Tuesday, March 22, 2016

Mimpi Manis Berjumpa Iman

Salam sayang untuk anak mama iman yang selalu mama rindui...

Subuh tadi... mama bangun dengan juraian air mata kegembiraan sebab dapat peluk dan cium iman. Walaupun hanya dalam mimpi tapi seakan mama benar-benar berjumpa dengan iman. Segalanya amat jelas dan terang. Dalam mimpi mama tadi, mama diizinkan oleh abah untuk menziarahi iman dan mama terus ke rumah iman. Mama nampak iman di dalam rumah tapi mama teringat yang mama pergi ke rumah iman tanpa minta izin dari suami mama. jadi mama berpatah balik untuk minta izin tapi iman ternampak mama. dan iman menjerit memanggil mama dan berlari ke arah mama. Iman peluk mama sangat erat seakan kita tak akan berpisah lagi. Kita berpelukan sangat lama sehingga mama terbangun dari tidur.

Subhanallah.... Maha Suci Allah
Allahuakbar... Allah Maha Besar

Mama bangun dengan air mata yang berjuraian tanpa henti. Sungguh mama sangat rindukan Iman. Dalam setiap solat mama titipkan doa untuk Iman. Moga kita bertemu, moga kita bersatu, moga allah pelihara iman walau di mana iman berada, moga allah jadikan Iman anak yang soleh. Mama redha serahkan Iman dibawah perlindungan Allah.. Allah maha pelindung.

Bertahun-tahun mama berusaha, bertahun-tahun mama menjeruk rasa, bertahun-tahun hati mama remuk bila iman tiada.... hingga akhirnya mama redha. Akhirnya mama percaya pada perancangan allah. Perancangan Allah yang terbaik, dah allah cuma berikan kita apa yang terbaik buat kita. Tapi mama tak pernah berputus asa, mama tetap berdoa dan terus berdoa.... Moga allah satukan kita. Insyallah satu hari nanti kita akan berjumpa. Mungkin ini jawapan doa mama, mungkin ini petanda doa mama akan dikabulkan. atau mungkin ini penawar yang Allah kirimkan atas rindu mama yang terlalu sarat buat Iman.

Akhir kata, doa mama sentiasa bersama Iman. Moga Iman berjaya di dunia dan akhirat. Moga Allah sentiasa pelihara Iman walau di mana Iman berada.

Sunday, February 9, 2014

Air Mata.... Kurang tabah atau terlalu rindu?

Semanjak dua menjak ni air mata mama kerap mengalir. Mama pun x pasti..... adakah sekarang ni mama dah kurang tabah? Ataupun tahap kerinduan mama pada iman dah sampai ke tahap maksima.... x mampu dibendung lagi. Boleh kata setiap malam dan setiap kali mama teringatkan iman, air mata mama akan mengalir...

Tak macam dulu... Di saat mama dah redha dengan ketentuan Allah yang Iman tidak membesar di depan mata mama, mama amat yakin yang kita akan berjumpa juga x lama lagi dan mama akan tersenyum semula. Tapi sekarang ni.... bila saja mama terlihat kelibat budak lelaki lingkungan 12 - 13 tahun, mata mama akan berkaca. Bila saja mama tengok drama ibu kehilangan anak, air mata mama terus mengalir laju. Macamana agaknya situasi bila mama jumpa iman nanti....


Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Tuesday, September 10, 2013

HAPPY BIRTHDAY IMAN!!!

Selamat hari jadi Iman...

Hari ni Iman dah genap 12 tahun. Mama doakan Iman jadi anak yang soleh, serta berjaya dunia dan akhirat. Tak lama lagi Iman dah nak masuk kategori remaja tau... hehehehe... Tak sabar mama nak jumpa dengan Iman.

Detik2 melahirkan iman masih segar dalam ingatan mama... walaupun dah 12 tahun. Mama masuk dalam labour room sejak jam 10 pagi.... 3.03 petang baru lah iman dilahirkan. Saat paling berharga buat mama, Imanlah insan pertama yang menyebabkan mama menjadi seorang ibu. Lepas detik tu, imanlah satu-satunya yang membuatkan hidup mama penuh bahagia... Masa baby, iman montel sangat. Semua orang geram tgk iman. Sejak kecil lagi Iman memang aktif, habis semua barang dalam rumah iman selongkar. Kemana2 mama pergi.... iman mesti ada di sisi mama. 

Masa umur Iman 1 1/2 tahun, mama dapat tawaran kerja di UUM. Imanlah peneman mama di sana sebab abah kerja di kulim. Iman jadi penguat semangat mama dan iman jugalah penyebab mama menjadi lebih berani walaupun kita cuma tinggal berdua dalam rumah. Kita tak pernah berpisah.... sehinggalah.... Oktober 2008 waktu abah bawa iman pergi dari mama. Mana boleh mama lupakan anak yang mama kandungkan dan lahirkan dengan bersusah payah, ajar berjalan sehingga boleh berlari, ajarkan baca ABC sehingga boleh membaca.... 

Walau bagaimanapun, mama tetap yakin.... satu hari nanti kita akan bersama, insyaallah. Walaupun bermacam2 cara pernah mama cuba untuk dapatkan iman, tapi Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi... 

