Monday, April 6, 2009

8 April 2009 - perbicaraan kes iman

Semalam mama dapat call dari lawyer, minta mama dapat ke mahkamah tinggi syariah 8 April 2009. Hmmm.. esok mama akan call lawyer untuk bincang pasal perbicaraan kali ni. Dah dapat ka pembelaan dari pihak abah ataupun diorang masih dok berlengah-lengah. Ada kawan mama nasihatkan supaya mama pindahkan kes ke penang... katanya mahkamah syariah kedah ni memang lambat dan keputusannya selalu tak berpihak pada kaum hawa... entah la. Yang mama risaukan yuran guaman. Nak buka semula fail mesti kena bayar lagi.. yang sekarang ni pun beribu nak kena selesaikan. Anyway... mama belum ada idea nak buat macamana. Mama selesa dengan lawyer yang ada sekarang. She is very understanding dan selalu beri semangat pada mama.

Ada juga yang cadang agar mama lawan through civil court. Buka semula kes abah pukul mama dulu. Sebab dengan sikap panas baran macam tu, mama takut something bad happen to Iman bila dia naik angin. Iman sendiri pernah nampak macamana abah pukul mama dulu. Malah iman juga yang datang peluk mama lepas mama kena pukul. Mama tahu, iman nak tolong mama masa tu tapi apa daya Iman. Cuma mama doakan Allah sentiasa lindungi Iman. Sekarang ni, mama tak rasa takut sangat sebab iman tinggal dengan tok pah. Mama kenal sangat dengan tok pah, memang dia sayangkan iman dan tak mungkin dia akan biar abah buat apa-apa dekat iman. Walau apapun yang tokpah kata tentang mama, mama tahu hati dia bersih. Mungkin dia termakan dengan hasutan orang sampai buat dia benci pada mama. Tapi mama tak pernah salahkan dia... dan mama masih hargai segala kebaikan yang dia pernah buat pada mama. Cuma, tok pah tak kuat macam dulu. Macam-macam penyakit dia ada sekarang ni dan sampai bila dia boleh jaga iman.... Perjalanan hidup iman masih panjang dan sekiranya satu hari nanti iman terbaca coretan mama, walau berapa lama pun masa dah berlalu, dan walau berapa jauhpun mama dari iman, pelukan mama akan sentiasa terbuka untuk iman.

Iman.. sekarang ni, adik Is semakin rindukan Iman. Tiap-tiap hari dia akan menangis dan minta mama bawa balik iman. Sayu betul mama dengar tangisan dia.... kalau lah mama boleh rakamkan keadaan tu dan tunjuk pada abah betapa dia dah menyiksa perasaan anaknya sendiri... Akan lembutkah hati dia? Atau dia akan ketawakan mama sebab akhirnya dia berjaya buat hidup mama menderita setiap hari melihat penderitaan anak sendiri... Dah berbakul-bakul janji mama pada adik Is. Mama janji mama akan ambil abang Iman... tapi bila??? mama pun tak tahu...

3 comments:

  1. Salam kak hani,
    Diharap kak hani berada di dalam rahmat dan diberi kekuatan untuk mengharungi segala-galanya.

    Saya sekadar dapat memberi alasan yand pasto sudah ribuan kali kak hani dengar iaitu bersabarlah. Walaumacamana pun kak hani, kekalkan semangat positif kak hani untuk berjuang. Yakinkan bahawa iman sudah pun berada di dalam pelukkan kak hani. Terimalah keadaan sekililing yang akan membenarkan iman kembali pada ibunya yang berhak.

    Yakin lah seyakin-yakinnya bahawa yang hak itu pasti terbela.

    Cuma saya kurang pasti kak hani, bukankah anak yang dibawah umur lebih cenderung diberi hak penjagaan di bawah ibunya. Macam mana iman boleh berada dibawah jagaan ayah? Maaf kiranya soalan saya mengguris hati kak hani. Tidak perlu dijawab soalan ini kiranya kak hani rasa kurang selesa...

    SElamat Berjuang

    ReplyDelete
  2. Salam suri.. sebenarnya, pada oktober 2008 iman dilarikan dari jagaan kak hani. lepas tu kak hani dah berjaya dapatkan hak penjagaan sementara iman malangnya keluarga bekas suami taknak serahkan iman kembali kepada kak hani. kak hani ada coretkan dalam blog bulan disember. Jadi sekarang ni kak hani tengah usaha nak dapatkan hak penjagaan penuh. Masalahnya, diorang ni macam tak takut dengan perintah mahkamah. Walaupun dah jelas yang iman sepatutnya ada dalam jagaan kak hani sebelum perintah tetap dikeluarkan... bekas suami dan keluarganya berkeras tak nak beri iman pada kak hani malah tak beri jumpa walau pun sekejap.

    ReplyDelete
  3. hopefully perbicaraan mahkamah berjalan dengan baik dan memihak pada kak hani..

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template