Sunday, March 29, 2009

Sehari di hospital...

Salam iman,

apa khabar agaknya iman hari ni? Sihat kah iman? Dah makan ke belum? Mama dan adik-adik dah makan sama-sama tadi. Sebenarnya pagi ni mama bawak aina dan iskandar ke hospital. Semalam, sejak pagi mama rasa pening-pening. Tapi mama rasa mungkin pening biasa jadi mama cuma telan panadol 2 biji. Tapi pening tak surut-surut. Dalam pukul 4 petang pening mama makin menjadi-jadi. Masa tu mama dalam kelas data mining. Oleh sebab dah tak tahan, mama keluar dari kelas.... kawan mama tak sedap hati jadi dia bawak mama pergi klinik. terkejut mama bila dr bagitau yang tekanan darah mama tinggi. 134/97..... hmmm kata dr mayb mama tertekan dengan kerja yang banyak dan juga study.. Hmmmm... mungkin juga. Jadi dia bagi mama ubat dan minta mama banyak berehat.

Balik ke rumah mama terus makan ubat dan tidor......

Pagi ni mama bangun dekat pukul 9 pagi.. pening-pening terasa lagi. Sepatutnya mama ke KL hari ni sebab esok pagi mama kena present sistem baru pada customer.. Hmm.. nak pegi ke tak nak.. nak pegi ke tak nak.... betul-betul rasa berbelah bagi. Tok minta mama pegi jumpa dr lagi sekali.. make sure yang mama betul-betul dah ok. Hmmm.. ok lah.. jadi mama bawak aina dan adik isk sekali. Aina demam semalam, sebab kena bengkak cantik. Boleh la mama check dia sekali.

Mama ke hospital pakar kat Alor Setar. Ramai betul orang. Lama jugak mama tunggu kat situ... So.. mula-mula jumpa dr pakar kanak-kanak. Dia sahkan yang aina memang kena bengkak cantik. Yang hairannya aina baru ja kena sakit tu 3 minggu lepas.. camana leh kena lagi. Dr kata dia mungkin kena x-ray aina nak tengok samada dia ada ketulan bahaya dekat area tu atau tak. Minggu depan mama akan bawak dia pergi x-ray. Harap-harap aina tak ada apa-apa. Lepas tu mama tanya kat dr pasal Adik Is. Dia ada satu ketulan kat atas halkum. Mama tanya dr tu benda apa. Dr kata Adik Is kena operate utk buang ketulan tu. bahaya kalau biar nanti akan jadi ketumbuhan... Hmm.. ya allah. Minta dijauhkan la segala yang tak baik. Dia minta mama refer pada pakar bedah.

Kemudian baru mama pergi jumpa dr untuk check pasal mama pulak. Mama bagitau dia mama semalam Blood Pressure(BP) mama naik. So dia pun check la... 1st time check 146/100. So dia check lagi sekali... 150/100 hmm.. terus dr kata dia minta mama rehat banyak-banyak dan "u are not advisable to go outstation. Its not good for you and might be dangerous as well" Hmm.. ntah la, mama pun tak tau apa yg mama patut buat. Kerja banyak.. assignment pun banyak.

Lepas jumpa tu mama pergi jumpa pakar bedah untuk Adik isk pulak.. lepas dia cek adik Isk dia kata adik ni kena sejenis penyakit berkaitan dengan tyroid. Memang lebih baik operate untuk buang sebelum jadi lebih kritikal. Hmm.... dilema mama dibuatnya. Adik Is sakit, aina sakit, mama pun sakit.... Iman.. doakan kekuatan untuk mama hadapi semua ni ya..

5 comments:

  1. jaga kesihatan yer.anak2 memerlukan awak

    ReplyDelete
  2. hani..dlm cuaca panas & tetiba hujan skrg ni cubalah buat jus timun @ mkn timun buat ulam. Insyaallah bp tak naik mencanak sgt..jg kesihatan. dinie sokong hani dr jauh

    ReplyDelete
  3. thanx q all.. banyak hani terima petua dari kawan2 melalui blog dan email. Ada juga hani dapat doa-doa untuk ketenangan jiwa. Terima kasih banyak. Insyaallah hani akan amalkan.

    ReplyDelete
  4. Salam kak hani,
    saya sekadar kumbang yang datang menjengok blog kak hani nie. Setelah membaca coretan kak hani terselit perasaan yang begitu sayu sekali, apatah lagi saya juga seorang ibu. Masakan ibu itu dapat dipisahkan dari anak yang dikandung 9 bulan lamanya.

    Sabarlah kak hani, semoga keadilan memihak pada yang benar2 berhak. Ingat jangat sekali-kali berputus asa pada dunia. Jadi lah perjuang dan seorang perjuang itu tidak kenal erti berputus asa. Teruskanlah usaha kak hani, demi masa depan iman yang lebih sempurna bersama ibunya...

    ReplyDelete
  5. salam suri.. lega rasanya bila ada insan yang sudi memahami penderitaan yang terbenam di dalam jiwa, dilitupi dengan senyuman dan tawa. Pada pendapat kak hani, sesiapapun akan setuju bahawa ibu yang mengandungkan anak selama 9 bulan tak mungkin dapat dipisahkan dari anaknya. Cuma insan yang kering hati sanggup menggunakan kelemahan ini untuk menyiksa jiwa orang lain. Insyaallah.. perjuangan ini akan diteruskan. Kak hani memang yakin iman akan kembali ke pangkuan kami sekeluarga cuma kak hani tak tahu bila ia akan berlaku...

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template