SELAMAT HARI JADI IMAN.... Moga suatu hari nanti kita dapat sambut hari yang bermakna ini bersama-sama :)

Thursday, September 5, 2013

UPSR tak lama lagi... GO IMAN GO... U CAN DO IT

Semenjak dua menjak ni mama makin gelisah, UPSR dah dekat sangat. Macamana la agaknya persiapan Iman sekarang? Mama doakan Iman boleh menjawab semua soalan dengan baik, jangan stres dan percaya dengan kebolehan sendiri. Mama harap sangat mama ada disamping Iman sekarang ni... berikan semangat dan temankan Iman belajar setiap malam. Meskipun kita jauh, doa mama sentiasa dengan Iman. Mama tengok keputusan peperiksaan percubaan Iman makin baik, lebih baik daripada peperiksaan tahunan iman sebelum2 ni. yeayy.... Iman dapat no 2 dalam kelas.... Alhamdulillah..... Mama sangat bangga dengan Iman. Mama yakin anak mama pandai dan kalau usaha lagi  Insyaallah akan mendapat keputusan yang lebih baik daripada ni. Jangan lemah semangat ya sayang....  Mama sayang sangat pada Iman... :)

MAMA PERCAYA IMAN BOLEH BERJAYA


Monday, July 18, 2011

Mandi Manda


Akiviti cuti yang paling aina dan iskandar suka.... mandi kolam....





Kami pi mandi kolam a day before iskandar buat operation mata. sekarang iskandar dah hensem hehheheheh...

sekarang iskandar dah tak takut mandi kolam, tengok la bukan main terre lagi. tak payah pakai pelampung....


New friends yang aina dan iskandar jumpa kat kolam... kalau ada iman mesti lagi best kan




opsss ada sorang lagi yang suka mandi.... baby mohammad :)


Baba selalu bawak kami semua mandi kat swimming pool. hopefully, Next time kita pi sekali, ok iman. million hugs and kisses for u.. mmuuaaaaaaaaaaaaa. kami semua rindukan iman.

Nikmat memberi maaf

Salam sayang buat iman,

Hari ni mama bersembang dengan kawan lama yang mama rindu sangat. Dah lama tak jumpa dan tak sembang-sembang. Dia tanya mama samada mama dah maafkan abah atas apa yang terjadi. Jadi mama tanya hati mama...

1. Mama masih marahkan abah ka? Jawabnya... tidak.

2.Mama boleh bersemuka dengan abah dan beri senyuman? Jawabnya... Ya

3. Mampukan mama doakan kebahagiaan abah dan semoga Allah lembutkan hatinya, murahkan rezekinya dan tenangkan jiwanya? Jawapnya ..... Ya dan itu antara doa yang selalu mama titipkan selepas solat,

Jadi... mama yakin yang sekarang ni mama dah maafkan abah atas segala yang pernah abah lakukan terhadap mama, terhadap kita. Ada satu surah tentang maaf maksudnya :

"Balasan terhadap kejahatan adalah pembalasan yang setimpal, tetapi barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, ganjarannya ditanggung oleh Allah" (QS Al-Syura [42]: 40)

Mama bukannya pandai nak tafsir ayat, tapi mama tahu memberi maaf adalah satu nikmat Allah. Bukan mudah memberi maaf apatah lagi setelah perasaan kita teruk didera. Tapi maaf itu satu nikmat yang membebaskan mama dari perasaan tidak tenteram. Maaf adalah nikmat yang menjadi penawar kepada luka di dalam jiwa. Maaf adalah satu nikmat dimana ganjarannya amat besar hingga hanya allah yang maha mengetahui kebesaran ganjarannya. Segala yang terjadi banyak membentuk peribadi mama, menjadi lebih tabah, belajar menerima ketentuan allah dan redha, dan menjadi seorang pemaaf. Mama harap iman juga belajar dari pengalaman mama. Semoga iman membesar menjadi anak yang tabah....

Sunday, July 17, 2011

salam rindu buat iman



Salam sayang buat Iman, anak kesayangan mama.

Terlalu banyak yang mama nak coretkan pada iman sampai kadang-kadang mama jadi kelu.
Tak tahu apa yang patut mama ceritakan. Sekarang ni, mama dan adik-adik sihat saja. Macamana pulak agaknya dengan keadaan Iman? Masih ingatkah lagi dengan mama, aina dan iskandar. Apa yang iman perlu tahu, kami
selalu dan sentiasa teringatkan iman. aina dan
iskandar sampai ke hari ni masih dok plan camana nak bawa iman balik ke rumah mama. Mama yakin, satu hari nanti, iman pasti akan pulang ke pangkuan mama, aina dan iskandar.

Sekarang ni iskandar dah 6 tahun. Dia memang pandai kat sekolah. dia dah pandai baca buku c
erita bahasa melayu dan dah pandai baca buku english. dia suka buat matematik dan sains. baru-baru ni iskandar kena buat operation mata sebab ada biji kat kelopak mata dia. alhamdulillah sekarang ni dah ok. sekarang ni iskandar banyak pakai baju-baju iman. Dia sangat mengagumi iman dan selalu bercerita pasal iman.

aina pulak seorang yang periang. sekarang ni aida
dah darjah 2. dia selalu bercerita pasal iman kat sekolah, dan dia selalu harap iman sekolah sama-sama dengan dia. kata aina kalau iman ada kat sekolahyang sama mesti tak ada sapa-
sapa berani buli dia.periksa baru-baru ni aina dapat no. 2 . aina sekarang ni kuat makan. semua makanan dia suka.

sekarang ni dia dah boleh naik
basikal iman yang besar tu. bila dia naik basikal tu, mama selalu terbayangkan iman. iman selalu naik basikal petang-petang lepas tu, balik mandi dan pergi semayang maghrib kat surau. mama harap iman masih lagi ke surau dan selalu jaga solat. kalau iman nak tau, aina dan iskandar sekarang ni solat tiap-tiap waktu. mama harap iman pun sama, sentiasa jaga solat.

