Tuesday, February 24, 2009

Hari-hari yang berlalu....

Hari ni mama ke ofis dalam keadaan tegang. Bermacam-macam perkara yang berselirat dalam kepala mama. Deadline tugas, deadline assignment dan keselamatan mama, tok dan adik-adik. Semalam mama tidur lewat sebab nak siapkan assignment.

Sampai ja kat ofis, mama semak tugas yang perlu dibuat. Macam-macam perkara yang berderet untuk mama selesaikan. Sistem smartcard, modul temuduga, bengkel akademik, server mohon cuti... aduh... banyaknya yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Kawan seofis mama I dan Y faham keadaan mama. Sebab diorang la mama masih bertahan kat ofis. Sedia untuk berkongsi masalah dan kadang-kadang buat lawak free yang berjaya mencetus gelak tawa mama walau setegang mana pun masalah yang mama hadapi. Alhamdulillah... mama rasa ini salah satu nikmat yang Allah beri pada mama.

2.30 petang patutnya ada demo sistem oleh staf mama. Tapi entahlah sebab apa dia tak muncul2. Jam 3 petang mama ada discussion dengan groupmate kat library. Masa tu jugak la mama dapat tahu server sistem kat KL down. Rasa serba salah nak pergi discussion ka nak settle kan problem. Lepas bincang dengan Y, akhirnya ada solution untuk masalah tu. Terus mama gerak ke library. Fuhhh.... pantas betul masa berlalu. Dah dekat jam 4 petang.
Perbincangan hari ni lancar.... harap2 siap la assignment mama kali ni.
Mama teringat pada iman, adik Is dan aina..Harap-harap cepat lah cuti semester. Mama nak sangat bawak anak-anak mama jalan-jalan. Mama plan nak bawak pergi zoo taiping. mayb kita boleh overnight kat bukit merah dan mandi-manda kat sana. Mesti bestkan..... mama doakan kita semua dapat pergi sama-sama. Ketiga-tiga anak mama adalah pelengkap hidup mama.
Iman... dah lebih 4 bulan kita tak jumpa. Sentiasalah doakan agar Allah ketemukan kita. Amin....

Monday, February 23, 2009

Ikhlaskah nak bagi jumpa?

Mama baru lepas call pejabat lawyer tadi. Tapi lawyer mama tak ada kes sekarang ni. jadi mama cuma sempat cakap dengan kerani dia ja. Mama minta dia bacakan surat dari lawyer abah yang kata mama boleh jumpa iman. Antara isi surat :
1. Mama boleh jumpa dengan syarat mesti call dulu untuk setkan masa nak pergi tengok
2. Mama boleh jumpa dengan syarat mesti jumpa kat rumah tok wan kat kulim.
3. Perkara ini bukan satu perjanjian tapi hanyalah berdasarkan percakapan melalui telefon,

Jadi... ikhlas kah abah nak bagi mama jumpa dengan iman???? Sedangkan mama call abah tak pernah angkat. Malah hantar sms amaran supaya jangan ganggu kebahagiaan dia dengan iman dan isteri barunya. Mama dah ke rumah tokwan berkali-kali untuk jumpa iman tapi dihalau dengan kayu dan maki hamun. Jadi.. kenapa sekarang ni dia suruh ke rumah, perkara yang mama dah buat berkali-kali dan setakat ni tak pernah berjaya untuk jumpa iman. Walau mama minta dengan tangisan air mata ... Tokwan kata iman tak ada.
Dan yang paling ketara.. dia tak janji pun nak bagi jumpa sebab dengan jelas abah dah mention yang ini bukan satu perjanjian..

Ikhlaskah abah nak bagi mama jumpa iman????

Harapan mama berbunga kembali..

Pagi tadi mama call lawyer. Just nak tanya updates untuk kes iman. Dia maklumkan yang lawyer abah dah reply surat yang lawyer mama hantar. Surat tu maklumkan yang abah beri kebenaran untuk mama jumpa dengan iman.

Alhamdulillah... mama harap kali ni mama dapat jumpa dengan iman. Bila dan dimana, mama akan bincang dengan lawyer mama secepat mungkin dan kali ni kami akan plan betul-betul supaya abah tak ada alasan untuk halang iman dari jumpa dengan mama.

25hb Feb ni, mama akan ke mahkamah rendah syariah. Untuk tuntutan nafkah edah. Doakan mama ye...

Masih tak puas hati lagi ka???

Semalam, mama ada kelas dari jam 12 tengahari sampai jam 6 petang. Malam sambung pula untuk discussion tentang assignment dari jam 8 sampai 10.30 malam. Terdetik dalam hati mama, berbaloikan pengorbanan mama ni? Nak teruskan 'master' ni memang mencabar. Kalau hati tak cukup kuat, memang dah lama mama give-up.

