akan tunggu kat sana. Kalau abah tak datang jugak baru mama balik.

5 minit je dari pekan kulim, mama dah sampai di Masjid dekat dengan rumah tokwan. Mama tengok sekeliling tak ada sapa2. Yang ada cuma budak2 sekolah tadika yang terletak di belakang masjid dan beberapa orang yang sedang bersembang2 kat parking masjid. Mama tunggu hampir 15 minit... tak ada sapa yang datang. Mama sms pada abah yang mama dah menunggu 15 minit tapi tak ada sapa2 yang datang. Tak ada balasan dari abah. Kalau nak diikutkan rumah tokwan ke masjid cuma 2 minit je. Mama tunggu beberapa minit lagi tapi abah tak juga datang malah tak reply pun sms mama. Hmmm.. mama call laywer mama dan dia minta mama ke balai untuk buat laporan.

Selesai buat laporan mama pun bertolak balik ke Penang... tak kesampaian lah hajat mama untuk jumpa dengan Iman. Kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Mama dah ke kulim yang makan masa 2 jam perjalanan dari rumah mama, sedangkan abah nak ke masjid yang 2 minit dari rumah tokwan pun tak boleh. Aina dan Iskandar sedih sangat sebab tak dapat jumpa iman. Mama minta aina dan adik is sabar walaupun mama tahu, diorang yang masih kecil tak faham apa erti sabar. Insyaallah satu hari nanti kami akan jumpa iman jugak.

Tiba-tiba jam 11.46 pagi, mama dapat sms dari abah :

"Hang cakap apa ni? Sat KFC, sat masjid.. satg hang suruh akub p kuala perlis pulak. Ingat aku ni apa? Mai rumah, aku tunggu! Cepat, aku pun ada kerja lain nak buat."

Masa tu mama dah nak sampai kat jambatan pulau pinang. Mama tanya pendapat lawyer mama, camana ni.. dia suruh pi rumah dia pulak. Kan mama dah kata mama tak mau jumpa kat rumah tokwan.. mama ni dah la pompuan, kalau dia swing penampar dia macam hari tu sapa yang nak tolong mama? Dulu nasib baik pakndak ngan paksu ikut. Kalau tak entah apa nak jadi pada mama. Lawyer mama kata terserah kat mama. Kita dah usaha tapi dia tak ikut apa yang dirancangkan. Hmm.. tak apa lah. Mama teruskan perjalanan ke rumah nek di sungai ara. Lepas beberapa minit mama dapat sms dari abah lagi.

"Aku dah pi kat masjid tapi hang takdak.. keta lain banyak.. nak jumpa anak ka xmau ni?"

Masa dah hampir jam 12 tgh. Mama pun dah dok atas jambatan pulau pinang. Kan dah janji pukul 10.30.. sebab apa pukul 12 baru abah nak pi tunggu kat situ. Hmm.. kalau dah tak nak bagi jumpa tu berterus terang saja lah. tak payah nak susahkan mama pergi balik pergi balik. Hanya allah saja yang tahu niat seseorang. Bagi mama, kalau perkara ni dibuat dengan niat ikhlas, abah takkan berdolak dalih dengan macam-macam alasan.

Iman... mama takkan putus asa. Insyaallah mama akan terus perjuangkan untuk hak penjagaan iman. 25 Mei 2009, hari perbicaraan seterusnya. Mama tak takut untuk menegakkan hak seorang ibu dan anak. Abah boleh terus-terusan menghalang mama berjumpa dengan iman. Tapi mama yakin Allah akan bersama dengan pihak yang benar. Apa yang abah buat kat mama, biar lah tuhan saja yang membalasnya...

Doa mama setiap waktu, agar Allah sentiasa pelihara iman. Jaga keselamatan iman. Semoga anak-anak mama berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah... masa untuk kita bersama akan datang juga. Bila Allah dah izinkan, tak ada sesiapa yang dapat menghalang. Insyallah..

6 comments:

  1. Ya Allah..menangis saya baca en3 hani ni.
    Saya berdoa semoga Allah bagi awak kekuatan.
    Doa org2 teraniaya itu lebih didengari oleh Allah..

    ReplyDelete
  2. Air mata saya dah kering irfa. Rasa macam dah tak ada air mata lagi yang boleh keluar. Saya redha apa yang terjadi. Sekarang ni, hati saya rasa lapang.. tak serabut macam dulu walaupun macam-macam perkara yang terjadi. Alhamdullillah...

    ReplyDelete
  3. Hani

    Kuatkan semangat ok. banyakkan doa dan zikir. InsyaAllah, Allah Maha Mendengar.

    Kadang kadang rasa pelik kenapa ada lelaki yang suka siksa anak anak dan bekas isteri, padahal kalau berbaik baik bukankah lebih afdal

    ReplyDelete
  4. Hani,

    mokcik membaca entry ini pun rasa macam nak swing ajer bekas suami Hani. Mengapalah boleh sekejam itu...klu bukan untuk Hani pun, sekurang2nya fikirkanlah perasaan anak2.

    Doa saya bersama Hani dan anak2 semoga urusan Hani dipermudahkan.

    ReplyDelete
  5. Sedih saya baca entry ni, semoga allah memberi kekuatan mental dan fizikal pada pn hani...



    ida

    ReplyDelete
  6. teruskan berjuang dan berdoa. ramai yang berdoa bersama. saya kagum dengan semangat seorang ibu seperti kak hani. Teruskan!

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template