Monday, July 18, 2011

Mandi Manda


Akiviti cuti yang paling aina dan iskandar suka.... mandi kolam....





Kami pi mandi kolam a day before iskandar buat operation mata. sekarang iskandar dah hensem hehheheheh...

sekarang iskandar dah tak takut mandi kolam, tengok la bukan main terre lagi. tak payah pakai pelampung....


New friends yang aina dan iskandar jumpa kat kolam... kalau ada iman mesti lagi best kan




opsss ada sorang lagi yang suka mandi.... baby mohammad :)


Baba selalu bawak kami semua mandi kat swimming pool. hopefully, Next time kita pi sekali, ok iman. million hugs and kisses for u.. mmuuaaaaaaaaaaaaa. kami semua rindukan iman.

Nikmat memberi maaf

Salam sayang buat iman,

Hari ni mama bersembang dengan kawan lama yang mama rindu sangat. Dah lama tak jumpa dan tak sembang-sembang. Dia tanya mama samada mama dah maafkan abah atas apa yang terjadi. Jadi mama tanya hati mama...

1. Mama masih marahkan abah ka? Jawabnya... tidak.

2.Mama boleh bersemuka dengan abah dan beri senyuman? Jawabnya... Ya

3. Mampukan mama doakan kebahagiaan abah dan semoga Allah lembutkan hatinya, murahkan rezekinya dan tenangkan jiwanya? Jawapnya ..... Ya dan itu antara doa yang selalu mama titipkan selepas solat,

Jadi... mama yakin yang sekarang ni mama dah maafkan abah atas segala yang pernah abah lakukan terhadap mama, terhadap kita. Ada satu surah tentang maaf maksudnya :

"Balasan terhadap kejahatan adalah pembalasan yang setimpal, tetapi barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, ganjarannya ditanggung oleh Allah" (QS Al-Syura [42]: 40)

Mama bukannya pandai nak tafsir ayat, tapi mama tahu memberi maaf adalah satu nikmat Allah. Bukan mudah memberi maaf apatah lagi setelah perasaan kita teruk didera. Tapi maaf itu satu nikmat yang membebaskan mama dari perasaan tidak tenteram. Maaf adalah nikmat yang menjadi penawar kepada luka di dalam jiwa. Maaf adalah satu nikmat dimana ganjarannya amat besar hingga hanya allah yang maha mengetahui kebesaran ganjarannya. Segala yang terjadi banyak membentuk peribadi mama, menjadi lebih tabah, belajar menerima ketentuan allah dan redha, dan menjadi seorang pemaaf. Mama harap iman juga belajar dari pengalaman mama. Semoga iman membesar menjadi anak yang tabah....

Sunday, July 17, 2011

salam rindu buat iman



Salam sayang buat Iman, anak kesayangan mama.

Terlalu banyak yang mama nak coretkan pada iman sampai kadang-kadang mama jadi kelu.
Tak tahu apa yang patut mama ceritakan. Sekarang ni, mama dan adik-adik sihat saja. Macamana pulak agaknya dengan keadaan Iman? Masih ingatkah lagi dengan mama, aina dan iskandar. Apa yang iman perlu tahu, kami
selalu dan sentiasa teringatkan iman. aina dan
iskandar sampai ke hari ni masih dok plan camana nak bawa iman balik ke rumah mama. Mama yakin, satu hari nanti, iman pasti akan pulang ke pangkuan mama, aina dan iskandar.

Sekarang ni iskandar dah 6 tahun. Dia memang pandai kat sekolah. dia dah pandai baca buku c
erita bahasa melayu dan dah pandai baca buku english. dia suka buat matematik dan sains. baru-baru ni iskandar kena buat operation mata sebab ada biji kat kelopak mata dia. alhamdulillah sekarang ni dah ok. sekarang ni iskandar banyak pakai baju-baju iman. Dia sangat mengagumi iman dan selalu bercerita pasal iman.