Subjek yang mama ambil sem ni :
1. Data Mining - 7 assignment
2. Research Method - 6 assignment
3. Advance Programmong - 4 assignment, 5 kuiz, 1 projek bangunkan sistem guna programming java
4. Decision Support System - 4 assignment, 1 projek business intelligent system

Jumlah assignment - 21 assignment
Jumlah Kuiz - 5 kuiz
Jumlah Projek - 2 projek

Mampukah mama harungi semua ni? Tak ada masa untuk rehat. Tapi bila mama sampai kat rumah.... mama tenung muka adik Is dan Aina. Sapa lagi yang mampu berikan anak-anak mama kehidupan yang lebih baik kalau mama sendiri yang kena berusaha? Satu hari nanti mungkin iman, aina dan adik is nak masuk universiti, sapa yang mama ada nak minta tolong? Bila mama fikirkan balik semua ni... mama kena kuatkan hati dan teruskan perjuangan mama. Insyaallah semuanya akan selesai.

Sebelum masuk tidur sempat mama sembang dengan tok. Tok dapat berita dari jiran lama kita yang abah ada cari mama kat rumah lama. Bila dia tengok orang lain yang dok kat sana, dia pun tanya dengan orang gaji indonesia yang kerja kat rumah Arif. Bila dia dapat tau yang mama dah pindah, dia pun mula cerita yang bukan-bukan pasal mama kat orang indonesia tu.

Pedih hati mama bila dengar dia kata mama perempuan curang, jalang. Pompuan tak tau malu dan macam-macam lagi. Kalau betul la mama ni pompuan curang, sebab apa lepas sebulan bercerai dengan mama dia boleh tunjuk gambar dia berpeluk dengan perempuan lain? Sebab apa dia boleh bertunang masa mama masih lagi dalam edah. Dan macamana dia boleh bernikah dengan pompuan lain sedangkan mama siang malam bergelut kerja dan belajar untuk masa depan anak-anak mama?

Apa lagi yang abah masih tak puas hati dengan mama?
Selepas bercerai dia tak pernah bagi nafkah untuk anak-anak....mama tak pernah mintak.
Dia tak bayar duit motor besar yang dia guna tiap-tiap hari walaupun loan motor tu dok potong gaji mama setiap bulan.....pun mama tak pernah mintak.
Dia sebarkan fitnah pasal mama kat ofis tempat mama kerja, mama diamkan saja. bagi mama, selagi dia tak kacau mama dan anak-anak mama, dia buat la apa-apa pun mama tak kisah.
Tapi dia tak puas hati lagi, dia ambil iman daripada mama, larang mama jumpa iman, sekat mama untuk bercakap dengan iman, sumpah seranah mama bila mama minta nak tengok iman..... tak cukup lagi kah apa yang dia buat pada mama? Sekarang ni dia cari mama kat rumah lama untuk apa? Sampai dengan perempuan indonesia yang dia sendiri tak pernah kenal pun dia sanggup fitnahkan mama, untuk apa? Dah lupakah dia pada segala pengorbanan yang pernah mama buat untuk dia?

Astaghfirullahalazim... mama minta tuhan tabahkan hati mama. Kuatkan mama untuk menghadapi semua ni. Berikan mama kesabaran supaya mama sentiasa tenang dan waras semasa buat sebarang keputusan. Mama mohon pada Allah, lembutkanlah hati abah dan tokwan. Tak ada apa yang mama mintak dari abah... janganlah ganggu hidup mama lagi. Pulangkan iman ke pangkuan mama dan adik-adik. Harap Allah berikan dia kebahagiaan dengan isteri barunya. Berikan dia keinsafan dan ketenangan.

Mama tau, tok pun susah hati pasal semua ni. Susah mama nak tidur bila fikirkan hal ni. Namun mama tetap yakin satu hari nanti iman pasti akan balik ke pangkuan mama dan adik-adik. Insyaallah...

Friday, February 20, 2009

coretan isi hati mama

Lama betul rasanya mama tak coretkan apa-apa dalam blog ni. Sejak 2 minggu lepas, tak sempat mama nak masuk blog. Sekarang mama tengah study Master. Jadi sekarang ni memang musim buat assignment. Tu belum kira dengan kerja mama kat ofis lagi.

Semester ni, semester ke-2. Mama ambil 4 subjek. Walaupun banyak, (selalunya part time student ambil 2 subjek ja satu semester) mama kuatkan semangat sebab nak cepat-cepat habiskan Master. Mama tau dengan gaji mama sekarang ni mana cukup untuk sara iman dan adik-adik. Sekarang ni nasib baik la mama boleh pergi outstation, sekurang-kurangnya boleh la jugak tampung perbelanjaan kat rumah tu, bawak adik-adik berjalan-jalan, beli baju baru untuk iman dan adik-adik. Kalau nak ikutkan gaji mama ja, mungkin tak cukup dan terpaksa la berjimat cermat. Sebab tu la walaupun penat, mama pergi jugak outstation.