Iman masih ingat dengan baby mohammad? sekarang ni dia dah 9 bulan, dan dah makin nakal. muka dia ada iras-iras iman masa iman baby. walaupun ramai kawan-kawan mama kata sekarang mama dah ada pengganti iman, bagi mama iman tetap special dan tak mungkin ada sapa-sapa mampu ganti tempat iman di hati mama. mama sentiasa rindukan iman dan sentiasa doakan perlindungan allah terhadap iman. mama harap satu hari nanti kita akan berjumpa juga.




salam sayang dari mama dan baba,

Wednesday, December 15, 2010

Mohammad... adik baru iman


Wah... tak sangka masa cepat betul berlalu. Tetiba ja dah nak masuk tahun 2011. Iman pun akan naik darjah 4 tahun depan. Macamana agaknya iman sekarang? Mesti dah lebih tinggi... masa iman dipisahkan dengan mama, iman baru darjah 1. Tentu dah lain sangat rupa iman sekarang ni... lebih handsome dan lebih bergaya :)

Oh ya.... mama dah selama lahirkan adik yang comel untuk Iman. Mohammad... itu lah namanya.

Ini gambar mohammad masa baru 7 hari... kami semua panggil dia hammoudeh. Kata walid, hammoudeh tu maksudnya adik mohammad. comel tak nama tu? heheheh

Kami semua harap iman dapat sama-sama dengan kami. Insyaallah satu hari nanti, iman akan tinggal dengan kami dan dapat main-main dengan hammoudeh, aina dan iskandar. Itu doa mama. Aina dan iskandar selalu teringatkan iman. Bagi diorang, Iman adalah hero. Abang yang kuat dan pandai dan abang yang paling hebat dalam dunia ni....

Sampai sini dulu titipan mama untuk hari ini.... kita jumpa lagi nanti

Saturday, June 12, 2010

Aktiviti hari minggu...

Hari ni hari ahad, macam biasa la mama kena ke ofis. hari ni bosan skit kat pejabat sebab ramai yang bercuti. kalau ikutkan hati, mama pun nak sambung cuti jugak. Tak puas rasanya cuti 2 hari bersama aina dan iskandar.

Hari jumaat, hari untuk mengemas rumah. Banyak betul baju yang nak dibasuh. Masa ni la mesin basuh tu buat hal, terpaksa la mama basuh guna tangan je. Aina dan adik isk awal-awal lagi dah terpacak depan tv tengok kartun. Menu hari jumaat, nasi ayam kegemaran aina dan adik isk. Mama tau, iman pun suka gak makan nasi ayam mama. Mama suapkan adik isk dan aina makan sampai tambah 3 pinggan. Suka betul diorang makan nasi ayam. Lepas tu.. mula lah operasi menyusun perabot2 kat rumah tu. Sebenarnya dah lama mama geram tgk bilik belakang yang bersepah. Mama cadang nak jadikan bilik tu bilik study untuk aina dan iskandar. Jadi sepetang mama mengemas bilik tu. Aina dan iskandar pun semangat tolong mama. Lepas siap mengemas, kami ubah meja study aina dari bilik no-2 ke bilik belakang. Tengah sibuk2 mengemas, tetiba walid balik. Mama minta tolong walid ubah satu meja office yang ada kat depan rumah ke bilik belakang untuk jadikan meja study iskandar. Suka betul adik isk bila dapat meja study sendiri :)

Lepas penat ubah perabot... kami rehat sat. Aina dan adik isk main kejar-kejar ngan walid. Walid ni kadang-kadang lebih dari budak-budak. Puas pusing keliling rumah. Diorang main tembak2 air pulak. riuh satu rumah. Sampai mama pun lencun kena tembak ngan pistol air. :D Sambil2 diorang main tu mama wat la cucur udang.. habuan makan petang. Hidang ja atas meja, terus aina dan adik isk sambar sampai licin. Seronok betul mama tengok anak-anak mama gelak ketawa macam tu. Kalau ada iman, mestilah lengkap keluarga bahagia mama.

Petang tu mama sambung kemas bilik tidur aina dan adik isk pulak. mama ubah perabot bagi nampak luas sikit. Walid belikan aina dan adik isk lampu tidur baru... baru la nampa berseri-seri bilik tu. Mama aturkan barang mainan kat satu sudut dan hampar karpet. Senang hati mama bila tengok susunatur yang baru ni. Aina dan adik isk pun seronok bila bilik tidur dihias cantik-cantik. Walaupun penat mengemas sampai ke malam tapi puas hati bila tengok hasilnya.

Hari sabtu, mama plan nak bawak aina dan adik isk keluar beli barang. Pagi tu adik isk bangun dengan mata bengkak. Entah kena apa la pulak mata dia. Tengahari... kami lunch kat marrybrown. Punya la ramai orang. dah la perut tengah lapar, kena pulak beratur panjang. Jam 1.30 tghr baru la selesai agenda mengisi perut. Mama pi klinik untuk ambil ubat mata adik isk. Tapi klinik tutup rehat pulak sampai pukul 3. Hmmm.. jadi kami ubah destinasi..... pi kedai gunting rambut. lawak betul tgk adik isk potong rambut. Sambil potong rambut sambil tahan geli sebab kena potong dgn mesin tu....

Lepas tu kami balik rumah. Mama mandikan aina dan adik isk, kami bersiap untuk pi kenduri rumah kawan mama. Walid minta mama pakai jubah arab yang mak dia kirimkan dari jordan... hehehe... terus nampak cam orang arab mama hari tu.. hahaahhaah...

balik dari kenduri rasa penat la pulak. Maklumlah dah la mama sekarang ni tengah bawak perut. Mama terlena sampai dekat maghrib. Lepas solat maghrib, mama bawak aina dan adik isk keluar lagi sekali. Ya la... banyak lagi benda lain yang kami x sempat buat hari ni. Mula-mula mama bawak adik isk ke klinik. Kesian tgk mata dia yg sepet sebelah. Doktor kata bukannya sakit mata, tapi lebam bahagian luar.Mungkin dia terhantuk pada benda keras. Masa tu bari la adik isk cerita yang masa dia main-main kat luar, ada orang sepak bola pastu terkena muka dia. Hmm.. sampai bengkak mata adik isk. Lepas ambil ubat, mama bawa adik isk dan aina pi c-mart. Lepas ambil ubat, kami pi makan char koey teow at sebelah restoran ahmediah. Kat area changlun ni, kira char koey teow situ antara yang sedap la... habis licin depa makan. sampai char koey teow mama pun depa sebat sama.