aina pulak seorang yang periang. sekarang ni aida
dah darjah 2. dia selalu bercerita pasal iman kat sekolah, dan dia selalu harap iman sekolah sama-sama dengan dia. kata aina kalau iman ada kat sekolahyang sama mesti tak ada sapa-
sapa berani buli dia.periksa baru-baru ni aina dapat no. 2 . aina sekarang ni kuat makan. semua makanan dia suka.

sekarang ni dia dah boleh naik
basikal iman yang besar tu. bila dia naik basikal tu, mama selalu terbayangkan iman. iman selalu naik basikal petang-petang lepas tu, balik mandi dan pergi semayang maghrib kat surau. mama harap iman masih lagi ke surau dan selalu jaga solat. kalau iman nak tau, aina dan iskandar sekarang ni solat tiap-tiap waktu. mama harap iman pun sama, sentiasa jaga solat.

Iman masih ingat dengan baby mohammad? sekarang ni dia dah 9 bulan, dan dah makin nakal. muka dia ada iras-iras iman masa iman baby. walaupun ramai kawan-kawan mama kata sekarang mama dah ada pengganti iman, bagi mama iman tetap special dan tak mungkin ada sapa-sapa mampu ganti tempat iman di hati mama. mama sentiasa rindukan iman dan sentiasa doakan perlindungan allah terhadap iman. mama harap satu hari nanti kita akan berjumpa juga.




salam sayang dari mama dan baba,

Wednesday, December 15, 2010

Mohammad... adik baru iman


Wah... tak sangka masa cepat betul berlalu. Tetiba ja dah nak masuk tahun 2011. Iman pun akan naik darjah 4 tahun depan. Macamana agaknya iman sekarang? Mesti dah lebih tinggi... masa iman dipisahkan dengan mama, iman baru darjah 1. Tentu dah lain sangat rupa iman sekarang ni... lebih handsome dan lebih bergaya :)

Oh ya.... mama dah selama lahirkan adik yang comel untuk Iman. Mohammad... itu lah namanya.

Ini gambar mohammad masa baru 7 hari... kami semua panggil dia hammoudeh. Kata walid, hammoudeh tu maksudnya adik mohammad. comel tak nama tu? heheheh

Kami semua harap iman dapat sama-sama dengan kami. Insyaallah satu hari nanti, iman akan tinggal dengan kami dan dapat main-main dengan hammoudeh, aina dan iskandar. Itu doa mama. Aina dan iskandar selalu teringatkan iman. Bagi diorang, Iman adalah hero. Abang yang kuat dan pandai dan abang yang paling hebat dalam dunia ni....

Sampai sini dulu titipan mama untuk hari ini.... kita jumpa lagi nanti

Saturday, June 12, 2010

Aktiviti hari minggu...

Hari ni hari ahad, macam biasa la mama kena ke ofis. hari ni bosan skit kat pejabat sebab ramai yang bercuti. kalau ikutkan hati, mama pun nak sambung cuti jugak. Tak puas rasanya cuti 2 hari bersama aina dan iskandar.

Hari jumaat, hari untuk mengemas rumah. Banyak betul baju yang nak dibasuh. Masa ni la mesin basuh tu buat hal, terpaksa la mama basuh guna tangan je. Aina dan adik isk awal-awal lagi dah terpacak depan tv tengok kartun. Menu hari jumaat, nasi ayam kegemaran aina dan adik isk. Mama tau, iman pun suka gak makan nasi ayam mama. Mama suapkan adik isk dan aina makan sampai tambah 3 pinggan. Suka betul diorang makan nasi ayam. Lepas tu.. mula lah operasi menyusun perabot2 kat rumah tu. Sebenarnya dah lama mama geram tgk bilik belakang yang bersepah. Mama cadang nak jadikan bilik tu bilik study untuk aina dan iskandar. Jadi sepetang mama mengemas bilik tu. Aina dan iskandar pun semangat tolong mama. Lepas siap mengemas, kami ubah meja study aina dari bilik no-2 ke bilik belakang. Tengah sibuk2 mengemas, tetiba walid balik. Mama minta tolong walid ubah satu meja office yang ada kat depan rumah ke bilik belakang untuk jadikan meja study iskandar. Suka betul adik isk bila dapat meja study sendiri :)