Jadi harapan mama, kalau mama dapat cepat-cepat habiskan Master ni, dapat la mama minta kerja yang lagi baik. Gaji yang lebih banyak untuk kesenangan anak-anak mama. Mama taknak anak-anak mama hidup susah. Insyaallah, semester depan semester yang akhir dan mama harap kehidupan kita anak-beranak lebih baik lepas tu. Semoga Allah kuatkan hati mama untuk terus tabah menyiapkan assignment yang menimbun-nimbun sekarang ni.

Mama harap iman pun kuatkan semangat. Jangan putus asa dalam hidup. Walau apa yang terjadi, Iman tetap dihati mama dan kasih sayang mama pada Iman takkan kurang. Walaupun abah kata yang Iman sekarang benci pada mama, mama takkan percaya semua tu. Mama yakin itu semua cerita bohong saja dari abah supaya mama lupakan Iman.

Semalam masa mama balik dari outstation mama belikan satu pek beasr apollo layer cake. Memang favorite iman, aina dan adik Is. Sampai ja kat umah, terus kena terkam dengan adik Is dan aina. Beria-ia adik Is minta mama buka apollo tu. mama beri satu pada adik Is, dan satu lagi mama suruh dia beri pada aina. Tiba-tiba dia tanya... untuk abang iman? Hmmm.. mama kata pada adik Is, mama simpan satu untuk abang Iman. Baru dia senyum dan berlari-lari nak bagi apollo tu pada aina. Kuat sungguh ingatan adik Is pada Iman. Walaupun dah lebih dari 4 bulan kami tak boleh berjumpa dengan Iman, dia masih ingatkan iman, masih rindukan iman.

Mama harap kita boleh jumpa tak lama lagi... Insyaallah...

Monday, February 2, 2009

Jalan-jalan hujung minggu

Hari jumaat lepas mama bawa tok, aina dan adik Is ke Sungai Petani. Lama tak jalan-jalan, mama bawak pi rumah tokcik kat sana. Aina dan Adik Is happy betul kat sana. Rumah tok cik kan depan padang mainan. Apa lagi bergumbira sakan la depa lari keliling padang. Adik Is asyik ikut Syahir, anak tok cik yang bongsu. Masa tengok diorang main berdua, teringat mama kat Iman. Selalunya Iman main dengan Adik Is macam tu kat rumah kita. Adik Is pun sunyi bila Iman tak ada. ya la... sapa nak main lawan-lawan ngan adik Is? Aina??? kena tumbuk sikit dah nangis. Jadi bila jumpa dengan syahir yang sebaya dengan Iman, bolehla adik Is lepaskan rindu dia pada abang dia.

Masa kat rumah tokcik, sempat lagi tok selongkar dapur tokcik pastu goreng bihun. bihun tok memang sedap. Sekejap ja dah licin kena sapu dengan kami semua. Lepas maghrib mama bawak tok, aina dengan adik Is ke Radix Fried Chicken.

Masuk ja pintu kedai... terkejut mama tengok orang kat dalam tu. Penuh dengan orang. Macam dok tunggu buka puasa pulak. Satu line ada la dekat 20 orang. Sejam mama tunggu baru la dapat merasa Radix Fried Chicken yang famous orang dok kata tu... Sedap.. rasa macam ayam KFC. Kalau Iman ada sekali mesti lagi seronok. Iman memang suka makan ayam KFC dengan whipped potato. Sekali makan sampai 2 ketul, kadang-kadang 3 ketul.

Kali ni adik Is makan sikit je. Mama pun tak tau pasepa. Mama rasa dia dah kurang makan sebab rindukan Iman. Selalu sangat adik Is sebut pasal Iman. Masa tengok Ultraman, ben10, naruto.. mesti dia kata.. "mama ni kartun abang iman kann..." Mama anggukkan saja apa yang dia kata. Kalau mama belikan coklat pun, dia akan simpan satu untuk Iman.

Ni la rupa diorang masa main kat RFC. Kalau boleh taknak balik... nak main ja

Ni la rupa adik Is sekarang ni.Makin kurus kan.....

Aina buat posing... bukan leh tengok mama pegang kamera, ada ja posing dia...
Adik is ni pulak, bila mama suh turun dia tunggu ja kat situ. Hmmm.. takut la kononnya. Masa dia main sorang-sorang tak takut pulak. Nak bermanja la kononnya tu... hehehhe











Sunday, February 1, 2009

Aina ke tadika...

Aina mula ke tadika baru semalam. Banyak jugak la alasan dia tak mau pi tadika. Sakit perut la.. demam la... Lepas mama pujuk dia nak bawak dia g sekolah naik basikal, baru dia ada semangat nak bersiap-siap. 7.45 pagi mama bawak aina naik basikal ke sekolah. Menyengih ja dia sepanjang jalan.

Balik dari sekolah, Aina tanya kat mama, "Abang mana mama? Mama kata abang pergi sekolah, aina tak nampak abang pun." Mama bagitau aina, abang pergi sekolah jauh. Mama tau aina rindukan iman.. sebab tu dia selalu tanya pasal iman.
 
Dear Diary Blogger Template