Wednesday, September 9, 2009

Selamat Hari Jadi Iman

Selamat Hari Jadi Iman,




(One big hug for u..... send virtually thru this blog)

Tahun ni adalah tahun pertama mama sambut hari jadi Iman tanpa Iman disisi mama. Untuk pengetahuan iman, ini adalah tarikh yang amat bermakna dalam hidup mama sebab pada tarikh ini lah mama bergelar ibu 8 tahun yang lalu. Banyak kenangan manis mama bersama iman yang tersimpan di hati mama. Namun mama nak Iman tahu, walaupun kita sambut hari yang penuh makna ni berjauhan, Iman tetap selalu berada di dalam hati mama.



Ini lah gambar Iman masa baru dilahirkan. Iman dilahirkan pada 10 September 2001 pada jam 3.33 petang di Hospital Besar Kulim. Berat cuma 2.6kg


Ini gambar masa bercukur. Cool je iman masa bidan cukurkan kepala... hehehehe


Masa ni Iman dah umur 3 bulan. Dah tak larat nak dokong dah. Berat masa ni dah naik 6 kilo. Mana tidaknya, menyusu tak henti-henti. Asyik lapar...... je


Masa ni Iman dah dekat 4 bulan. Tengoklah tangan iman, sampai bertakat-takat jadinya. Macam orang obesiti hehehehe... kalau nak ikutkan saiz masa tu, tangan iman lebih gemuk dari tangan mama.

Gambar ni diambil masa tokwan dan tokpah baru balik haji... umur iman lebih kurang 8 bulan. Jubah dan kopiah ni hadiah dari tokpah dan tokwan.


Antara aktiviti kegemaran iman masa kecik adalah menelongkar bilik mama dan abah. Tengok tu.... wat muka tak bersalah je...

Ni antara gambar favourite mama.... iman nampak cute sgt time ni. Actually anak mama ni memang cute, maklumlah.. kulit cerah ikut cam mama kan (hehehehehhe) Aktiviti menyelongkar dapur memang dah jadi agenda tetap iman. Sampai tokpah tak larat nak larang.

5 comments:

  1. Salam, I'm one of your silent reader. Tersentuh hati ini membaca rintihan hati ibu yang dipisahkan dari anak. Teruskan berdoa dan menulis, saya yakin setiap doa yg dikirim & kata2 yg ditulis akan sampai kepada Iman. Saya harap Hani tidak akan putus hubungan terus dgn Iman.
    Rakan saya pernah mengalami apa yg Hani alami, anaknya dilarikan bekas suaminya, malah impactnya lebih besar sebab anak itu adalah anak tunggal. Tapi semakin anak itu membesar, ia memerlukan perbelanjaan yg besar juga, sampai masanya bekas suaminya dengan rela angkat tangan serahkan kembali anak itu (Dania) kpd rakan saya, dan tidak ada saat yang lebih gembira bagi rakan saya selain dari masa itu.
    Teruskan usaha anda .. insyaAllah setiap yg terjadi ada hikmahnya.
    SELAMAT HARI JADI IMAN.

    ReplyDelete
  2. Khas comment ini utk Iman...

    Iman sayang,

    Makcik harap, suatu hari nanti, waktu iman membaca blog ini, iman dapat menilai sendiri apa yang berlaku.

    Waktu blog ini ditulis, iman masih kecil, harap bila iman membaca blog ini, jika iman masih juga kecil, iman dapat memahami yang mama iman sangat sayang pada iman.

    Jika iman telah besar, dan mungkin telah penuh kepala iman dengan word "Mama jahat", makcik harap iman dapat kikis perkataan itu perlahan demi perlahan.

    Semoga iman sentiasa bahagia dimana saja iman berada.

    Anak makcik (izawani aina yang sebaya dengan iman) sering bercakap berkaitan iman. Iman itu dan iman ini. Biarpun hanya sesekali bertemu, bila makcik cerita pasal iman, anak makcik faham... dan kesian pada iman kerana terpaksa berada dalam keadaan ini.

    Makcik harap juga Iman tidak lupa pada makcik. Makcik tidak dapat lupa pada wajah iman waktu malam hari mama iman panggil makcik. Bila mama iman ceritakan keadaannya, hanya satu saja terdetik difikiran makcik...

    "Kesian kat anak anak... semua masih kecil"

    Dan waktu makcik memegang kepala iman dan adik adik iman, rasa saja hampir menitik air mata makcik.

    Abah Iman salahkan makcik kerana tidak membimbing mama kearah yang benar... tidak menasihati dengan lebih gigih... mungkin...

    Makcik jawab semula kemudiannya setelah dia menghasut dan menghina mama Iman, "Jangan kaitkan saya dengan pergaduhan korang". Itu pun setelah nasihat yang makcik beri pada dia, dianggapnya satu pembelaan pada mama iman. Sedangkan makcik hanya mahu dia bertenang dulu daripada memburuk burukkan isteri sendiri dan menuduh nuduh isteri curang dan sebagainya...

    Tapi sayang, iman pula dimomokan dengan cerita tidak benar dia.

    Semoga suatu hari nanti ayah iman sedar perbuatannya dan iman sendiri dapat mencari kebenaran disebalik kata kata ayah iman...

    Semoga juga iman berjaya... dan bahagia...

    Selamat hari lahir iman....


    p/s : Hani, tak dapat nak bayangkan sambut hari lahir anak tanpa dia di sisi...

    ReplyDelete
  3. salam hani..
    tembamnya dia masa kecik.lepas ni selalu2lah hantar anak ke sana biar ex tu tahu dia ada lagi 2 anak selain iman dan bakal anak baru tu

    ReplyDelete
  4. ME : Hani pun rasa keadaan akan jadi macam kawan ME tu. Sebenarnya ramai kaum lelaki wat camni disebabkan ego. Biar masa ja yang meruntuhkannya...

    Izamani : Thanx a lot for ur comment. Memang akak lah yang lebih memahami apa yang terjadi sebab segalanya dilalui bersama-sama dengan hani sebelum penceraian lagi sehingga sekarang ni. Blog ni pun dibuat atas cadangan akak agar segalanya dapat diabagikan untuk Iman.

    Irfa : Insyallah.. memang itu niat hani. Oleh sebab dia macam lupa ja lagi 2 orang anak yang ada ngan hani, so kenalah hantar ke sana untuk selalu mengingatkan tanggungjawab dia.

    ReplyDelete
  5. Tersentuh lagi hati ini membaca komen Izawani untuk Hani. Apa boleh buat, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Me doakan Hani betul tabah menghadapi dugaan ini, tambahan pula dengan hari raya yang semakin dekat dan tanggungjawab hani belajar. InsyaAllah, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini, Allah menguji hamba yang benar2 disayanginya. Rasa tidak sabar menunggu next entry Hani. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir batin andai ada komen2 yg mengusik hati.

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template