Lepas penat ubah perabot... kami rehat sat. Aina dan adik isk main kejar-kejar ngan walid. Walid ni kadang-kadang lebih dari budak-budak. Puas pusing keliling rumah. Diorang main tembak2 air pulak. riuh satu rumah. Sampai mama pun lencun kena tembak ngan pistol air. :D Sambil2 diorang main tu mama wat la cucur udang.. habuan makan petang. Hidang ja atas meja, terus aina dan adik isk sambar sampai licin. Seronok betul mama tengok anak-anak mama gelak ketawa macam tu. Kalau ada iman, mestilah lengkap keluarga bahagia mama.

Petang tu mama sambung kemas bilik tidur aina dan adik isk pulak. mama ubah perabot bagi nampak luas sikit. Walid belikan aina dan adik isk lampu tidur baru... baru la nampa berseri-seri bilik tu. Mama aturkan barang mainan kat satu sudut dan hampar karpet. Senang hati mama bila tengok susunatur yang baru ni. Aina dan adik isk pun seronok bila bilik tidur dihias cantik-cantik. Walaupun penat mengemas sampai ke malam tapi puas hati bila tengok hasilnya.

Hari sabtu, mama plan nak bawak aina dan adik isk keluar beli barang. Pagi tu adik isk bangun dengan mata bengkak. Entah kena apa la pulak mata dia. Tengahari... kami lunch kat marrybrown. Punya la ramai orang. dah la perut tengah lapar, kena pulak beratur panjang. Jam 1.30 tghr baru la selesai agenda mengisi perut. Mama pi klinik untuk ambil ubat mata adik isk. Tapi klinik tutup rehat pulak sampai pukul 3. Hmmm.. jadi kami ubah destinasi..... pi kedai gunting rambut. lawak betul tgk adik isk potong rambut. Sambil potong rambut sambil tahan geli sebab kena potong dgn mesin tu....

Lepas tu kami balik rumah. Mama mandikan aina dan adik isk, kami bersiap untuk pi kenduri rumah kawan mama. Walid minta mama pakai jubah arab yang mak dia kirimkan dari jordan... hehehe... terus nampak cam orang arab mama hari tu.. hahaahhaah...

balik dari kenduri rasa penat la pulak. Maklumlah dah la mama sekarang ni tengah bawak perut. Mama terlena sampai dekat maghrib. Lepas solat maghrib, mama bawak aina dan adik isk keluar lagi sekali. Ya la... banyak lagi benda lain yang kami x sempat buat hari ni. Mula-mula mama bawak adik isk ke klinik. Kesian tgk mata dia yg sepet sebelah. Doktor kata bukannya sakit mata, tapi lebam bahagian luar.Mungkin dia terhantuk pada benda keras. Masa tu bari la adik isk cerita yang masa dia main-main kat luar, ada orang sepak bola pastu terkena muka dia. Hmm.. sampai bengkak mata adik isk. Lepas ambil ubat, mama bawa adik isk dan aina pi c-mart. Lepas ambil ubat, kami pi makan char koey teow at sebelah restoran ahmediah. Kat area changlun ni, kira char koey teow situ antara yang sedap la... habis licin depa makan. sampai char koey teow mama pun depa sebat sama.

Lepas makan, kami pi shopping at cmart. mama belikan baji dan seluar untuk aina. Sekarang ni banyak yang dah sendat. Badan aina berisi sungguh sampai seluar pun semua ketat2. Mama beli jugak stationaries utk aina dan adik isk bukak sekolah nanti. Maklum la... cuti sekolah semua hilang entah ke mana. Sampai rumah dekal pukul 10 malam. Adik isk dan aina asyik sebut2 nama iman. terutamanya adik isk... dia kata dia rindu sangat kat iman. mama cuma harap satu hari nanti iman dapat bersama-sama dengan kami. Sambil baring kat pangkuan mama dan mengomel pasal iman, terus dia terlena. Aina pulak tunggu walid sampai pukul 11.30. Tak sabar2 dia ank tunjuk baju baru dia. Tapi masa walid sampai, aina dah terlena pun. Hmmm.. kesian kat aina. Tak apa la... petang ni balik sekolah aina leh tunjuk kat walid.