Lepas makan, kami pi shopping at cmart. mama belikan baji dan seluar untuk aina. Sekarang ni banyak yang dah sendat. Badan aina berisi sungguh sampai seluar pun semua ketat2. Mama beli jugak stationaries utk aina dan adik isk bukak sekolah nanti. Maklum la... cuti sekolah semua hilang entah ke mana. Sampai rumah dekal pukul 10 malam. Adik isk dan aina asyik sebut2 nama iman. terutamanya adik isk... dia kata dia rindu sangat kat iman. mama cuma harap satu hari nanti iman dapat bersama-sama dengan kami. Sambil baring kat pangkuan mama dan mengomel pasal iman, terus dia terlena. Aina pulak tunggu walid sampai pukul 11.30. Tak sabar2 dia ank tunjuk baju baru dia. Tapi masa walid sampai, aina dah terlena pun. Hmmm.. kesian kat aina. Tak apa la... petang ni balik sekolah aina leh tunjuk kat walid.

OK lah iman, mama beransur dulu. Dah panjang berjela post mama kali ni. Mama nak iman tahu yang kami selalu rindukan iman. Adik-adik yang masih kecil selalu sebut-sebutkan nama iman. Mama harap, bila satu hari nanti iman akan faham dan kembali ke pangkuan kami.

Tuesday, June 8, 2010

Cuti sekolah adik isk dan aina...


Salam sayang untuk iman,

Apa agaknya aktiviti iman cuti sekolah ni? Mama, adik isk dan aina harap sangat iman boleh 'spend time' dengan kami masa cuti-cuti macam ni. Baru-baru ni walid bawa mama, aina dan adik isk ke batu feringghi. Sebenarnya tak plan pun nak pi situ... kami balik penang sebab hantar tok balik umah. Kemudian pi gurney drive sebab walid ada hal kat situ... masa tu walid tanya nak pi mandi laut x? Aina dengan adik isk apa lagi...... menjerit2 nak pi. Terus walid drive ke batu feringghi, kami berhenti kat satu kedai beli pelampung untuk aina dan adik isk sorang satu, pastu terpaksa la walid beli tuala dan baju mandi sebab kami x bawa apa-apa pun masa tu.

Sampai ja kat tepi pantai, aina dan walid terus masuk dalam air. Mama dok kat tepi ja.. adik isk pulak takut nak pi dalam laut. Masa tu ombak besar jugak. Adik isk mandi sikit2 ja kat tepi pantai... aina pulak punya la seronok. Walid ajar dia berenang. Aina nampak cool ja belajar berenang. mama rasa tak lama lagi mesti dia akan pandai berenang.

Puas walid ajak adik isk masuk dalam laut tapi dia xnak. Last sekali walid dokong dia masuk dlm laut. Sebab takut, dia peluk walid x lepas-lepas. Lawak betul mama tengok adik isk masa tu. Baru dok dalam air sat saja dia dah gaduh nak pi kat mama.. hmmm apa nak jadi la dgn hero mama yang sorang ni. Berlain sungguh dengan aina, dia sampai takmau balik. Seronok betul dia main air laut. Walid pulak pandai layan dia... Adik isk dengan mama main pasir. Mama sengaja tanam kaki adik isk pastu buat bentuk ekor ikan.... mengekek-ngekek adik isk gelak bila dia tgk separuh badan dia dah jadi ikan.

Petang tu jugak kami balik ke rumah.. adik isk dengan aina dua-dua tertidor dalam kereta. Penat sangat la tu agaknya... Esoknya, dua-dua asyik sibuk bercerita pasal seronok mandi air laut. Depa kata kalau ada iman mesti lagi best. Aina pesan, lain kali kalau nak pi mandi air laut lagi, dia nak bawa iman sama. Ingatan depa pada iman memang kuat. Walau kemana dan apa pun yang depa buat, depa mesti sebut pasal iman.

Sekarang ni, masih cuti sekolah lagi. Mama hantar aina dan adik isk ke tadika. Aina belajar kafa, mengaji quran dan sembahyang. mama tengok adik isk sekarang ni ikut perangai iman. Pandai sembahyang dan suka pi surau. Dulu masa iman masih dok ngan mama, iman selalu pi sembahyang masjid kat surau dengan kawan-kawan iman. Sekarang ni, perangai adik isk mmg sama macam iman. Cuma mama x bagi dia pi surau lagi sebab dia baru 5 tahun. Mama harap iman masih macam dulu, tak tinggal solat dan selalu sembahyang jemaah di surau. Mama selalu doakan kebahagiaan iman dunia dan akhirat.

Adik isk sekarang ni macam bayang-bayang iman di mata mama. Cara dia bercakap, cara makan, manja dia.... sama macam iman. Walaupun rupa dia x sama macam iman, tapi mama selalu teringatkan iman bila tengok adik isk. Kadang-kadang mama peluk adik isk kuat-kuat untuk lepaskan rindu mama pada iman. Insyaallah, satu hari nanti iman akan faham betapa sayang dan rindunya mama pada iman. Mama tak tahu cerita apa yang abah dan tokwan sajikan untuk iman tentang mama..... tapi mama yakin, bila iman jumpa mama nanti, dengan sendirinya iman akan kenal siapa mama.