OK lah iman, mama beransur dulu. Dah panjang berjela post mama kali ni. Mama nak iman tahu yang kami selalu rindukan iman. Adik-adik yang masih kecil selalu sebut-sebutkan nama iman. Mama harap, bila satu hari nanti iman akan faham dan kembali ke pangkuan kami.

Tuesday, June 8, 2010

Cuti sekolah adik isk dan aina...


Salam sayang untuk iman,

Apa agaknya aktiviti iman cuti sekolah ni? Mama, adik isk dan aina harap sangat iman boleh 'spend time' dengan kami masa cuti-cuti macam ni. Baru-baru ni walid bawa mama, aina dan adik isk ke batu feringghi. Sebenarnya tak plan pun nak pi situ... kami balik penang sebab hantar tok balik umah. Kemudian pi gurney drive sebab walid ada hal kat situ... masa tu walid tanya nak pi mandi laut x? Aina dengan adik isk apa lagi...... menjerit2 nak pi. Terus walid drive ke batu feringghi, kami berhenti kat satu kedai beli pelampung untuk aina dan adik isk sorang satu, pastu terpaksa la walid beli tuala dan baju mandi sebab kami x bawa apa-apa pun masa tu.

Sampai ja kat tepi pantai, aina dan walid terus masuk dalam air. Mama dok kat tepi ja.. adik isk pulak takut nak pi dalam laut. Masa tu ombak besar jugak. Adik isk mandi sikit2 ja kat tepi pantai... aina pulak punya la seronok. Walid ajar dia berenang. Aina nampak cool ja belajar berenang. mama rasa tak lama lagi mesti dia akan pandai berenang.

Puas walid ajak adik isk masuk dalam laut tapi dia xnak. Last sekali walid dokong dia masuk dlm laut. Sebab takut, dia peluk walid x lepas-lepas. Lawak betul mama tengok adik isk masa tu. Baru dok dalam air sat saja dia dah gaduh nak pi kat mama.. hmmm apa nak jadi la dgn hero mama yang sorang ni. Berlain sungguh dengan aina, dia sampai takmau balik. Seronok betul dia main air laut. Walid pulak pandai layan dia... Adik isk dengan mama main pasir. Mama sengaja tanam kaki adik isk pastu buat bentuk ekor ikan.... mengekek-ngekek adik isk gelak bila dia tgk separuh badan dia dah jadi ikan.

Petang tu jugak kami balik ke rumah.. adik isk dengan aina dua-dua tertidor dalam kereta. Penat sangat la tu agaknya... Esoknya, dua-dua asyik sibuk bercerita pasal seronok mandi air laut. Depa kata kalau ada iman mesti lagi best. Aina pesan, lain kali kalau nak pi mandi air laut lagi, dia nak bawa iman sama. Ingatan depa pada iman memang kuat. Walau kemana dan apa pun yang depa buat, depa mesti sebut pasal iman.

Sekarang ni, masih cuti sekolah lagi. Mama hantar aina dan adik isk ke tadika. Aina belajar kafa, mengaji quran dan sembahyang. mama tengok adik isk sekarang ni ikut perangai iman. Pandai sembahyang dan suka pi surau. Dulu masa iman masih dok ngan mama, iman selalu pi sembahyang masjid kat surau dengan kawan-kawan iman. Sekarang ni, perangai adik isk mmg sama macam iman. Cuma mama x bagi dia pi surau lagi sebab dia baru 5 tahun. Mama harap iman masih macam dulu, tak tinggal solat dan selalu sembahyang jemaah di surau. Mama selalu doakan kebahagiaan iman dunia dan akhirat.