Semalam, lepas makan malam, tiba-tiba ja aina kata kat mama "Mama, mama ni baik sangat." Heran gak mama apasal tiba-tiba ja aina kata camtu. mama tanya dia sebab apa dia kata macam tu. Aina kata, abah kata mama orang jahat. Tapi mama tak jahat pun. Adik isk pun menyampuk. "Abah selalu kata mama jahat, mama jahat. Tapi abah tipu. Mama tak jahat pun." Terdiam mama bila adik isk dan aina cakap macam tu. Mama peluk aina dan adik isk, mama tanya betulka mama ni jahat? "Takkkkkkkkk!!!" dua-dua jerit serentak. "Tak baik kata kat orang jahat, apatah lagi kalau menipu. Aina dengan adik isk jangan tipu orang tau... tak baik, berdosa."
Mama tak taulah apa pulak yang abah beritahu pada iman tentang mama. Tapi mama yakin, satu hari nanti iman akan tahu jugak kebenarannya.....




Tuesday, June 1, 2010

Inilah kisah mama, aina dan adik isk

Yes... akhirnya selesai juga perjuangan mama dalam menghabiskan master. :D seronok tak terkata. Baru lah boleh bernafas dan luangkan lebih masa dengan aina dan iskandar. Dah lama betul mama tak update blog kan.... ada la dalam 2 bulan lebih...

Sebenarnya banyak yang mama nak ceritakan pada Iman. Tapi tak berpeluang nak coretkan dalam blog ni... walau macamanapun mama akan cuba ceritakan sebanyak yang mama ingat. Untuk pengetahuan iman, mama sekarang ni sedang bawa baby dalam perut. Baru 4 bulan.. insyaallah bulan november ni iman akan dapat adik baru yang comel... macam iman masa kecil2 dulu :) Mama baru ja pergi scan hari isnin yang lepas, kata doktor insyaallah dapat baby boy. Kami semua happy sangat tunggu baby baru ni... especially aina. Tiap-tiap masa dok tengok gambar baby yang mama scan. Insyaallah malam ni mama akan scan masuk pc dan postkan dalam blog untuk tatapan iman. Mama harap sangat masa kami sambut baby tu nanti iman ada dengan kami semua. Walaupun mama tahu harapan untuk iman bersama-sama dengan kami sangat tipis, tapi mama selalu doa semoga satu hari nanti iman akan kembali kepangkuan kami semua yang selalu rindukan iman.

Mama juga berharap, iman pun terima segala ketentuan Allah ni. Ini dugaan untuk kita... insyaallah, berkat kesabaran kita semua, satu hari nanti Allah akan gantikan dugaan ni dengan hadiah yang sangat manis.

Hari ibu baru-baru ni.... aina dah adik isk hadiahkan mama bunga ros. Macam yang iman hadiahkan tahun lepas. menitik airmata mama bila dapat bunga-bunga tu. Rasa macam baru semalam iman yang hadiahkan bunga untuk mama...... semuanya berlaku begitu pantas. Mungkin tahun ni iman hadiahkan bunga pada ibu baru iman.... mama harap sangat dia jaga iman dengan baik dan tak bezakan iman dengan anaknya sendiri. Aina dan iskandar pun masih ingat yang iman pernah hadiahkan bunga ros untuk mama sempena hari ibu, depa kata, depa hadiahkan kat mama macam abang iman hadiahkan dulu.

Walaupun dah hampir 2 tahun kita tak bersama, ingatan kami pada iman masih kuat dan takkan pudar. Mama tahu masa untuk kita berjumpa akan tiba tak lama lagi... Kami semua akan terus bersabar menanti kepulangan iman.......

Salam sayang dari mama, walid, aina dan iskandar..



Tuesday, March 30, 2010

abah ke sekolah aina????

Hari ahad baru-baru ni, mama ambil aina cam biasa kat sekolah... kawasan sekolah masa tu cam biasa la... penuh dengan kereta-kereta mak bapak yang ambil anak dari sekolah. Lama jugak mama terperangkap dalam jam untuk ambil aina kat sekolah... Dari jauh mama nampak aina dan dia terus berlari-lari mai kat kereta mama. Masuk ja dalam kereta.... dengan termengah-mengah aina bercerita.
"Mama, tadi abah mai kat sekolah. aina nampak abah dok tunggu aina. dia lambai-lambai suh aina pi kat dia... tapi aina takut pastu aina lari masuk dalam kelas. "

Hmmm... abah mai sekolah aina? Nak apa pulak kali ni? Mama tanya dengan aina, sebab apa aina takut? aina kata dia takut abah bawak lari dia cam abah bawak lari abang iman dulu. "Aina tak mau dok ngan abah. Aina nak dok ngan mama ngan walid. " Mama bagitau aina, lepas ni kalau dia nampak abah, cepat-cepat pi kat cikgu. Cikgu-cikgu semua tau pasal kisah abang iman dulu. "Nanti cikgu telefon mama, mama mai cepat2 tau..." Lagipun perintah mahkamah dah ada kat sekolah. Insyaallah, abah tak boleh ambil aina keluar dari kawasan sekolah. Muka aina tetap nampak risau.

Hari isnin, mama pi sekolah aina awal sikit. Aina nampak happy sangat bila mama dan walid pi jemput aina awal. Kelibat abah pun tak ada... mungkin aina salah tengok. Itu firasat mama.

Kelmarin, hari selasa. Mama pi jemput aina dengan tok dan iskandar. Mama cari aina kat celah-celah budak2 sekolah tapi x nampak kelibat aina. Mama tanya pada budak2 kat situ, depa kata x nampak aina. Hmmm.. pi mana pulak aina ni. Mama pun masuk dalam sekolah, dan kebetulan cikgu aina nampak mama dan lambai-lambaikan tangan minta mama pi kat dia. "Aina ada kat bilik guru. Dia kata dia takut sebab abah dia dok tunggu dia kat luar sekolah. " Mama pi ke bilik guru dan nampak aina kat sana. Muka dia pucat dan bila nampak mama terus dia lari mai kat mama dan peluk mama. "Mama, aina takut. Aina nampak abah kat pagar sekolah. Dia nampak aina pastu dia panggil aina pi kat dia... Aina takut mama...."

Kesian kat aina, dia jadi fobia... dia takut apa yang jadi pada abang iman, jadi kat dia pulak. Hari ni... aina x mau pi sekolah. mama pujuk dia pi sekolah jugak. Macamana aina nak tumpu pada pelajaran kalau dia ke sekolah dalam keadaan takut?


Tuesday, March 23, 2010

Jalan-jalan cuti sekolah


Masa cuti sekolah hujung tahun lepas...walid bawa mama, aina, adik is dan mama tok jalan-jalan kat penang. Gambar-gambar ni walid snap masa kami jalan-jalan kat queensbay mall.

Lepas jalan-jalan kat dalam mall, kami plan nak ambil angin tepi pantai... tapi tetiba hujan rintik2 turun.... x jadi la kami melepak kat tepi pantai queensbay.


Sebelum balik ke kedah, kami pi Pesta Penang... tiap2 kali lalu kawasan pesta tu aina mesti ajak masuk. Jadi sebab x nak menghampakan aina, kami pun ronda dalam Pesta pulak... kami bertolak dari rumah tok awal lebih kurang jam 6.00 petang. Masa tu kereta tak banyak lagi jadi boleh lah kami parking dekat ngan pintu masuk pesta. Banyak barang murah-murah kat situ, tapi mama cuma sempat beli kasut sekolah aina ja

Lepas tu kami pi main games yang ada... aina memang terlalu excited nak main.. kalau boleh semua games dia nak naik. Mula-mula kami naik bumper car... mama geng ngan adik is, aina geng ngan walid... suka betul aina dengan walid dok langgar kereta mama... mama pulak asyik lari pi tempat yg kurang sikit orang.

Lepas tu aina mula atur satu satu mainan yang dia nak naik. Nasib baik la walid jenis tak berkira dengan aina dan iskandar. Dia asyik layan bawa aina naik mainan-mainan tu. Adik isk pulak asyik takut ja.... mana-mana mainan pun dia x mau naik heheheh..


Balik ja dari pesta... aina dan adik is tidor keletihan dalam kereta..... alhamdulillah.. mama seronok sangat bila tengok anak-anak mama seronok. Aina manja sangat dengan walid sekarang ni. Kalau nak pi mana-mana mesti nak pegang tangan walid. Ketawa riang anak-anak mama adalah penawar bagi semua beban yang mama tanggung selama ni..






Monday, March 22, 2010

Gambar hari raya haji


hari ni saja mama buka semula fail-fail gambar family... baru mama perasan banyak juga gambar-gambar keluarga yang mama belum masukkan dalam blog untuk tatapan iman.

Ini adalah rumah tok yang baru kat sungai dua. Dulu teh dan tam yang dok sini tapi sekarang ni rumah tu mama yang duduk. Nampak lain kan.... mesti la sekarang ni rumah tu dah cantik. Tak lah besar tapi alhamdulillah dah direnovate dan dicatkan balik. Ini ruang makan rumah tok.

Ini pulak ruang tamu... gambar ni sebenarnya diambil masa raya haji tahun lepas. Masa tu tok buat open house dan masak laksa... apa lagi ramai la peminat laksa tok yang sampai ke rumah...

Ini gambar mama dan walid... sempat lagi posing kat ruang tamu untuk kenang-kenangan.

Tok pun nak posing gak.... :)

Mama berposing dengan aina dan iskandar... mama harap one day kami dapat bergambar sama-sama dengan iman pulak ya




Ada lagi gambar2 scene yang lain, mama akan postkan sekejap lagi...

Salam sayang dan peluk cium mama untuk iman.. mmuuaaaaaaaaaa

Saturday, March 20, 2010

Kisah mama, aina dan iskandar....

Pejam celik pejam celik dah hampir 3 bulan berlalu... cepat betul masa meninggalkan kita. maknanya... dah 3 bulan sejak kali terakhir mama berjumpa dengan iman dalam webcam. Macamana la agaknya keadaan iman sekarang ni... mama doakan iman sentiasa dalam keadaan yang baik dan dilindungi Allah S.W.T.

Mama, aina dan iskandar sentiasa rindukan iman... nama iman sering disebut-sebut oleh aina dan iskandar terutamanya iskandar. Dia terlalu mengagumi iman. Dia selalu sebut dia nak jadi besar macam abang iman. Abang iman yang ajar dia main itu dan ini.... mama harap satu hari nanti kita akan bersama juga... tak kira lah walau berapa tahun sekalipun mama perlu tunggu. Insyaallah.. mama percayakan janji allah... doa orang yang teraniaya akan termakbul. Cuma masanya yang kita tak tahu bila..

Pasal aina dan iskandar.... aina sekarang dah masuk sekolah darjah 1 kat sekolah lama iman. Katanya dia ada jumpa kawan2 kelas iman dulu dan diorang semua masih ingatkan iman dan kejadian yang terjadi pada hari iman dilarikan oleh abah. Hmmm.. sungguh mama tak sangka kejadian tu memberi kesan bukan saja pada kelluarga kita, malah juga pada kawan-kawan iman.