Adik isk sekarang ni macam bayang-bayang iman di mata mama. Cara dia bercakap, cara makan, manja dia.... sama macam iman. Walaupun rupa dia x sama macam iman, tapi mama selalu teringatkan iman bila tengok adik isk. Kadang-kadang mama peluk adik isk kuat-kuat untuk lepaskan rindu mama pada iman. Insyaallah, satu hari nanti iman akan faham betapa sayang dan rindunya mama pada iman. Mama tak tahu cerita apa yang abah dan tokwan sajikan untuk iman tentang mama..... tapi mama yakin, bila iman jumpa mama nanti, dengan sendirinya iman akan kenal siapa mama.

Semalam, lepas makan malam, tiba-tiba ja aina kata kat mama "Mama, mama ni baik sangat." Heran gak mama apasal tiba-tiba ja aina kata camtu. mama tanya dia sebab apa dia kata macam tu. Aina kata, abah kata mama orang jahat. Tapi mama tak jahat pun. Adik isk pun menyampuk. "Abah selalu kata mama jahat, mama jahat. Tapi abah tipu. Mama tak jahat pun." Terdiam mama bila adik isk dan aina cakap macam tu. Mama peluk aina dan adik isk, mama tanya betulka mama ni jahat? "Takkkkkkkkk!!!" dua-dua jerit serentak. "Tak baik kata kat orang jahat, apatah lagi kalau menipu. Aina dengan adik isk jangan tipu orang tau... tak baik, berdosa."
Mama tak taulah apa pulak yang abah beritahu pada iman tentang mama. Tapi mama yakin, satu hari nanti iman akan tahu jugak kebenarannya.....




Tuesday, June 1, 2010

Inilah kisah mama, aina dan adik isk

Yes... akhirnya selesai juga perjuangan mama dalam menghabiskan master. :D seronok tak terkata. Baru lah boleh bernafas dan luangkan lebih masa dengan aina dan iskandar. Dah lama betul mama tak update blog kan.... ada la dalam 2 bulan lebih...

Sebenarnya banyak yang mama nak ceritakan pada Iman. Tapi tak berpeluang nak coretkan dalam blog ni... walau macamanapun mama akan cuba ceritakan sebanyak yang mama ingat. Untuk pengetahuan iman, mama sekarang ni sedang bawa baby dalam perut. Baru 4 bulan.. insyaallah bulan november ni iman akan dapat adik baru yang comel... macam iman masa kecil2 dulu :) Mama baru ja pergi scan hari isnin yang lepas, kata doktor insyaallah dapat baby boy. Kami semua happy sangat tunggu baby baru ni... especially aina. Tiap-tiap masa dok tengok gambar baby yang mama scan. Insyaallah malam ni mama akan scan masuk pc dan postkan dalam blog untuk tatapan iman. Mama harap sangat masa kami sambut baby tu nanti iman ada dengan kami semua. Walaupun mama tahu harapan untuk iman bersama-sama dengan kami sangat tipis, tapi mama selalu doa semoga satu hari nanti iman akan kembali kepangkuan kami semua yang selalu rindukan iman.

Mama juga berharap, iman pun terima segala ketentuan Allah ni. Ini dugaan untuk kita... insyaallah, berkat kesabaran kita semua, satu hari nanti Allah akan gantikan dugaan ni dengan hadiah yang sangat manis.

Hari ibu baru-baru ni.... aina dah adik isk hadiahkan mama bunga ros. Macam yang iman hadiahkan tahun lepas. menitik airmata mama bila dapat bunga-bunga tu. Rasa macam baru semalam iman yang hadiahkan bunga untuk mama...... semuanya berlaku begitu pantas. Mungkin tahun ni iman hadiahkan bunga pada ibu baru iman.... mama harap sangat dia jaga iman dengan baik dan tak bezakan iman dengan anaknya sendiri. Aina dan iskandar pun masih ingat yang iman pernah hadiahkan bunga ros untuk mama sempena hari ibu, depa kata, depa hadiahkan kat mama macam abang iman hadiahkan dulu.

Walaupun dah hampir 2 tahun kita tak bersama, ingatan kami pada iman masih kuat dan takkan pudar. Mama tahu masa untuk kita berjumpa akan tiba tak lama lagi... Kami semua akan terus bersabar menanti kepulangan iman.......

Salam sayang dari mama, walid, aina dan iskandar..



 
Dear Diary Blogger Template