Iskandar sekarang ni masuk tadika 5 tahun. Baju tadika iman yang lama mama bagi pada iskandar dan dia suka sangat bila mama bagitau ' ni baju abang iman masa dia pi tadika dulu. sekarang iskandar dah boleh pakai baju ni...' kalau boleh nametag iman kat baju tu pun dia x mau buang. Cikgu2 kat tadika pun selalu tersalah panggil nama adik is... kadang2 terpanggil dia iman...

Iman.. kami sentiasa rindukan iman dah kami takkan jemu menunggu hari iman pulang ke pangkuan kami...

Thursday, December 24, 2009

Bestnya... dapat 'chat' dengan iman

Hari ni.... mama rasa seronok sangat. Masa mama kat ofis hari ni.... macam biasa mama akan ber'facebook'. Kebetulan, ada kawan mama yang online dan dia mesej pada mama... sebenarnya, kawan mama ni adalah jiran masa kat rumah tokpah. Dia bagitau yang iman ada kat rumah dia.... seronoknya hati mama bila dia panggilkan iman untuk chat dengan mama.

Alhamdulillah... Allah telah makbulkan doa mama dan bukakan jalan untuk mama berjumpa dengan iman. Tersengeh-sengeh iman bila baca apa yang mama tulis. Mama tengok ini adalah kali pertama iman ber'chatting'. Tapi sekejap ja iman dah pandai.... Air mata mama menitis bila iman tulis yang iman rindukan mama....

Mama bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada mama hari ni... Seperti yang mama pernah beritahu dulu... pertemuan di tangan ALLAH... kalau ditakdirkan untuk kita berjumpa... tak ada sesiapa yang boleh halang. Walau berkali-kali mama pergi ke rumah tokpah, tapi tak dapat juga jumpa dengan iman.... akhirnya ALLAH dah bukakan jalan untuk mama.

Monday, December 21, 2009

Sanggup tak buang anak sendiri???

Pernahkah kita terfikir, sekeras mana agaknya hati seorang bapa? sekejam mana seorang bapa sanggup lakukan terhadap anaknya? setinggi mana ego yang mampu seorang bapa pertahankan walaupun anak sendiri menjadi pertaruhan?

Kalau iman tanya pada mama, jawapan mama mana mungkin seorang bapa sanggup korbankan anak demi ego sendiri.... itulah tanggapan mama terhadap seorang yang digelar bapa. Walaupun bapa mama meninggal masa mama masih kecil lagi, tapi seingat mama, bapa mama adalah seorang yang penyayang dan sangat bertanggungjawab. Dia adalah seorang perajurit negara yang terkorban semasa menjalankan tugas..... sunggu mulia pengorbanan bapa mama ataupun datuk iman.

Namun kisah yang mama akan titipkan hari ini telah meragut penghormatan yang wajar diberikan kepada seorang bapa. Semalam... lebih kurang jam 10.30 malam, mama mendapat panggilan daripada nek wan. Nek wan adalah datuk mama yang usianya dah hampir 90 tahun. Dia bercakap dengan mama dalam suara yang sungguh sebak....

" Hani.... anak-anak hang ada kat rumah tok wan ni.... bapak depa dah takmau jaga depa dah. dia mai tauk kat sini.... "

Memang mama terkejut, tak mungkin seorang bapak sanggup tinggal anak sendiri kat rumah orang? Mama tanya pada nek wan, sebab apa tak suruh dia call mama? Katanya.... dia takkan call mama. Kalau nekwan tak mau amik depa... abah akan tinggal aina dan adik isk kat luar rumah.... apa nak jadi... jadilah..

Ish ish ishhhh.... bila dah jadi macam ni... tak perlulah mama nak cerita panjang-panjang tentang sikap abah yang mama kenal sejak 8 tahun tempoh perkahwinan kami. Kalau dengan anak, darah daging sendiri pun dia sanggup buang macam sampah kat tengah jalan, apatah lagi dengan mama yang dendam abah tak pernah padam....

Yang menghairankan mama, tok wan kulim pun sama dengan abah sanggup tinggalkan cucu sendiri macam tu.... dah tak ada duit sangat nak bagi makan kah? atau dah tak tahan dengan kerenah aina dan adik is yang masih kecil... mama tak tahu.

Macam-macam cerita direka oleh abah dan tok wan untuk memburuk-burukkan mama depan nek wan. Semuanya menggambarkan yang mama dan tok dah tak mau jaga aina dan adik is... pastu sengaja pi tinggal aina ngan adik is kat sana. Padahal, sejak mama melahirkan anak-anak mama, memang hanya mama yang menyara segala keperluan makan minum dan persekolahan. Walaupun itu tanggungjawab seorang bapa, tak mungkin mama akan biarkan anak-anak mama kelaparan dan terbiar... Satu saja yang mama pegang... ALLAH itu adil dan segala tindakan dan penganiayaan pasti ada balasannya.

Apa yang mama harapkan adalah hubungan baik antara keluarga kedua-dua pihak sebab yang menjadi mangsa hanyalah anak kecil yang tak faham apa-apa. Tapi sehingga ke hari ni.... segala usaha mama untuk berbaik-baik hanya sia-sia memandangkan abah sendiri masih menyimpan dendam....

Iman, ketika mama tuliskan segala pahit manis yang mama lalui ini, usia iman baru 8 tahun dan mama tahu, iman masih belum boleh menilai kasih sayang mama pada iman. Daripada cerita adik-adik, mama tahu yang abah dah momokkan iman dengan pelbagai cerita jahat tentang mama.... tapi mama yakin, satu hari nanti iman akan membaca segala luahan hati mama ini dan pada ketika itu barulah iman akan faham keadaan sebenar yang terjadi.

Walaupun mama mungkin tak dapat jumpa iman selama setahun, dua tahun, lima tahun ataupun sepuluh tahun.... mama yakin suatu hari nanti iman pasti akan datang berjumpa dengan mama... dan mama redha dengan apa yang berlaku..

Apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya... dan mama yakin ALLAH dah aturkan sesuatu yang terbaik untuk kita semua...

Salam sayang dari mama buat iman...

Tuesday, December 15, 2009

Masih Jelas..

Semalam mama dengar lagu "Masih Jelas" ni kat TV. Teringat pula mama pada iman, aina dan adik is. Sebenarnya lagu ni lagu favourite adik is. Kalau dia dengar lagu ni kat tv mesti dia akan nyanyi kuat-kuat dengan slang dia yang tak berapa terus tu..



Tapi bagi mama lagu ni memang sesuai untuk terangkan perasaan sayang dan rindu mama pada Iman..



Lirik Lagu : Masih Jelas



"Beralih... musim ke musim, hati tetap serupa

Tiada yang berubah dari hari.. dikau pergi.. dikau pergi



Penjara... hidup ini penjara, tanpa rasa simpati

Kepada sang kekasih yang dilanda kehilangan.. kehilangan



Masih jelas....

setiap garisan halus

bila senyuman kau ukirkan untukku



Masih jelas...

setiap lekuk penjuru

menghiasi wajahmu

waktu kau renung aku.....



Langit mendung

bergetar dalam kalbu

hingga menitis hiba

dari kelopak mata...

kerana mu

kerana ku... dipisahkan....



Masih jelas...

setiap garisan halus

bila senyuman kau ukirkan untukku



Masih jelas...

setiap lekuk penjuru

menghiasi wajahmu waktu kau renung aku...



Sudah suratan jadi begini

segalanya... sementara

selagi hayat ku masih ada

kau bertakhta.. dihati ku...."



Penyanyi : Hafiz AF7

Monday, December 14, 2009

Rindunya...

Hmm.. hari ni mood mama memang kurang sikit. Nak wat kerja pun kurang semangat. Balik rumah pun rasa sunyi ja... Ana dan adik isk ke rumah tokwan untuk bersama-sama dengan iman. Mama harap diorang seronok dapat haboskan cuti sekolah kali ni dengan iman.

Aina dengan adik isk memang selalu tanya bila diorang boleh jumpa iman. Diorang seronok sangat bila mama kata nak bawak diorang jumpa dengan iman tapi bila mama kata diorang kena tido rumah tokwan... dua-dua geleng kepala. Pagi-pagi lagi mama bangun dan siapkan barang-barang adik is dan aina. Beberapa helai baju, susu, teddybear, topi dan mama selitkan juga frame mama dengan aina dan adik isk dalam beg. Kot lah diorang rindukan mama, sekurang-kurangnya ada gak gambar mama untuk diorang tatap.

Kami bertolak lebih kurang pukul 11 pagi. Aina dan adik is tanya kami nak pergi mana... mama bagitau kami nak jumpa abang iman. Apa lagi, dua-dua melompat-lompat seronok. Cuma mama tak bagitau yang diorang saja akan tinggal kat sana. Entah macamana lah reaksi diorang bila mama nak tinggal nanti....

Dalam perjalanan, walid tanya samada mama dah bagitau kat aina dan adik is yang diorang akan dok ngan iman. Mama cuma gelengkan kepala.. Mama tak sampai hati nak bagitau.. takut aina dan adik is nangis.. Tapi walid minta mama jelaskan pada aina dan adik isk betul-betul. Terangkan sebab apa mama tak dapat sama-sama tido kat umah tokwan. Mama panggil aina duduk atas riba mama...

"Aina, hari ni kita akan pi rumah abang iman. Aina kena dengar cakap abah dan ibu tau. Kalau ada apa-apa bagitau abang Iman. Mama tak boleh dok sana dengan aina sebab mama dah kahwin dengan walid. Jadi mama kena ikut walid."

Mata aina berkaca menahan tangis. "Aina takmau pi lah.... Aina nak dok ngan mama. Kita pi ambik abang iman sudah la...."

"Aina.. aina kena jumpa abah. Dia kan abah aina. Abah pun sayangkan aina jugak. Berdosa kalau mama tak bagi aina jumpa abah. Abah dah ada baby baru... nanti aina boleh jumpa baby. Dia tu adik aina. Nanti aina jaga baby elok-elok tau."

Dengar saja pasal baby, baru aina tersenyum. Lega hati mama. Mama sampai ke perkarangan rumah tokwan dan aina dan adik isk turun tanpa sebarang bantahan. Aina meluru salam dengan tokwan dan tokpah...

"Aina ada walid baru.. walid ada kereta baru..." hmmm belum sempat masuk rumah aina dah mula bercerita... mama salam dengan tokwan dan tokpah. Mama tanyakan iman, tapi tokpah dan tokwan kata iman tak ada... keluar main dengan kawan. Hmm.. tak apa lah. Mama tau adik-adik akan sampaikan betapa sayang dan rindunya mama pada iman. Cuma diorang saja yang nampak, bila air mata mama menitis bila mama tatap gambar iman. Bagi mama, cukuplah bila iman tau yang mama sentiasa sayang dan rindukan iman.

Lepas hantar aina dan adik is, mama walid dan tok terus ke penang. Mama harap iman jaga adik baik-baik yaa....

Saturday, December 12, 2009

Jom makan marrybrown

Dah lama iman tak mai umah mama kan, haa.. ni nak bagitau la ni dah ada marybrown bukak kat umah kita. Aina ngan adik isk pun apa lagi, asyik nak makan marrybrown ja.... buleh kata tiap2 hari minggu kami mai makan kat sini. Ya la... kat area umah kita tu... marrybrown ja la yang kira best skit. mana ada tempat lain lagi heheheh






Bukan pasai nak makan sangat... makan sikit lepas tu.... terus pi main. mama gak kena perabih apa yang ada...










 
Dear Diary Blogger Template